Tips| Jangan Berputus Asa Ketika Berblog


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada korang! Apa khabar pagi ini? Dah 2 Julai ye? Cepatnya masa berlalu..Tidak ku sangka sudah hamper 6 bulan aku berblogging. Tetapi hanya 2 bulan sahaja aku berblogging dengan serius dan suka-suka. Hehe.

Baiklah. Korang semua mesti nak tahu tips nie. Korang janganlah berputus atas ketika berblogging nei. Jangan bersedih.. Cuba korang ikut tips Amir ini.

Niat.
"Sahaja aku berblogging kerana $$'".. Hehe...Kalau kita berblogging nie,kita mesti tentukan niat sebab sesuatu perkara mestilah disertai dengan niat. “Innamala’amal lubinniat..”. Ha,oleh itu. Berniat dengan baik sesungguhnya Allah pasti akan mempermudahkan urusan ketika berblog. Tak gitu ?

Istiqamah.
Apabila niat kita sudah baik. Berblogging ini kita harus lakukan dengan berterusan. Update blog sehari pun cukup dah. Jangan tak update langsung.. Taip je apa nak taip. Apabila kita melakukan sesuatu yang berterusan. Sudah tentu apa yang kita inginkan pasti akan tercapai,kan?

Set a Target.
Ops! English pulak daa..Tak apa. Set target korang. Korang nak capai tahap mana. Macam aku,aku dah capai tahap yang aku nak. Contohnya,aku target yang aku mesti dapat 400UV hari nie. So,aku cuba sedaya upaya. Blogwalking,taip entri dan macam-macam lagi sehingga target aku tercapai. Alhamdulillah..apa yang aku inginkan tercapai gak.

Jangan bandingkan diri kita dengan blogger lain.
Ha,inilah yang selalu berlaku kepada diri kita. Janganlah kita duk bandingkan diri kita dengan blogger yang dah femes. (femes ke?). Jangan! Sebab apa? Ha,sebab korang akan rasa berputus asa.. Rasa lemah..tak bersemangat.. Dalah hati cakap “Kalau update pun,tak da orang nak baca…”. So,buat perubahan.Mereka yang duk atas sekarang nie pun bermula dari bawah..

Jangan putus asa dan sentiasa berusaha.
Baik! Jangan sesekali berputus asa.. Mesti berusaha dan terus berusaha. Jangan pula berhenti separuh jalan. Tak syok ar.. kan? Usaha tangga kejayaan.

Selongkar blog “Otai” dan cari tips.
Haa…yang nie yang paling penting. Banyakkan membaca dan baut kajian. Baca tips diorang. Mesti blogger yang femes dan terkenal nie ada tips untuk menjadi terkenal.Korang pi la baca apa yang diorang buat sehingga diorang berada di tahap itu. Aku selalu gak baca dan amat berguna. Baca dan amalkan...

Amir:Baiklah..Setakat itu sajalah perkongsian ilmu dari Amir yang tidak seberapa ini..Sekadar menulis untk rakan-rakan...Terima kasih kawan! Kalau bukan kerana anda,Amir tidak berada di sini..

16 comments:

ardinihumaira berkata...

betul3... sentiasa berusha. chaiyok! ;)

Unknown berkata...

thanx utk tips ni.. bagus2.. :)

izyantyPersonalTaste berkata...

ok nak ikut tips awak heheh....tq.
tp dah ptus asa psl wiget nuffnang asyik error je. dah xtau nak letak camna lagi.so sy buat xtau je.

WanitaMustanir berkata...

Morning..

Saya setuju dengan selongkar blog otai..

Selain itu, tinggalkanlah komen2 kat blog dorang and follow the blog..

=)

p/s: budak baru belajar saya nih..

aien berkata...

yup! tips berguna.. jangan bandingkan diri kita dgn blogger lain..
masing2 ada cara tersendiri.. just be urself.. kan? hehe

^__^

kaizen shinobi berkata...

uhoh!... setuju2... ahaks~ keep blogging je... set target...

dan paling penting jangan compare... yup.

Sharinginfoz berkata...

memang betul niat kena ada, jangan putus asa, tulis jangan tak tulis.... selalu update kan

Jom Restoran Sri Niara

Liga Remaja Kreatif berkata...

Saudara Amir Izzat,


Minta tolong promotekan Liga Remaja Kreatif, pertandingan untuk pelajar sekolah menengah anjuran SKMM, KPMM, KPM, RTM dan Filem Negara. Maklumat lanjut di www.skmm.gov.my atau http://ligaremajakreatif.blogspot.com

Amir Izzat berkata...

@ardinihumairaa'a..Memang kena berusaha..hehe... tq

Amir Izzat berkata...

@izyanty collectionorait..ikur je..kompem boleh dapat hasilnya.. hurm..wiget error? mesti salah kod nie..cuba lagi..

Amir Izzat berkata...

@ladymiaka86..sama2 cik Sue.

Amir Izzat berkata...

@wanita mustanirpetang..hehe..

setuju? yup.bgs2..

ha! betul tue..janji berterusan dan jangan putus asa..

ops! saya pun budak baru belajar..kih3

Amir Izzat berkata...

@@ien_R@z betul2..(upin ipin).. kalau bandingkan..kompem rasa lemah..kan? :)

Amir Izzat berkata...

@Sharinginfozoh ya! selalu update..kalau tak update..susah gak..kan?

Amir Izzat berkata...

@kaizen shinobiyup..target kena ada..

selalunya blogger baru duk compare ngan lama..susah la..huhu

Amir Izzat berkata...

@Liga Remaja Kreatif.. ya saya.

baiklah.. promote pertandingan itu sahaja je? Okeyh la..Amir akan promote apa yang patut.. Terima kasih bertandang ke sini. InsyaAllah dalam masa terdekat ini...:)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??