Kalau Aku Nak Nasihat Orang,Aku Perlu Menjadi Imam Dahulu Ke?| Susah Nak Tegur Manusia Nie!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasal nasihat menasihati nie..Aku hairan laa..Tak boleh ke kita nasihatkan orang yang melakukan kemungkaran? Alaa…ada orang cakap kat aku “ Niat awak baik..tapi mungkin dia akan jadi lebih baik dari awak” Itu adalah kata-kata seorang insan yang sangat baik memuji aku baik.

Tetapi aku faham dari ayat dia. Gini,mungkin seseorang itu akan jadi lebih baik dari kita apabila kita duk tegur dia? Faham tak? Kalau dia buat kemungkaran,kita asyik duk ingatkan dia walaupun diri kita ini tidak sesempurna mana..dia mungkin akan berubah tetapi atas teguran kita. Nampak tak dia punya point disitu?

Ha,aku tahu. Diri aku ini tidak sempurna mana..Dalam blog aku ini pun. Aku banyak menegur soal pemakaian perempuan..dedah aurat dedah sini.. Ha,aku tegur la tue. Nak kasi ingat sebab fitnah yang paling besar akan kena lelaki adalah fitnah perempuan.

Come on laa..takkan aku nak tegur orang. Aku perlu ambil lesen dengan JAKIM. Ingat! Tugas berdakwah itu wajib ke atas setiap muslim.. Susah lah nak ajar manusia kalau dia tak mahu terima teguran.. Banyak dah aku terima komen kat blog ni.

Aku tahu…takpayah berselindung lagi. Ada yang terasa hati..Kalau aku tak tegur,baik aku duk rumah. Lepas tue,aku takkan tengok dunia luar lagi.. Duk dalam rumah je..Tengok orang berzina depan mata,buat bodo je...kan?

Lantak ar orang kat dunia luar nie..Nak berjudi ka..Nak berzina ka..Sukatilah nak buat apa..Aku tak kisah!! Tapi ingat! Kalau Allah turunkan bala,Allah takkan turun kat kita seorang je..tapi seluruh kaum kerabat kita.. Alaa..senang cerita,seluruh Malaysia hancus..

Ha,dah dapat tak apa yang hendak aku sampaikan? Ok! Ok! Apa yang hendak aku sampaikan adalah yang tugas tegur menegur,nasihat dan berdakwah ini bukan terletak pada ustaz,iman,tok bilal sahaja tetapi kepada semua yang bergelar muslimin dan muslimat yang diberkati Allah sekalian.

Susah ar nak menegur orang,tapi itulah cabarannya. Semoga korang semua memahami.. Ada orang takut nak tegur orang buat maksiat. Ceh!!! Panggil Jais datang sejam dulu..Baru nak cegah..Tapi tak apa..selemah iman adalah mencegah dengan hati,kan? Kalau yang ada kuasa itu yakni terdaya untuk mencegah tapi tak cegah,macam mana pula? Wallahualam...

Isu Couple.

2 comments:

Raji and Yeen berkata...

hohoh btol tuh
tiada org yg sempurna
setiap org memerlukan nasihat org len
xkesah la yg memberi nasihat tuh pencuri skalipun
kalau nasihat der yg benar kenapa tidak kita ikot xD

molliesa berkata...

aiseh..sape yang bagi ayat macam tu kat amir ye?
takkan la nak tegur orang, nak nasihat orang nak kene jadik imam sume tuh dulu kot...

tak perlu pun. dan benar, kita semua mmg wajib kan tegur menegur, nasihat menasihati...

keep it up~

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??