Rasa Malas Nak Pergi Sekolah Sebab Peristiwa Semalam

Hari nie..pada pagi ini tepat jam 4 pagi. Aku telah bangun dari tidur. Hajatnya nak mandi terlebih dahulu namun tidak kesampaian kerana nafsu aku terhadap blog lebih kuat lagi. Oh tidak! Blog menggodaku siang dan malam. Tak tahan weyh. Godaan blog lebih dasyat dari godaan syaitan.

Seperti biasa. Hari sekolah aku bersekolah. Hari cuti aku pun cuti tapi hari nie rasa malas pulak dan pergi sekolah. Dah la badan rasa tak sihat. Betul wa cakap lu. Bukan taktik nak ponteng sekolah. Aku syak yang kena selsema laa..Tetiba je hidung aku keluar hingus..meleleh. Cuba bayangkan sat? Waah! Mesti rasa nak muntah. Sila muntah sekarang. Hehe.

Pergi sekolah naik motorsikal. Yang paling aku tensen adalah jammed. Ini bukan jam makan sapu dengan roti ye. Ini jammed kesesakan lalu lintas. Walaalaupun aku membawa motorsikal tetapi kesesakan lalulintas ini menggangu aku. Sebagai pengguna yang berhemah,aku bawa perlahan je. 30 km/j cukup ar..Ingatlah orang tersayang.

Hurm..Kalau aku pergi sekolah nie. Sudah tentu kena marah ngan cikgu. Tak caya? Nanti la aku cita bila balik.. Sikap malas semakin menjadi-jadi nie....

2 comments:

Sharinginfoz berkata...

biasalah malas aja terutamanya hari ni hari jumaat kan....

Iron Baby

Helmet Putih berkata...

sekarang mmg la rasa malas, tpi bila dah besar panjang nanti rindu tau ngan pengalaman sekolah ni...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??