7 Sunnah Rasulullah SAW Yang Perlu Kita Jaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca serta teman-teman sekalian. Pernah tak kalian ikut sunnah Rasulullah? Mungkin ada yang pernah..mungkin tidak mengetahui. Kalau orang tua tue,sunnah Rasulullah saw hanya berkahwin empat orang. Itu bukan sunnah,itu dah mengikut nafsu.


Kita hendaklah menjaga sunnah yang Rasulullah tinggallkan..Nescaya,kalau kita mengikut sunnah Rasulullah. Hidup kita kan diberkati.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Pernah tak menjaga salah satu dari sunnah ini? Kalau tak,marilah sama-sama kita memperlengkapkan diri serta memperbaiki diri ini.. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

3 comments:

Kie-yu berkata...

ingat mati tu sunat kan
tp jgnlah ingt je
kena beramal sekali

nice posting ;)

Keretapi berkata...

banyak tak buat. . atau buat kadang-kadang je, tak konsisten. astraghfirullah.

thanks for sharing :)

Amal Asyura berkata...

Salam ziarah,
jazakallah krn ingatkan sunnah-sunnah Rasulullah saw yg slalu kita lupa =)
Tetapi sebenarnya ada satu sunnah terbesar yang Rasulullah buat sepanjang hidupnya tp ramai yg terlepas pandang. Apa dia? Kene cari sendiri. X best bgtau semua hehe.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??