Kalau Tak Nak Saya Tengok ''Buah'' Awak,Kenapa Pakai Ketat??

Assalamualaikum kawanku!! Kali nie aku nak berbicara tentang perempuan dan pakaiannya.Tajuk aku “Kalau Tak Nak Orang Tengok Buah Awak,Kenapa Pakai Ketat?’’ sesuai tak? Sesuai kot..Aku rasa tajuk nie tidak lah keterlaluan sangat jika dibandingkan pakaian perempuan zaman sekarang yang memang ketat..dan MENGANCAM…terutamanya pakaian anak-anak gadis a.k.a REMAJA.


Tengok! Kan bagus bertudung tapi..Masyaallah... nampak benda yang tak sepatutnya..nie yang aku lemah....Tak tahu la nak cakap apa lagi..


Yang nie toksah cakap laa..Kalau korang jalan-jalan  kat mana..Mesti jumpa la gadis macam nie..Aku hairan..Gadis Melayu berpakaian gini..Kalau lah aku kawen nanti.. Gadis mana yang aku nak pilih ye..Gadis Melayu dah kira tak menjadi..Pilih la yang mana-mana..Asalkan baik..kan? Walaupun begitu..tak semua gadis macam orang lam gambar tue...Segelintir dan kebanyakan...

Aku sebenarnya sakit mata! Sakit mana melihat gadis bangsaku berpakaian gini..tak ada adat dan Maruah!! Ye! Tak ada maruah..dedah sana dedah sini..Seksa aku tengok walaupun hati tidak ingin melihat 'harta'' kepunyaan sang gadis yang bernilai itu..yang hanya patut dilihat oleh lelaki yang bergelar suami sahaja. Dimanakah sifat malu itu? Dimanakah nilai Islam yang diterapkan sejak kecil? Hendak salahkan ibubapa? Boleh..tapi tidak seratus peratus..Ibubapa jugak harus memainkan peranan yang penting..Nie tidak...mak ngan anak 2x5..Ini realiti brader..aku bukan cakap kosong..Mak ngan anak keluar jalan-jalan..sama je.. Aduhai..

Aku yang melihat nie terseksa.. Pakai tudung baju ketat nampak ''buah''. Tak sanggup wei aku lihat..tak sanggup..Cukuplah..Tapi aku pelik...Kalau tak nak orang tengok ''buah'' awak kan..kenapa awak pakai baju ketat-ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan awak yang menggiurkan?? Kenapa? Lepas tue..orang culik terus rogol..Sape yang nak dipersalahkan nie? Si gadis atau perogol atau kedua-duanya sekali???



Cubalah pilih pakaian seperti gambar diatas tue...menuntup aurat..Kalau nak beli baju tue..tak yah ar beli yang ketat-ketat..beli yang besar. FIkir la sikit ye gadis-gadis...Aku tak tahu dah nak cakap apa..Kalau aku tengok ''harta'' korang...aku rasa bersalah pulak..Padahal tertengok je..Bukan sengaja...Sedih..Sedih..Begini kah anak gadis bangsaku??? Beginikah Gadis Melayu yang dibangga-banggakan itu? Beginikah adat Gadis Melayu? Yang lebih sedih...Begini kah Gadis Muslimah?  Teruk..teruk..

 [Kan Cantik???]
Aku tulis bukannya apa..aku geram..aku pergi jalan-jalan dengan keluarga..Aku rasa pemandangan aku tercemar dengan gaya berfesyen gadis-gadis remaja zaman sekarang! Meluat! Rasa bukan duk di Malaysia lagi dah...Ingatlah Neraka..Ingatlah mak bapak korang..Maruah weyh...Maruah... Nie lah..kat sekolah cikgu ajar..tak nak dengar.. Bila dah besar..Menyusahkan!! Beringatlah..

p/s:Sape yang terasa cili tue,pi minum air banyak-banyak..Muhasabah diri la yek.. Kerna nila setitik,rosak susu sebelanga...Oh ya! Kalau aku nak kawen nanti..Ada lagi ke gadis Melayu yang benar-benar tulen??? Takut la nanti..tak de...kan?? Melepas la pulak..huhu...Allah buat molek doh..Nak ikut hukum manusia ke hukum Allah???

[gambar sumber dari Google. Kalau ini gambar anda,saya mintak maaf.Muka telah dikaburkan.Jangan risau.]

