Eh! Dah Pagi Ke?

Selamat Pagi!!! Wah! Cepatnya masa berlalu..Dalam sedar tak sedar.. Dah pagi..Terasa baru je tidur..Mak kejut... " Bangun! Bangun!!! Subuh....." (sila baca dengan nada menjerit)Tup Tup.."Eh! Dah pagi???" Hurm..Pantas masa pergi sehingga tidak dapat ku kejar...
Gaya Tido seorang lelaki..

Apa agaknya aktiviti aku hari ini? Kalau semalam menjadi bloger tegar,hari ini menjadi blogger  yang tegar lagi..Hehe.

Sebenarnya tak ada aktivit yang menarik yang perlu aku lakukan. Alih-alih depan laptop juga. kalau tidak,depan buku. Itu je rutin harian. Merempit? Jauh sekali.. Bersosial dengan rakan? Jauh ayam panggang dari api.(peribahasa Karam Singh Walia nie derr...)

Aku bukan seperti remaja lain yang tahu lepak kat pasaraya..di kaki lima. Mereka tak letih ke? Aku kalau lepak-lepak dengan mereka...Mahu kurus jugak. Ya lah kan..Ke hulur ke hilir tanpa arah.. Orang kata. Tiada matlamat....

Hish..Membebel  pulak aku pagi-pagi nie..Okeyh..Mahu mandi..Dah pukul 6.00 pagi nie....Salam!!!

1 comments:

Nina Nurziana berkata...

blogger tegar ye..? haha.. tahniah..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??