Novel Mikhail-Ramlee Awang Murshid Membuatkan Aku Berfikir Sejenak


Sinopsis cerita ini.


MIKHAILbukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!
Ulasanku: Novel ini baru sahaja ku pinjam dari adikku. Memandangkan adikku peminat walaupun aku tidak. Aku meminjamlah satu novel dari dia yang bertajuk Mikhail. Aku baru sahaja membaca separuh dari cerita ini. Pada permualaan nya aku tak faham langsung tentang cerita di dalam novel ini.

Baca punya baca..Dengan tekun sekali. Barulah aku faham sedikit jalan ceritanya walaupun ia masih kabur di benak fikiranku. Ternyata novel ini membuatkan aku berfikir dan terus tertanya-tanya. Nak tahu cerita novel Mikhail ini. Belilah selagi ada di pasaran. Masa ini pun aku belum habis baca.. Hehe..Kalau dah habis.. Nanti aku bagitahu korang..kekeke.

Pelik dan harian..Siapakah Mikhail ini? Hurm...Masik dalam samar-samar. Aku harus membongkar misteri ini. Kih3.

5 comments:

Shiqa Nawar berkata...

perghhh nk beli gak la novel neh :)

Unknown berkata...

best2....mmg xrugi baca..novel nie mmg xboleh dijangka akhirnya nnt asiapa sbnarnya mikhail..ken abaca smpai abis baru tau...novel ramlee awang murshid semua best2..try la baca yg lai jugak...

ninie_azriena berkata...

best glew novel nie..
ninie dah baca..
mikhail mmg stylo abes lah..

Sr. Maryam Fatanah berkata...

dah bace dah novel ini..sgt best...sgt misteri
mikhael tu just nme glaran je..

norhazlina berkata...

saya baru habis baca buku citer Mikhail nih...memang best giler..RAM tidak pernah mengecewakan pembacanya..buku ni saya tak beli lagi sbb pinjam kat Library jer..tp sbb best sgt, kena belilah buat koleksi..cerita memang tidak dpt dijangka langsung, siapa yg tak baca lagi buku ni memang patut beli je terus..sgt berbaloi utk koleksi

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??