36 comments:

Tanpa Nama berkata...

encik Amir Izzat, i neh bukan sempurna sangat, tp rasanya entry neh keterlaluan.

x baik kita aibkan mereka dlm gambar tu kan. sekadar nak buat entry, tanpa menyelit gambar mana-mana pihak kan lebih bagus. menjatuhkan air muka orang neh.

http://sam-puansyurga.blogspot.com/2010/06/adakah-kita-sebenarnya-telah-mengaibkan.html

cuba u tengok2 link kat atas nun.

maaflah menyibuk nak tegur anda.

Ibu Ammar berkata...

huhu, tak semua gurl camtu rite. cam laki gak. ada yg pakai seluar londeh2.. seluar pendek lagi. hurmm. dua kali lima

namia cinta berkata...

Cantik di luar belum tentu baik di dalam....

manusia biasanya hanya nampak pada keburukan daripada kebaikan....

FiesyaaChacha berkata...

kinda agree with you.. btw, just remember, this is the end of world.
and nobody is perfect, may Allah blessing you with your reminder like this.. :)

Nurul Ayu berkata...

entry panas...hehe aii amir long time no see...=p

Amir Izzat berkata...

Cik Fifi:
Terima kasih atas teguran anda.. hurm.. ok. Entri nie keterlaluan sebab gambar atau isinya? Bukannya apa..sekadar meluahkan apa yang terbuku..minta maaf la kalau terasa ye. Bukan sengaja pun. Pasal gambar 2,terpikir gak tadi..sekarang amir dah kaburkan..ok x? Terima kasih..

Cik Nursarah:
hurm...ye la.. semuanya sama... hurm..

Cik Hanis:
Yup..manusia hnya melihat keburukan dari kebaikan..mcm sy..lihat keburukan je..kan?

terima kasih atas pandangan anda semua..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju jugak dgn pendapat encik amir, sbenarnya cantik d luar bukan ber maksud cantik d dalam tp utk mencantikkan d dalam, pakaian perbuatan tu walaupun hanya luaran tp elok lagi dr yg tak buat langsung lagipun kalau dah baik luaran n sudah menjadi kebiasaan lama2 akan mencantikan yg d dlam jugak, butul tak. so teruskanlah usaha mengajak ke arah kebaikkan saya sokong, amar maqruf nahi mungkar.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn tindakan amir, bagi saya gambar tu taklah mengaibkan kerana telah pun d kaburkan. teruskn usaha

aien berkata...

sy rsa entry nie ok jer.. tak mengaibkn pon sb gmbr tak nmpk muka pun.. dan takda mention name sape2.. hm, ni salah stu cra nk saling mengingati.. bgus la.. ^__^

teruskan! sape yg makan cili dia yg akan rasa pedas.. hehehe

Sufi Asri berkata...

aku sokong ko amir.. amar makruf nafi mungkar... mungkin cara penyampaian ko x berapa jadi.. tapi alhamdullilah aku paham..

kalo ikutkan trend zaman skg nie, org selalu kata.. lantak kau lah.. asal x kacau aku.. tapi kita terlupa bahawa kita sebenarnya ada tanggungjwab menegur mereka.. cuma berhati2 menegur.. takut ada yg terasa. contoh mcm Fifi Rahmat.

Berdakwah bukan setakat hanya menegur.. tapi sebenarnya kena ada kebijaksanaan. Nabi berdakwah pon ada sifat fatanah. hehe

sekadar renungan bersama. =)

kepada Fifi Rahmat dan kesemua org yang membaca. Free hair adalah dosa. Walaupon hukumnya bukanlah murtad, tapi dikira sebagai mungkar. Sesiapa yg mungkar arahan Allah akan disiksa sebagai balasannya.

Disini, marilah kita sama2 mengingati. Tiada siapa yg sempurna termasuk diri aku sendiri yang x alpa melakukan dosa. =)

Tanpa Nama berkata...

bukan isinye, gambarnya. =) tegur tu x salah. tp kat gambar tu yg salah.

mula2 gambar tu terang benderang kan? i was the first one to comment your entry. skrg gambar dah kabur.

utk yg laen tu, i rase, klu korang ternampak gambar sendiri di laman web org laen, mesti korg pun x suke kan? fikir bukan utk diri sendiri je.

dan klu nk terjah komen tu, berpada-pada jugaklah kan. kena tau pokok pangkalnya.

