Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2010


Qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor, Norazrah Ayub masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini malam ini.

Seramai 29 peserta mengambil bahagian dalam tilawah tersebut yang bermula Selasa lalu.

Wan Ainuddin yang memperoleh markah 82.01 peratus menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata, pakej haji dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah.

Norazrah yang menerima 79.34 markah turut menerima hadiah sama yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.

Sementara itu, peserta Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali muncul naib johan qari selepas memperoleh 79.66 markah, diikuti Othman Azumi Ahmad dari Kedah di tempat ketiga dengan 79.33 markah.

Bagi kategori qariah pula, Nor Ruzana Natiah Jaafar dari Selangor mendapat tempat kedua dengan 79.33 markah sementara Normalina Alias dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 77.66 peratus markah.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000, cenderamata dan sijil penyertaan.

Keputusan tilawah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Post script:

Kan bagus kalau program berilmiah diadakan dengan lebih banyak dari program dan pertadingan hiburan macam Mentor ini. Tahniah kepada para pemenang. Agak-agak la..Boleh ke Amir masuk pertandingan tilawah Al-Quran nie? 

Suara mesti merdu kan? Bacaaan mesti betul.. Hurm..Kena belajar lagi nie.. Teringin jugak nak jadi macam mereka .. :)

3 comments:

En iLHAM berkata...

hehe
insyaallah boleh jadi macam mereka tu kalau ada kesungguhan
hehe
ko pun muda lagi
tak terlambat untuk bermula dari sekarang
chewah
baik punya nasihat

Amir Izzat berkata...

@En iLhaminsyAllah..nanti aku akan usahakan..lagipun ayah suruh belajar tahfiz hujung tahun nie selama sebulan..aku akan berusaha... hehe

wah! memang baik la..kih3.

Tanpa Nama berkata...

bgus2..trskan usaha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??