Kisah Budak Sekolah Gilakan Blog Bab 1

 
Sejak bermulanya cuti,Amir sering menghabiskan masanya di depan laptop. Dia seorang pelajar Tingkatan 4 Aliran Sastera. Bersekolah di sekolah Teknik dengan mengambil kursus Katering. Cuti baginya kali ini amat menarik buatnya kerana dapat melupakan segala urusan di sekolah dan segala kerja sekolah yang cikgu berikan. Dia terus alpa dan terus leka.

peneman setia

Saban hari dia semakin hanyut dalam alam maya. Tidak kira siang dan malam,kerjanya hanya mengadap laptop sahaja. Solatnya semakin terabai..kewajibannya terus tidak dilakukan..Katanya,berblog lagi best.

Memandangkan semakin hari semakin ramai yang memasuki blognya. Dia rasa teruja dan terus menulis agar pelawat tidak putus-putus mengunjungi blognya..

Teman-temannya semuanya dilupakan..Erti kata lain,hidup dia hanya di alam maya. Dunia realiti bagaikan tidak bermakna buat dia..Kawan terus dilupa.

Walaupun kawannya ajak keluar jalan-jalan,Amir tak nak…Parah sudah…Bak kata orang,mandi tak basah. Tidur tak lena, Makan tak kenyanng. Asyik rindu kat blog je..Kalau pergi mana-mana..Dia sentiasa mencari jalan untuk mengakses internet…

Idea dia pulak sentiasa datang dengan bercurah-curah kerana impian dia nak jadi macam BenAshaari yang boleh post entri banyak-banyak..(Alahai..Besar cita-cita nampak?) Walaupun tengah 'melepas' pun dia maih berfikir apa yang hendak ditaip..(Macam korang jugak kan?).

Pada sebelah petang yang indah..ketika sedang menaip…

Telefon tiba-tiba berdering.. Amir pun angkat.

Amir: Hello..Siapa dia talian??

Farid: Oi! Aku nie. Kau nak keluar tak? Cari baju ke..Jalan-jalan ke..

Amir: Hurm…tak nak ar ..Aku ada hal nie..Sibuk.

Farid: Betul ke? Tak pa lah. Jumpa lain kali. Tut!

Sebenarnya dia leka dengan blog. Dia dah gila tahap tak boleh diubat. Semakin kusyuk di depan blog. Amir tiba-tiba mengalami implikasi di pinggangnya kerana asyik duduk je..Tak berganjak langsung dari katilnya..Badannya tiba-tiba……………….

[Bersambung……] 
 @karya Amir Izzat

8 comments:

hakimfaridzul berkata...

hurm...
tu dah melampau la plak~

iidyll iceness berkata...

adusss
mst nk wat suspen gak ker???
haiyeee

Amir Izzat berkata...

@hakimfaridzul..melampau? haha...kemaruk berblog...kah3.

Amir Izzat berkata...

@[[iidyLL_iceneSS]].mestilah..cerita panjang nie...hahah

iidyll iceness berkata...

huish....pendekkn lar...kn senang...

Fay berkata...

interesting..:D

Amir Izzat berkata...

@[[iidyLL_iceneSS]]..haha..tak boleh..kisah nie panjang..tak syok ar pendek2 nie..kan? nak buat gempak sikit..kih3.

Amir Izzat berkata...

@Fay Nana (Cik Fana)..menarik ke? wah..kena sambung nanti.ehehe.. tq

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??