"...Pasal gambar 2,terpikir gak tadi..sekarang amir dah kaburkan..." <-- pgunaan perkataan tu dah menunjukkan si pemilik blog telah mengubahsuai gambar tu dengan mengaburkannya setelah ditegur.

haish. jangan maen hentam keromo je. tu gelojoh nk komen namanya. tak tahu pokok pangkal cerita.

peace.

Tanpa Nama berkata...

@roronoa zoro: ITULAH MANUSIA. MENEGUR DENGAN CARA MENGAIBKAN AIBKAN ORANG. <-- ITU SALAH SATU DR AJARAN KITA?

Tanpa Nama berkata...

utk encik amir sendiri, anda boleh berfikir, dengan link yg telah saya selitkan di komen pertama.

adakah menegur dengan mengaibkan orang, meletakkan gambar, dan menyelitkan nama seperti encik zoro di atas itu di ajar dalam islam?

tolonglah buktikan, dakwah siapa yang menghalalkan aib ke atas orang laen?

Nurul Ayu berkata...

zoro::: ko ni selalu cam ni kan..hehe adoyaiii..

Tanpa Nama berkata...

askm,
len kali.. ko pernah x tgk surau?
surau kan ade gmbr cth2 pakaian menutup aurat? pasan x? haish..dia letak ape ? letak gmbr cartoon kn?
dia blur ke..xblur ke..bkn hak ko gunekan gmbr dia tuk tampilkan kt website..mmg niat baik..tapi secara tak lgsg..spe2 tgk gmbr tu..korang tgg dosa tau!

n lagi satu..ko nk berdakwah bleh..tapi tukar la dlm bentuk kiasan..n nasihat..jgn sembur cam bdk2 je..men shoot je..igt COOL ke? dakwah needs alot of patience..

naSihat je..
betul kata fifi tu..bgsla ko dh blur..tapi ko ade ke mintak tuan punyer bdn punyer permission nk letak gmbr tu? hmmm...

kla..

nie pendapat saya

KB LYANA

Tanpa Nama berkata...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmudengan himah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".

(Surah an-Nahl:125).

Tanpa Nama berkata...

antara asas method berdakwah :

c) Menggunakan bahasa yang baik dan cara yang menarik

Rasulallah dibekal oleh Allah kemampuan menggunakan bahasa yang betul dan indah. Ini amat penting dalam menghadapi mesyarakat Arab yang ketika itu sedang memuja keindahan bahasa, dan ternyata bahasa al-Quran yang dturunkan kepada Rasulallah sebagai asas untuk dakwah, lebih tinggi danlebih indah daripada apa yang pernah mereka dengar dalam penggunaan maysarakatnya. Apabila dirasakan bahasa al-Quran itu amat indah dan mereka terpesona dengannya justeru mereka menuduh Rasulallah sebagai ahli shir atau orang yang dipengaruhi jin. Kerana mereka merasa lemah dalam menghadapi ayat-ayat al-Quran yang dibaca oleh baginda. Baginda tidak menggunakan kata-kata yang kesat, bahasa yang rendah, menyumpah dan memaki hamun, malah Rasulallah amat menjaga lidahnya walauun dalam keadaan genting pun Baginda masih dapat bertenang menghadapi suasana tersebut.

http://sites.google.com/site/khazalii/10udi3052dakwahislamiah(bab10)

Sufi Asri berkata...

@ Fifi rahmat.
maaf kalo aku dah salah paham. aku ingat ko komen mengenai entri ini. sebab berdasarkan komen kau sebelum ini adalah "entry neh keterlaluan". jadi disitulah salah paham bermula. sori.. =P

mengenai komen yang kau beri.. aku rasa aku x terjah membuta babi. sbb aku melihat berdasarkan fakta. apa yg tertulis disitu lah yang aku komen.. =)

p/s: kan bagus kalo kita komen dgn lebih jelas.. =P

fiQ berkata...

ok2..kat sini bukan nk tegakkan islam or melayu or what..or nk sokong sape2..

