Kegagalan PMR Mengubah Hidupku

Aku..dahulunya bersekolah di kampung. Di luar bandar. Kekurangan kemudahan sekolah di luar bandar bukan penghalang bagiku. Bersekolah di luar bandar di kampug ayahku sejak dari tingkatan satu. Aku ke sana kerana kehendak sendiri. Tidak tahan bersekolah di bandar yang ku rasakan banyak yang pedih. Lantas,aku memohon kepada ayahku supaya menghantar aku bersekolah di  kampung.

Di kampung yang bernama Kampung Kuala Balah atau Kampung Tunku Abdul Rahman,Jeli. Aku tinggal bersama bapak saudaraku. Mohd Nasir dan ku panggil beliau dengan panggilan Ayah Long. Kehidupan menumpang di rumah orang amat berat sekali. Namun apakan daya. Di situ sahajalah tempat untuk aku tinggal. Walaupun aku hanya anak saudaranya,Ayah Long amat baik sekali akanku. Aku amat gembira sekali.

Tinggal di kampung yang aman damai...terasa begitu tenang sekali daripada hidup di bandar. Jadi,apabila bersekolah dan belajar. Aku rasa begitu tenang sekali. Mendengar kicauan burung pada waktu pagi. Ah! Begitu nikmatnya hidup di kampung.

Belajar? Aku pun belajar seperti pelajar lain. Aku ditempatkan di dalam kelas 1 Abid ketika tingkatan satu. Seterusnya 2 Abid dan 3 Abid. Walaupun aku berada di dalam kelas yang teratas,aku bukan lah pelajar yang pintar. Mata pelajaran Matemarik dan Sains selalu ku gagal. Entah di mana silapku sehingga aku gagal matapelajaran itu. Cikgu pun selalu memarahi aku. Namun,ia sebagai pendorong bagiku. Walaupun sekadar lulus,aku bersyukur. Nasib  baiklah kawan sekelas ku amat baik. 

Hilman,Halim,Azirul,Emyruddin, Abe dan Angoh adalah kawan yang baik. Mereka sentiasa membantu aku.." Ah! Mengapa aku merasa rindu pada mereka sekarang? Sudah lama tidak bertemu..Ya Allah! Andai dipanjangkan umur..Ketemukan aku dengan kawanku..." rintih hatiku..

Memang mereka kawan yang baik. Keputusan peperiksaan mereka juga  jauh bagus lagi dariku. Tetapi ia memjadi pembakar semangat kepadaku untuk berusaha seperti mereka. "Mengapa mereka boleh berjaya sedangkan aku tidak? Aku harus berusaha! Ya! Aku pasti boleh!" tanyaku pada diri sendiri dan cuba memberi kata-kata semangat pada diri ini agar  lebih berusaha.

Kadang-kadang aku berfikir juga. Mengapa kerajaan menetapkan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Enggeris. Aku hairan! Aku pelik! Bukankah aku di Tanah Melayu? Bukankah aku ini bangsa Melayu? Bukankah Bahasa Melayu harus diperkemaskan lagi? Bukankah kerajaan harus memartabatkan lagi Bahasa Melayu? Aku jiwa Melayu! Aku darah orang Melayu! Aku tak akan biarkan bangsa lain menjajah tanah airku lagi!

Walaupun begitu,aku bukan menolak pembelajaran Sains dan Matematik. Cuma ku tidak berpuas hati sahaja. Jujur ku katakan di dalam hati. "Sepatah haram pun aku tak faham istillah Math dan Sain dalam bahasa Inggeris!!!".


***************************************************

Dipendekkan cerita. Tibalah masa untuk menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup. Peperiksaan ini menentukan ke manakah yang akan ku tuju selepas ini. Adakah ke temat Ayah Long ku menoreh? Atau ke tempat bapaku di Kuching,Sarawak? Adakah ke tepi-tepi jalan merayau kerana tidak mempunyai sijil yang sah? Sijil yang membolehkan aku memasuki sekolah yang leboh bagus.. Tetapi itulah sistem pembelajaran di Malaysia. Terlalu berasaskan peperiksaan.

