Jom Sertai Bengkel Muzik Hot FM Kita Punya





HOT FM menganjurkan bengkel muzik khas mengenai penciptaan lagu, pemasaran dan pengurusan artis pada 10 Julai ini di Bentley Music, The Curve, Mutiara Damansara. 

Bengkel ini akan menampilkan ikon besar yang sinonim dengan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang muzik. Mereka akan memberikan panduan berguna kepada peserta bengkel yang disasarkan kepada pemuzik dan penyanyi angkatan muda.

Ia diadakan susulan daripada kejayaan segmen Hot FM Kita Punya yang dilancarkan Januari lalu. Segmen ini dikendalikan oleh Ikhwan pada setiap Sabtu, jam 9 malam hingga 11 malam.

Segmen selama dua jam itu memperdengarkan hampir 30 lagu baru karya tempatan. 

Secara puratanya, setiap minggu kira-kira 100 lagu diterima oleh stesen radio ini menerusi laman web, pos mahupun secara peribadi. Dengan kualiti audio yang pelbagai, Hot FM terpaksa menapis untuk memperdengarkan lagu yang terbaik kepada pencinta muzik tempatan khususnya pendengar Hot FM. 

Sehingga kini, segmen Hot FM Kita punya menerima 600 lagu. Daripada jumlah itu, hampir 85 peratus lagu baru itu disiarkan di segmen Hot FM Kita Punya, manakala 15 peratus ke udara seperti biasa setiap hari. 

Memang ada lagu yang benar-benar bermutu dan menjadi permintaan ramai sehingga berjaya menembusi carta Hot FM 30 seperti kumpulan TILU, Projek Pistol, API, Azlan & The Typewrite, Joanna & Co, Projek Nadia, Grey Sky Morning, Romancesa dan Breakfast. 

Barisan panel yang dijemput dalam bengkel itu nanti ialah Ahmad Izham Omar, Audi Mok, Edris Adrian, Faizal Tahir, Cikgu Shafi, Taja Meet Uncle Hussein, Edrie Hashim, Arthur Kam, Sandy Monteiro, Che Mok dan Norman KRU. 

Antara topik dan isu yang bakal diperkatakan adalah mengenai muzik itu sendiri, pengurusan muzik, pengurusan bakat, kisah kejayaan artis tempatan serta mendalami teknik dalam memainkan instrumen (alatan muzik) serta vokal dengan tepat. 
Bagi yang berminat untuk menyertai bengkel ini layari laman web Hot FM. Terbuka kepada 500 orang yang pertama. Keterangan lanjut, mereka yang berminat bolehlah mendapatkan info dari laman web Hot FM, www.hotfm.com.my. 


Cara Nak Menyertai pertandingan.



Pergi ke halaman utama Hot FM

Tekan gambar tue..


Then,keluar page macam nie. Korang just daftar je. Tetapi ingat..


Tempat adalah terhad..Siapa cepat dia dapat!

Enhanced by Zemanta

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??