Bangganya Jadi Rakyat Kelantan| Ada 11 Keistimewaan Orang Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa orang Kelantan kat sini? Wah! Wah! Mesti ramai kan..Korang tahu tak yang aku memang bangga ar jadi rakyat Kelantan nie? Yup,aku bangga dengan negeri aku. Cop! Adakah aku ada semangat kenegerian yang kuat? 

Adakah kalau orang luar tegur aku,aku buat dek je? Haha. Tak lah..Aku berkawan dengan semua orang Cuma ‘orang luar’ tue je yang berfikir negatif. Anda bijak anda fikir positif.

Nak tahu kenapa aku bangga jadi rakyat Kelantan? Ha, Kat bawah nie 11 keistimewaaan orang Kelantan..

1.Kelantanese use a proper Malay word.

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:

Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. 

Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”

“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”

“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”

Perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

Contoh:

Saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. 

Ayat yang biasa didengari adalah:

buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. 

Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
ambo’ untuk menunjukkan humbleness
kawe’ dengan kenalan biasa
aku’ dengan member2 rapat
oghe’ dengan family
sayo’ untuk formality

Sumber: http://belacan-143.blog.friendster.com

Wah!! Macam mana gu? Betul ke blogger blog Belacan tue cakap?? Aku copy je senang..Nak kasi tahu semua orang..Haha..Bukan nak berlagak..tapi aku bangga.  Jolo tak gu?? Demo banggo ko dok?? So lagi,oghe Cino Kelate bulih kecek Kelate..Negeri lain tokleh boh...Ko guano?? Haha..

Amir: Setiap orang ada keunikannya..Jangan jadikan ia jurang antara kita.

14 comments:

ain fathihah fhm berkata...

haha. tempat saya belajar, memang ramai orang kelantan. mujur rumah sewa saya, org kelantan bukan majoriti..

orang kelantan okay, cuma kadang2 saya rasa rimas dengan orang kelantan yg jenis tak boleh nak buang loghat masa urusan2 rasmi (presentation etc)

Amir Izzat berkata...

@ain fathihahhurm..ye ek? kenapa kalau majoriti orang Kelantan? Tak leh duduk ar..huhu..bahaya tue..

hurmm...rimas dengan loghat?hahah..mcm mana tue? biasa ar..kalau berbicara orang Kelantan tak lupa diri..kan? kalau dia cakap loghat gini,menandakan dia org Kelantan..

inilah yang membezakan kita..kan?

peace!

Unknown berkata...

bangga rasa diri ini bila dilahirkan di kelantan dan menjadi ank kelate yg sejati..
dimana2 shaja tdk malu untuk kecek kelate

Unknown berkata...

gebah idung kawe...huhuhu...kelate boh

Amir Izzat berkata...

@Miro Armyrule.haha..gebah? haa..baru demo tau..kah3

Amir Izzat berkata...

@sHaiRA haIFA..hehe.sama lah kita..kita duk Borneo..tak malu kecek kelate..

Tanpa Nama berkata...

aku bangga jadik ore kelate! half2 je. asal jb. tp aku suka budu!! ahakz.. :)

Kyd Berdang Online berkata...

kawe bangga jdi ank klate... sep kito jgn pecoh

Tanpa Nama berkata...

hahahaha... seronok taw kalau berkawan dengan owang negeri2 lain ni... dapat blaja bahasa, adat, budaya... kelantanese is one of the best... saye study di kelantan... kesederhanaan dan hormat menghormati menjadi amalan... xde masalah pape pun.... so, no problemo...

Tanpa Nama berkata...

wau..like2 sesangat..banggonyo jd anok klate.. pink molek blog dia..gapo2 pon..good job!!

Tanpa Nama berkata...

Nak tambah boleh, saya pun kelantanese,
punca-punca bahasa kelantan banyak dari english
contoh

Glecoh=Tergelincir-Gleyser
Jah=Sahaja-Just
Stark=Mula-Start
Gostan=Ke belakang-Reverse
Gohed=Ke depan-Go ahead
BekWoh=Kenduri-Big Wash
AcuCuboTeraTeh=Cuba-Try
Ejah=Penyelarasan-Adjust
Kalem=Pen/Pensel-Qalam(ARAB)

arghhh, banyak larh lagi, saya pun tak ingat lah...

Tanpa Nama berkata...

ambo bggo sb ado red warriors yg smgt kuat,semut merohhhh..

berkata...

kawe pong banggo jadi oghe kelate

fiefy berkata...

berbangga menjadi anak malaysia..tidak kira kelantan mahupun n9..sewajarnya sama2 mendamaikan negara bukan ""encourage dispute"..semoga malaysia aman & damai..peace no war

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??