Tibalah Masa Untuk Pulang Ke Kuching,Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dah bangun ke belum? Kepada bloggers yang tak tidur semalam,pergi tidur sekarang jugak. Tak baik kejar trafik sehingga memudaratkan kesihatan,kan? Hari ini hati apa ek? Oh ya! Hari Ahad. Cepatnya masa berlalu..cuti sekolah pun sudah sampai ke penghujungnya..

pernah pergi sini tak?

Esok,tibalah masa untuk aku pulang ke Kuching,Sarawak. Meneruskan pengajianku…dan cita-citaku..Tapi aku lemah laa..Kerja sekolah ada lagi yang belum siap. Hehe. Kalau tak silap aku,esok kena naik flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur petang..pukul 2 petang kot.

Selepas itu,kena tunggu di LCCT Kuala Lumpur seharian..sebab penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching adalah pada sebelah malam. Aduhai..kena menungggu pulak..Dengan berakhirnya cuti,berakhirlah masa untuk blog.
Tibalah pula masa untuk belajar..

Hal duniawi perlu dikejar sikit-sikit..kena seimbang,kan? Belajar nie kerana Allah..Kalau ujian tak lulus Agama…Malu wey.,.

Anda pula? Apa aktiviti yang anda lakukan? Sudah sedia untuk kembali bekerja? 

p/s: Panas telinga weyh!!!!!!!!!!!!!!Ada orang bising kat bawah..Hurm..

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??