Tips- Cara Mendapat Idea Untuk Menulis Entri


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,kawan-kawan serta bloggers sekalian. Petang tadi,ada seorang kawan saya bertanya pada saya. Macam mana nak dapat idea menulis entri ek? Dia tanya sebab blog dia dah lama bersawang kerana kekeringan idea. Jadi,saya buat entri khas ini berdasarkan pengalaman serta pengetahuan saya sahaja untuk kawan saya ini. Ha,Muzz. Baca nie.

Pertama.
  • Sentiasa bawa buku catatan ke mana-mana sahaja bak kata Ben Ashaari. Buku dan pen.Cukup lah.. Catat je apa-apa yang berlaku. Betul saya cakap nie. Sekarang ini pun saya sudah bawa buku kemana-mana sahaja serta bawa kamera sekali. Cerita banyak tapi saya tak sempat taip. Oleh itu,buku dan pen amat penting.
Kedua.
  • Idea? Idea senang je nak cari. Nampak semut jatuh dalam longkang pun kita boleh tulis. Nampak itik sedang bertelur.Selepas itu,buatlah cerita yang itik ini sekali bertelur keluar 4 biji sekali gus. Dasyat! Kan?
  • Kalau sebagai seorang pelajar,banyak benda yang boleh kita tuliskan..Betul tak? Apa yang kita belajar..apa yang kita buat(personal blog) dan semuanya lah.. Yang penting,catat dalam buku catatan. Der,banyak benda kat sekeliling kita yang dapat kita terjemahkan melalui tulisan ini. Betul tak?
Ketiga.
  • Kalau dah ada catatan itu,taiplah menggunakan Microsoft Word terlebih dahulu supaya idea yang kita dapat itu boleh dikembangkan dengan baik. Satu lagi,supaya kita tidak lupa apa yang terlintas di fikiran untuk kita update.
  • Sebab itulah,tips pertama itu penting. Muzz cakap dia blur apabila log in blog dan tak tahu nak taip apa. Jadi,taiplah di Microsoft Word sebelum paste di new post.
Keempat.
  • Apa lagi ek? Hurm..Oh ya! Saya terlupa pula. Muzz cakap blog dia untuk isu-isu semasa. Ha,bagus lah. Sekarang ini banyak isu-isu semasa yang boleh anda taip Muzz. Tak rugi.. Jadi,kongsikan pendapat anda tentang isu-isu semasa.
Kelima?
  • Dah habis…hehe.. Ada lagi laa. Sebelum saya terlupa,saya selalu membaca kamera Sony saya kemana-mana sahaja kecuali waktu sekolah lah. Perkara ini amat memudahkan saya mengambil gambar yang menarik ketika dalam perjalanan. Sekarang ini pun dah banyak gambar dalam kamera saya cuma saya tak sempat nak berkongsi di dalam blog ini. 

Baiklah. Setakat itu sajalah. Bukan banyak pun. Inilah yang saya amalkan. Saya bawa buku catatan dan pen . Selepas itu ,saya catat idea dalam buku catatan. Balik rumah,kalau saya sempat. Saya akan menaip menggunakan Microsoft Word terlebih dahulu sebelum post di dalam blog sepaya saya tidak menaip entri dalam tergesa-gesa. 

Akhir sekali,saya akan membawa kamera kemana-mana sahaja. Asal nampak benda pelik,tangkaplah gambar.. kan? Tak rugi woo…Kalau ada gambar pelik,buatlah entri dengan menghuraikan gambar itu. Kan dah ada idea untuk menulis entri.

Jadi,untuk kawan saya ini. Ha,kau baca tips tok. Then,kau molah kedak aku. Simple jak bah. Dan untuk rakan blogggers. Inilah yang saya buat walaupun kadang-kadang saya menaip entri merapu je. Benda yang baik kita ikut..Yang tak baik itu kita buang jauh-jauh. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. 

Amir: Maaf kalau tajuk salah..Tak tahu dah nak letak tajuk apa..Hehe.. Yang penting isi bermanfaat.Kan?

16 comments:

A Fans of Lee Family berkata...

tips y berguna..huhu..
thankz izzat.. :)

Adha berkata...

aq pun selalu gak blank idea ni..kalu ade mood bru dtg idea tu..tu pun idea yg ngarut2 je yg muncul haha..:D

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

siyesly la kan, camera sgt penting.huhu

Ken Wooi berkata...

i sometimes lack of ideas of what to write =/

SD berkata...

tadi nampak iklan banner blog ni klu x silap kat ben ashaari tp masuk sini guna GB....hehehehhe~~~~pasal tips ni aku kena berkarang tanpa sesiapa di kanan dan kiri aku klu tak idea lekat kat otak, x boleh nak taip. sem depan mujur bilik single, so no prob.

Tanpa Nama berkata...

g00d entry~ ;)

Unknown berkata...

tips berguna untuk saya..n nak tnya macammana nk bgi ramai follow erk..

Amir Izzat berkata...

@˙·•♥ QaSeH ♥•·˙okeyh..sama2..

Amir Izzat berkata...

@Adhahaha..sama la kita..yg ngarut mmg banyak tapi rasa xbgs pulak nak post..kan? hehe

Amir Izzat berkata...

@kenwooi..huhu..really? tapi its not big problem to you la..kan? :)... u write good entri even im not understand..just a little..haha..(broken english..again) :D

Syahida berkata...

Idea banyak sangat, sampai tak semua yang diluahkan..sebab limited time ngadap blog and lappy. huhu..so far belum pernah kering idea lagi..idea bertindan-tindan dalam kepala ni. @_@.. Rajinnya bawa buku, Sya taip kat henset je kalau terjumpa kata2 yang best kat buku.

Amir Izzat berkata...

@SD..oh..saya dah tahu..iklan untuk sehari..tq. hurm..kau berkarang sorang-sorang ek? bagus2..senang nak dapat idea dan ketenangan..tapi aku suka alam..aku suka awan..aku lihat keindahan alam..aku rasa tenang..baru leh tulis entri..hehe..

terima kasih. yg penting idea datang..

Amir Izzat berkata...

@Anonymous..thanks.. :)

Amir Izzat berkata...

@myrah..berguna? wah! bagus lah.tak sia-sia saya bagi tips ini.hurm... macam mana nak ramai follow?? ok.

1. ikut sistem i follow u follow..tau kan??? kalau follow blog orang,suruh dia follow balik..itu yg pertama.

2. buatlah entri yang menarik..pabila orang tgk..dia tertarik...

hurm..banyak lagi kot caranya..setiap blogger ada cara tersendiri..kalau nak senang,buat ''i follow u,u follow me'' laah... bergantung pada seseorang blogger.

saya pun tak mahir dalam perkara ini

molliesa berkata...

menarik la tips ni.

amir mesti hebat tulis karangan kan! yeah!

andynurehanadibahrahim berkata...

tips yang baik!
insyaAllah sy ikut=)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??