@amir..
entry yang sedikit kontroversi dan memberi peluang kepada blogger lain berkongsi ilmu dan pandangan..bagus2..gambar kabur or x bukan masalahnya..tetapi di mana letaknya jati diri melayu yang islam..ye memanglah..pakai tudung pun bukan dalam elok..tapi sekurang2nya..x boleh pegang statement tu..walaupun pakai tudung..still wat maksiat gak..ape lagi yang x pakai tudung lagilah..kata orang camtulah..tapi kita jangan cepat melatah..

@fifi rahmat..
bgus juga teguran anda..semoga kita sama2 berkongsi hidayahnya..
saya di sini x bagitahu free hair tu elok ataupun tidak..cuma di sini..di mana pegangan kita sebagai manusia melayu beragama islam..sye juga da tgok hadis yang awak sertakan..
xde masalh pun..cuma..sudah puas nasihat..banteras..ceramah..tapi still ade lagi kan?
so..caranya..bukan nk aibkan..tapi tujuan untuk mnyedarkan...jgn cepat melatah bila nk komen..rilex je..kalau kita ok..x pyh tkutlah muka kita msuk blog orang lain pun..yang takutnya kalau kita x ok..tul x?so..pakai tudung tu nk tutup kepala ke nk tutup dada jugak?jika anda pkai tudung..nk tutup kepala ke aurat?tutup kepala..tapi nampak bende lain..x guna jugak rite??macam lelaki pakai serban n suar pendek..contohnya..so..better tutup dada sekali..ape salahnya..bukan bermaksud nk perlekehkan orang lain..bincanglah selagi boleh..

Amir Izzat berkata...

salam..
hurm...ok lah..minta maaf ye semua.Kenapa isu gambar lebih penting dari isu aurat? Kan mula-mula saya dah kaburkan muka... diulangi..MUKA. Atas sebab teguran cik Fifi..yg tidak puas hati..saya kaburkan semuanya la. Senang kan? Jadi,apa isunya sekarang? Kalau gambar isunya,minta maaf ye. Tapi baca tak pengisiannya??? Baca tak isinya? apa yang saya tulis? Apa yang saya hendak sampaikan.. Sya nak ingatkan bahawa entri nie bukan entri dakwah ye. Nie entri tak puas hati tambah ngan geram. Kalau saya nak buat entri dakwah..ayat dia akan jadi lain pulak..tidak seperti diatas..ok? sila baca elok-elok baru komen..kan dah de lam entri tue.. ''sya tulis bukannya apa..sebab geram''. Haa..yang ada orang kata saya berdakwah...ape kes pulak? Saya hanya meluahkan perasaan..Memang benar niat saya nak tegur..berdakwah gak kan cam tu kan? Tapi ia sekadar luahan perasaan...Bukan hendak mengaibkan..macam lah saya tak pikir..adoii.. Baiklah..nak tanya.kenapa sal gambar hendak dikecohkan walaupun saya dah kabur muka dia sebelum saya kaburkan keseluruhan??? Kenapa ek? Kenapa isu aurat..isu pakaian...tak pulak dibesarkan? Pelik laa... ok lah...saya memohon maaf bebanyak kat anda semua yang tersinggung dan terasa dengan entri saya ini.. Mungkin yang makan cili tue terasa...susah kan nak terima kenyataan????? w'salam...

MISH LOLIPOP berkata...

hoho..bgus amir..i skong pdhal i dua kali 5 jer..heheh..tp i xda la pkai trlalu ketat n slalu yer i slesa pkai bju krung n bju krung pon xda la ketat n jrang mcm pmpuan zmn skrg pkai..nice entry

WanitaMustanir berkata...

Assalamualaikum cik fifi rahmat,

saya hanya ingin menyampaikan selaku seorang saudara..

Apa yang dikatakan en Amir itu ada benarnya.. Entri nya hanyalah sekadar luahan perasaan geramnya terhadap perempuan2 yang berpakaian ketat dan juga yang tdk menutup aurat.. gambar yang ditunjukkan hanyalah sekadar hiasan untuk mengukuhkan lagi gambaran yang ada dalam fikiran en amir..

melalui pembacaan saya mengenai entri en amir, dia hanya ingin menekankan kepada wanita2 yang berpakaian ketat dan free hair, menjaga auratnya..

saya amat kagum dengan ilmu cik fifi kerana hujah2 yang cik fifi berikan seperti di atas..

cuma saya nak ingatkan, apabila kita telah masuk Islam, maka kita wajib untuk mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah..

menurut aurat itu wajib.. rambut juga adalah aurat wanita kepada lelaki ajnabi (bukan mahram).. maka kita akan dapat pahala.. menampakkan aurat kita kepada umum, maka kita akan mendapat dosa..

sekiranya aib yang menjadi persoalan cik fifi, maka tutplah aib saudari.. kerana aurat itu dalam bahasanya adalah aib..

wallahualam..

nadz ruslan berkata...

wanita mustanir, T_T insaf baca nih.

hukum ALLAH tu selamat, menyeluruh. kita jaga hubungan kita dengan Allah, DIa jaga kita balik. InsyaAllah..