Menyesal aku mengikuti kokurikulum apabila ia sia-sia sahaja. Sejak dari sekolah rendah lagi. Penilaian kokurikulum aku tidak pernah di ambil kira. "Kalu gini gak,baik tak yah bersukan!" rintihku lagi..

Bermulanya detik peperiksaan.. Diberi kertas Bahasa Melayu.. Rasa gusar mula menusuk kaldu. " Aduh..Macam mana nie..Kalau tak lulus BM. Kena hentam dengan cikgu..gagal seumur hidup" aku merintih dan terus merintih. Namun soalan Bahasa Melayu itu bukan saingan aku. Alhamdulillah. Aku dapat menjawapnya dengan berjaya. Dalam hati. "Fuh! Habis jugak kertas nie..Bangga meta.. hehe"

Selama lima hari aku menduduki Penilaian Menengah Rendah(PMR) ini. Ambil ujian sebelah pagi.. Selepas itu,sebelah petang pun ada. Mula-mula rasa malas pun ada apabila dibuat pada waktu petang. Namun ku kuatkan semangat. Selepas lima hari berentap di 'medan peperangan'. Siaplah semua kertas soalan PMR dijawap.. Syukur kepada Ilahi kerana memudahkan urusanku..


***************************************************

Selepas beberapa bulan...Ketika ini aku berada di Kuching,Sarawak. Semasa cuti sekolah akhir tahun,aku selalunya akan ke Kuching. Tempat keluarga ku berada.. Sebelum keputusan PMR diumumkan. Aku sudah memohon untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik Kuching. Mengambil kursus Katering. Keputusan ini sudah dibuat selepas peperiksaan PMR lagi. Sekolah Teknik lah arah tuju ku selepas ini.

***************************************************

"Tut..Tut..Tut..." Telefon ku berbuyi...Ayah Long menelefon ku..

"Assalamualaikum Ayah Long" aku memberi salam..Kadang-kadang aku tak faham kalau orang telefon kita. Kita jawap "hello". Tidak suka lah.

"Waalaikumussalam!" Ayah Long ambil dah keputusan PMR .." jawap Ayah Long ku..

"Betul ke? Berapa oghe dapat Ayah Long?" dengan perasaan teruja aku menanya Ayah Long aku...

"Hurm..Mirul dapat. 3A 5B.." balas Ayah Long aku..

"Huh? Betul ke? 3A 5B? Alhamdulillah...Ayah Long baru ambil ke?" tanyaku balik macam tidak percaya..

"Betulah...Baru jah nie.. " jawap Ayah Longku...

Dan kami berbual panjang...

Bersambung lagi dengan tajuk . "Berpindah Sekolah.."

Enhanced by Zemanta

10 comments:

Nana Eddy berkata...

Kata gagal? 3A 5B mana de gagalnye?

Shiqa Nawar berkata...

nice.. sambungan?

Unknown berkata...

same la...3a..5b...he3 tpi ade d..arab..

Si Panda berkata...

nice 1 :) ini baru PMR.. penentu nanti SPM.. good luck..

Amir Izzat berkata...

@Nana Eddylaa..nanti dulu..oranng nak sambung ar lepas nie..hehe

Amir Izzat berkata...

@Cik Shiqaa'a..nanti amri sambung..hehe.belum abis lagi.

anis berkata...

owh...3a 5b..oke la..hu2 ade sambungn nye lg kan..he2 salji kt blog ni mcm ade prob je.lmbt

Amir Izzat berkata...

@AnWaRnAiMwah! sama gak kita ea....arab? aku dulu blaja gak tp tak amik..takut risukonya..hehe

Amir Izzat berkata...

@Si Pandahehe.. ok2..amir akan usahakan..thanks kawan!

Unknown berkata...

@Amir Izzat

ho~ git0o..aq law da blaja wajib amik...law x maw pindh klas..hu2 la ni pon amik arab gak..blur2 je aq..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??