Couple Itu Haram!!!

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini.

Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
sumber: iluvislam.

Apa pula kata anda?? Hendakkah bukti? Senang je. Pernah jalan-jalan di pasaraya? Pernah tengok orang muda mudi berjalan? Berpegang tangan tanpa ikatan yang sah? Kita yakin bahawa mereka itu berkapel. Jadi, benarlah couple itu haram. Terpulang lah kepada kita untuk menerima kenyataan ini. Tak apa berkapel tetapi ikut cara Islam. Oh ya! Saya tak kata tak apa itu boleh..Hurm,lebih baik bertanya kepada ustaz anda. Supaya lebih senang faham dan tak keliru.


Kalau nak couple, khawin saja terus. Lebih senang. Maksiat dan buat. Dosa pun tak bertambah. Rumah tangga insyaAllah harmoni. 

10 comments:

aien berkata...

salam.. yg biasa ckp mcm tu maybe ingat zina tu bila pegang tangan, sentuh2.. padahal bila ingat akan si dia itu pun di kira zina.. tapi zina hati.. tu yg sy dpt dr sedikit pembacaan.. sekadar berkongsi ^__^

semoga Allah ampunkan dosa2 kita.. amiin..

Bukan Eciz berkata...

no komen. tettttt~

Nurul Ayu berkata...

yup setuju..aku tak nafikan walaupon aku tengah couple sekarang ni..

Sufi Asri berkata...

mmg betol pon apa yg dikatakan.. =)

ISZA berkata...

itu sebab kadangkala org tak tahu membezakan ditangkap kerana berkhalwat ataupun ditangkap kerana berdua-dua dengan bukan muhrim..

Zierwa Zainal berkata...

thanx atas perkongsian..


kalau sudi komen la entry saya..
sedey

~fisha~ berkata...

betul..

couple itu haram tapi cinta itu fitrah.
& seriously, nak kawal fitrah cinta yang terlahir kat individu berlainan jantina ni, memang payah. rase elok kawin je. tapi, mostly parents skrg tak kan bagi anak kawin awal. tak kn nak kawin lari kot. complicated jugak kn. ape pndangan awak?

The Girl in the Green Hijab berkata...

btol...
tp,skng susah org nk prtikn bnd 2...
klu org dclare prasaan dye pd kter,kter soh dye tngu,lme2 dye akn g kt org len...
ye,btol..klu dye ikhlas,dye akn tngu..
tp klu sy,ikhlas mne pn,klu dh lme sgt tngu,sy cr gk org len kot...
so,in ur opinion,cmne nk settlekn ni?

pendapat dari:
http://adelabdul.blogspot.com/

Hazzy Ishak berkata...

ok

Amir Izzat berkata...

terima kasih atas komen anda..sekadar berkongsi..nanti kita berbicara dengan lebih lanjut dan jelas...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??