Penulis Setia berkata...

salam amir...
saye rase entry ni tak keterlaluan pon..pasal gambar tu xtawla..mybe ade isu...tu xnk cmpur...

saya mengaku saye pon pakai ketat mcm dalam gambr tu....but now sket2 saya nk ubah jadi muslimah sejati..insyaAllah doakn..nk solehah luar dan dalam..

lagi ade gak saye pk..dah pkai tdung tp pakai ketat2 bek takyah pakai tudung kan...same jela mcm yang xpakai tudung tu...buat malu je kan

Lagi satu....
memang berdakwah ade byk cara...tp awk bukn mention nme pon...mybe pasal gmb tu jadi isu kot...n ayt awak oke je pon..bukn awk sebut name si A ke si B ke kan

Kalau awk cakap baek2 pon dorg dengar ke..bape kerat la sgt pompuan yg ttup aurat ikut syarak..termasukla saye..

Moga kita sama2 berubah ..termasuklah lelaki dan perempuan..amin..

Da LovaC berkata...

bagus mir..sama2 kita gerakkan menyedarkan..kalau kita tak mulakan..sape lagi yedak?..

buat kaum hawa sekalian..satu aje pesanan yang Hyper leh bawak..

Buat muslimat..Wanita ibarat epal. Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tetapi epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak pokok. Susah dipetik,susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau,"kenapala diriku belum dipetik?" Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan didunia tapi diakhirat. Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi..

memang susah nak buat..tapi..boleh aje nak berubah..memang awal-awal susah nak buat..tapi..let fake it till u make it..so..dah lame2..tak perlu rasa janggal nak berubah..

neway..amir..nice entri..cuma..kalau libatkan maruah seseorang tu..nak ltk gmbr ke..blurkan dulu.. or ape2..nak menyampaikan bukan nak memalukan yedak?..

hanis aleeya aka gadis sepi berkata...

ok. saya dengar. dan saya tak termasuk..

pakai baju ketat2 tak rasa rimas ke dorang ek? duduk dalam aircond kat shopping complex mesti terasa sejuk giler.. pasal baju tertarik ke atas..

kalau duduk kat bawah matahari lak panas giler dowh.. menyengat.. ape daa.. kalau kat tangan da terasa menyengat buat apa nak bukak2 lagi sana sini kan?

pelik2 manusia sekarang ni. kita tegur dia kata jealous. laki tegur dia kata gatai.. susah2..

rashid berkata...

Mungkin keterlaluan juga entri ni...lebih kepada sebelah pihak...tapi tak pa, hak kamu meluahkan pendapat...bagi aku pun memang sakit mata melihat anak gadis seperti itu.. Aku pun ada adik perempuan, dan kadang-kadang aku tengok orang lain, aku bersyukur adik aku tu masih baik lagi..

Lov3Lif3 berkata...

salam...

alhamdulillah masa ada lagi lelaki2 yang nak menegur soal pakaian perempuan.mmg orang yang dinamakan lelaki,ayah,adik lelaki,suami diakhirat nanti akan ditanya sama ada mereka membiarkan golongan wanita ini terus terjerumus atau tidak....jika dah x ada yang menegur,ditakuti memang kita berada benar-benar diambang kemusnahan dunia.memang ini lah hak lelaki sebenarnya membimbing kaum wanita. biarpun usaha ini pedih dari segi bahasa...tapi ok..rasanya ia tidak keterlaluan....

raraahmad berkata...

