Liga Super: Selangor Hampiri Juara| Kelantan Sedang Mengejar

Hanya selangkah sahaja untuk Selangor menjulang trofi Liga Super selepas mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team sambil Kelantan pula terus menghambat Selangot dengan kemenangan di laman sendiri selepas membelasah KL Plus 4-1, malam tadi.

Berbaki dua perlawanan, Red Giant terus mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga dengan sekadar mengharap keputusan seri dalam perlawanan berikut ketika pencabar terdekat mereka bergelar Red Warriors memerlukan tiga mata untuk terus bersaing.Jadi,saya harap Kelantan dapat mengejar Selangor. Hehe.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selangor yang mengharapkan kemenangan bermula garang namun gol pertama hanya terhasil pada minit ke-40 hasil sepakan penalti Safee Sali selepas dia dibentes keras pertahanan T-Team, Mohd Shaiful Azrin Shamsuddin.
 
Selepas rehat, T-Team berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad pada minit ke-65, namun Selangor kembali mendahului selang lima minit kemudian hasil jaringan Rudie Ramli yang mudah menolak masuk hantaran Safee.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan yang mengharapkan kemenangan berjaya menghasilkan gol hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhd (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67).

Di Stadium Perak, tuan rumah yang mengharapkan kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super semakin terdesak apabila tewas 0-1 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal See Kok Luen pada minit ke-36 manakala di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pertemuan adik beradik, Johor dan Johor FC berkesudahan Johor FC menang besar 5-0 manakala di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah, Pulau Pinang 3-0. 
 
Lama dah Amir tak tengok perlawanan Liga Super nie..tak ada masa sangat. Yang pasti,Amir sokong yang menang..Hehe. Sikit lagi untuk Selangor menang..dan sikit lagi untuk Kelantan mengejar...Korang pula harap siapa yang menang? Hehe. Pilihan masing-masing. 

Kalau perlawanan final nanti, nak tengok lah. Dan,kalau penyokong Kelantan ramai pi stadium..takut orang marah pulak. Jadi,kepada penyokong Kelate. Kito jange gi lah tengok. haha. Kita duk ghumah supo sek luar..Sebab jimat pitis.. Ko guano? Tapi kan..kalau stadium kosong,ada orang tak puas hati pulak.. 
 
Kita nak memeriahkan suasana tapi ada orang salah anggap.Itulah manusia,tak pernah puas dan mementingkan diri sendiri..... Buat-buat faham je la ye. Majulah sukan untuk Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??