Adakah Follower Benar-Benar Memainkan Peranan?

Hurm..Follower atau pengikut ? Penting ke dalam sesebuah blog? Pada pendapat saya,penting juga. Bak kata Zack kat Amir hari tue.. "Follower tak melambangkan apa-apa pun.." Huh? Betul ke? Entah la belalang..

Amir rasa follower ini penting la. Tanpa follower trafik tak kan naik kot. Ahaks. Cops! "Adakah saya mementingkan trafik?" I ask you!

"Tidak! Tidak! Saya lebih mementingkan duit NUff..Ghyahahaha...(Gelak macam Hellioz)" Just kidding.

Hurm..Susah sebenarnya hendak mentafsirkan sifat seorang follower memandangkan diri ini juga seorang follower di blog-blog yang lain. Jujur Amir katakan disini bahawa Amir bukanlah follower yang baik. Tak sempat den nak jejak blog yang den follow.. Kadang-kadang nak blogwalking pun susah. Amir jejak selagi termampu namun ia menuntut kesabaran yang tinggi serta masa yang banyak,kan?

Ok. Staright to the point laa.. Adakah follower nie benar-benar memainkan peranan? Kalau follower blog Amir Izzat yang tidak seberapa ini..Yang buruk lagi tidak cantik ini..Alhamdulillah..Masih juga menjejak Amir walaupun Amir tidak sempat menjejak mereka. Maafkan Amir.

Tapi kan..Apa guna follower banyak kalau sekadar follow then buat dek je selepas itu..Follow pun atas terdesak..terpaksa... Amir tak mahu macam itu.. Datang blog dan kata 'I follow you...follow me back.." Walalaupun perkataan ini agak biasa tetapi ia menimbulkan satu perasaan serba salah di dalam jiwa Amir. Rasa bersalah pula kalau tak follow..

Entah la belalang..tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau follower 2000 ribu orang. Trafik pun mesti menjangkau 2000 pelawat unik kan? Haha..Itu tak mungkin terjadi.. Namun, terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog Amir ini..

Hurm..Agak-agak la..korang faham tak apa yang hendak Amir sampaikan? Kalau korang tak faham,Amir pun tak paham.. Hahahaha. Follower penting bai! Tapi kan... (Eh! Ada lagi?)..kecewa juga apabila follower banyak tapi trafik sikit... Alaa..toksah berlindunglah..Amir pernah rasa..korang pernah rasa tak? Hehe.

5 comments:

Ayie berkata...

aku akan follow blog orang tu.. kalau blog dia cantik... huhuhuh

selain itu, aku akan follow blog orang tu, kalau cara penulisan dia dapat mengambil hati aku

then, kalau kita follow beribu-ribu blog, mampukah kita lihat serta terjah semua blog itu??

naem berkata...

pmbaca stia lagi pnting dari followers..kalau follower tu pmbaca stia takpe la..tpi klaw follow sesatu blog tu n then blah..pstu 2 bulan kmudian bru msok blek blog tu..x dak mkna..hu3

aien berkata...

kadang2 rase bersalah gak bila tak mampu nk singgah blog yg di follow tu.. bukan tak nak, tp tak sempat.. huhu

sis will follow blog yg sis suka.. dan paling tak suke kalo da yg dtg main paksa2 suh follow balik.. mcm best sgt jer blog dia tu.. erk.. terlebih plak.. ekeke..

En iLHAM berkata...

aku rase penting gak sebab aku suke blogwalking dengan pegi blog follower yang dah update. kan kat dashboard tu ade tunjuk blog yang dah diupdate oleh org yang kita follow

so senang cke lah. hehe

Keretapi berkata...

follower penting untuk impression kot. .

yelah, sebab banyak gak, eh tak, majoriti sebenarnya, follower ni baca satu entri best, pastu follow, pastu LUPA KOT nak jenguk balik. haha

atau ada gak datang, tak baca, terus foloow dengan harapan i follow u u follow i.

rasenye macam comment lagi penting je :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??