salam amir,
sy bwu je start blogging n ur blog is one of the suggested blog from my friend,
n ni first entry yg sy bce,woah tjok catchy,em sy sbgai prmpuan btudung agk merasa tempias nye,huhu
erm ap yg awk try smpaikan btol,n alhamdulillah awk tgur ngn bhemah,
cume sy terkilan ngn individu yg na tgur prmpuan masalah cmni tp ngn cre yg kurang bhemah cam maki n sumpah,huhu

sy ta bckup sape2 yg salah ttap bsalah,pkai ktat dlm hadith rasullullah ckp same je cm btelanjang.pkai tdung nmpak sanggul,masuk neraka,n di umpamakan sprti bonggol unta,,sbgai umat islam same2 kita saling mengingati,huhu

well2,sbb sy ni bru,sy amat mmrlukan tnjuk ajar yg lbeh bpnglaman,sy amat berbesar hati law awk ley visit,feed n follow blog sy,thanx amir :)

Aisyah berkata...

hmm., mengaibkan?? tk de la kot., gmbr tu kn da blur kn., urmm.,
love to read diz.,
:)

Wan berkata...

entry ni keterlaluan kew? bagi saya entry nie bertujuan untuk memperingati kita bersama, bagi penialaian orang laen terpulanglah...Kepada izzat teruskan usaha murni anda..

Burungman berkata...

Assalamualaikum.

Saya sangat setuju dengan entri ni. Pesan daripada saya, yang free hair tu, pakai lah tudung. Yang pakai tudung pulak, perbaiki lah tudung supaya penggunaannya menepati syariat. Semoga dengan teguran dan nasihat yang diberikan, kita umat Islam dapat memperbaiki kehidupan ke arah keredhaan Ilahi insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

wahai pembangkang2 sume...
jgn salah kan org cuba untuk mengak kan kebenaran..
kalau korang bangkang...
serupa korang bangkang al-quran dah sunnah...
terasa macam al-quran dan sunnah tu mengaib kan plak...apelah korang nie
benda yg wajib xkan nak kene tunggu hati ikhlas...
jgn kate yg dah jage pakaian tu,tp perangai buruk...salah tu..
tp cube korang pike ttg kewajipan korang terhadap yg maha esa...
btol x?
kalo tgk org yg gagal mmg lah gagal jugak..
cuba tgk org yg berjaya..
ceh...ceramah kat blog org plak..
hak3..sori..
tp korang pike2 kan lah...

ashraf siddiQi (--,) berkata...

entry tue mmg masok akal..fact..ape nk sangkal lg..
rmai yg kt lua sana ckp..'ala pakai tudung or x ketat pon lum tentu dalam bagus'
hey come on la, bnda wajib tetap wajib..xperlu pn keikhlasan hati dtg dahulu..tunaikan dulu kewajipanny..sb ade hikmahny..mne thu dpt hidayah kt c2..
adakah perlu keihlasan hati baru nak solat?? its the same situation..

klo contoh yg bagus ape slhny dtunjukkan, yg gmba org pakai tdung labuh 2..
yg mnjolok mte da dikaburkan..tkot sensiviti mne2 pihak..kre oklah..

ian salleh berkata...

knapa x bertudung?“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.kopipes

Tanpa Nama berkata...

haha, bile dah kene btg idung sndri, sebok plak nk mmbela diri.. xyah nk tgkkan bng y bsah.. aku trtarik dgn bberape org yg sebok dgn 'nasehat kne berhikmah' deorang.. ni aku nk bg 1 stuasi:

katekan laa 1 mlm 2 kte duk lepak kt luo rumh kul 2-3 pg(xleh tdo ke), pas2 kte tnmpk rumh jirn kte trbkar.. scare logiknye, msti la kita akn trus dtg ktuk pntu kuat2@jerit nme dia@baling batu kt tingkap@ dll.. kte akn wat pape je nk bg jirn kte 2 tsadar.. xkn kita nk dtg umh de, bg salam lmbut2, ckp sopan2 yg rumh de ni tfbkar.. msti la x kn?

so same la dlm stuasi pkaian seksi zman skg ni, jeans ktat dh jd TREND wlaupn tdung ats kpala.. sbenrnye bnde ni dah prah sgt.. da blmbak2 dh nsihat , kuliah2 kat mne2 skalipun utk tgur bnde ni, tp 'dh x lut'.. biar kne sound drect gini bru de btol2 terasa.. rmai pmpuan kata: 'sy akn pkai labuh2 ble dh kwen nnt',. wei! esok kompem ke korg idop lg?? lu pk la sndr..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??