Gah Ke Melayu????

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas melawat blog Ayie tadi. Terdetik di hati ingin berbicara berkenaan dengan Melayu. Walaupun sudah lama hajat di hati hendak berbicara soal ini tetapi malas lagi. Tak mahu hangatkan keadaaan.

Banyak kan kes berkaitan dengan Melayu sekarang? Cukup pening dibuatnya..Angkara siapa ya? Media atau kerajaan? Kalau Melayu sebelah kerajaan,mereka tuduh Melayu sebelah pembangkang. Begitu juga sebaliknya..

Itulah tingkahlaku orang Melayu. Saling tuduh menuduh dan bukannya mencari jalan penyelesaian. Bangsa lain duk tengok,tepuk tangan je la mereka. Ini satu kejayaan bagi mereka apabila Melayu asyik bertelingkah..

Melayu..kalau bab dendam number satu lah. Apa da? Sejak dahulu lagi kot,tidak boleh lihat bangsa sendiri maju. Sikap tolenrasi mula hilang.. Lepas itu pulak,ada segelintir Melayu yang rasa megah..berlagak..dengan apa yang dimiliki walaupun tidak seberapa… Ada duit tapi bakhil…Bila berduit mula lupa diri…

Hurm..macam-macam..Kalau google perkataan Melayu. Sah! Benda tak elok je la yang dijumpai. Salah siapa? Nak salahkan siapa? Nenek moyang? Marilah kita merenung diri kita..sikap kita…kelemahan kita…

Melayu..cakap tak serupa bikin..Betul ka? Sememangnya betul kan? Banyak dah pemimpim Melayu auta dia orang punya kata-kata…Aduhai…

Melayu juga..mudah lupa. Ye ke? Lupa pasal apa? Lupa pasal kejadian 13 Mei? Jangan lupa…bangsa lain dok perhatikan kita. Beringatlah… Aku malas nak cakap pasal Melayu..Nanti kita berbicara dengan lebih lanjut..Takut kena hentam dengan segelintir Melayu…

Dah tau dah..mudah beranggapan sebab memang begitu..kan?? Peace...Entri Amir ini hanya sekadar luahan tanpa disertakan fakta yang kukuh namun ia benar-benar berlaku. Jadi,terima lah kenyataan. Melalyu belum cukup Gah.

Segala pandangan dan pendapat anda amat Amir hargai. Kongsikan pandangan anda supaya kita boleh berbicara dengan lebih lanjut…Berfikit secara positif.. Melayu boleh!!

8 comments:

ISZA berkata...

Melayu memang belum cukup gah tapi kekurangan Melayu lebih nampak kerana kita majoriti di sini..

hakikatnya.. semuanya sama sahaj.. ada kelebihan dan kekurangan.. dan yang paling penting.. majoriti melayu masih terikat dengan dosa dan pahala..

Ayie berkata...

aduh.. ada nama ku didalam entri kamu ye.. heheheh.. terima kasih.. i hope u can view this entry..

http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com/2010/06/cari-barang-tersembunyi.html

semut lelabah berkata...

hanya cuba untuk jadik seorang MUslim yang baik.. :)

Amir Izzat berkata...

@cikgu isza.. hurhm..ye tak ya jugak. Orang Melayu harus bangun...bangkit semula..jangan leka..kan? tp kan...pemimpin pulak tak bangkit2..susah2..

Amir Izzat berkata...

@A-Y-I-E.sama-sama. haa..dah tengok...teerrcabut jantung..haha..

Amir Izzat berkata...

@Hapiz Rahman..amiin..insyaAllah..tp kena bangkit jugak kan?

takut la Malaysia nie dikuasai cina..hurm....

Sufi Asri berkata...

haih... jgn sebut 13 mei.. itu kan isu perkauman... apelah... padam2 yg itu.. yg lain ok..

Amir Izzat berkata...

@Roronoa Zoro..laaa..tak boleh ke? erm..nanti ar padam...huu..bahaya ka? hurm..tq

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??