Untukmu Sahabatku..


Sahabat,
dulu kau dan aku sering bersama..
Namun,hanya disebabkan satu perkara,
kau pergi meninggalkan diriku.

Sahabat,
andai aku ada waktu,
ingin sekali aku bertanya padamu,
mengapa kau tinggalkan aku sahabat,
sedangkan aku amat mengasihi dirimu,
 
aku sedar wahai sahabat,
diriku banyak melukakan hatimu,
namun sedarkah dikau,
mencari seorang sahabat,
bagaikan mencari sebutir mutiara putih.

Namun sahabat,
aku tidak akan menyalahkan dirimu,
kerana perpisahan ini,
pasti akan wujud,
walaupun tidak diminta,
kerana setiap pertemuan,
pasti akan adanya perpisahan.

2 comments:

Unknown berkata...

wow! sungguh puitis bunyinya..
i like (",)

Kaixer.NET berkata...

Salam~

menarik, kalo rajin join la kaixer.net,
kalo nak slot untuk jadi penulis pon boleh, tp pasal art or puisi every week :D

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??