Assalamualaikum. Dari maklumat yang saya dapat,terdapat lebih kurang 4.3 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pendundi. Rata-ratanya adalah pelajar IPTA. Mahasiswa dan Mahasisiwi. Mengapakah keadaan ini terjadi?
Saya hairan la. Mengapa mereka tidak mahu mendaftar serta mengundi? Tidakkah ada kesedaran di dalam diri pelajar IPTA untuk membela anak bangsa? Untuk memajukan bangsa dan Negara? Alaa..Kalau dalam kampus,cakap bukan main. Tapi bila tiba bab mengundi,tak mahu pulak..
Lepas itu pulak,banyak mengomen.. Nak bayar duit PPTN tinggi laa..Itu la ini laa..Semua kemudahan nak tetapi apabila disuruh mendaftar..Tak mahu pulak! Kalau suruh mengundi peserta AF boleh pulak.
Saya rasa la. Mungkin mereka ini..Pelajar IPTA ini fikir yang politik di Malaysia kotor.. Tak boleh sentuh..Sensitif..Sebab itu la tidak mahu mendaftar serta keluar mengundi,kan? Tolonglah.. Politik ini tidak seperti yang anda fikirkan..Jangan duk fikir negatif..Keluarlah mengundi..Pergi daftar cepat..Jangan sampai maruah bangsa dan negara kita tergadai ke tangan orang lain yang tidak berhak!
Kita yang harus mentadbir negara ini. Negara ini milik kita. Ingat!Pergi mendaftar cepat..Dan mengundilah pabila tiba pilihanraya.. Anda sudah besar panjang..Sudah dapat berfikir matang..Tahu yang mana baik dan buruk..Saya hanyalah seorang pelajar di bangku sekolah. Kalau abang-abang dan kakak-kakak saya di IPTA bersikap sebegini. Hancurlah negara..
Baik tak payah pergi IPTA kalau hiburan yang anda kejar..Kalau nak hidup bebas je.. Rasanya ramai pelajar IPTA yang bermasalah,kan? Sudah terang lagi bersuluh laa....Duit PPTN riuh dibuatnya..Adoi.. Pasal $$ semua jadi..
Nota kaki dan tangan: Saya nak suruh pi mendaftar dan pi mengundi je..Ahaks.
2 comments:
ceeeeeeh, belajar elok elok dulu.. da masuk ipta, tgk g mengundi ke tak.. bhahahahahaaaa
masa saya kat u dulu, siap ada satu tempat lagi bagi kemudahan student2 daftar mengundi. supaya takda alasan duk dlm u takleh kuar daftar, takda masa, projek byk le dan mcm2 lagi. ada yg tak sedar mengundi tu menentukan masa depan negara.
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??