Bertudung Atau Berfesyen?


Assalamualaikum... Umumnya tahu memakai tudung itu penting untuk menutup aurat.. Untuk menutup aurat di atas kepala....Yang kat badan pun kena tutup tau.. Tapi apa yang saya lihat lah pada masa sekarang. Tudung ini dipakai untuk apa? Berfesyen? Bergaya? Memakai tudung tidak memadai.. Tidak wajib pun pakai tudung.... Tak percaya? Baca petikan di bawah ini.
Sebenarnya, tiada kewajipan dalam Islam untuk memakai sehelai kain yang diberi nama ‘TUDUNG’. Apa yang wajib keatas kita adalah menutup aurat. Jika kita gunakan kotak sekalipun dan aurat kita tertutup dengan sempurna, maka kewajipan ke atas kita untuk menutup aurat sudah pun selesai.

Persoalan yang kita hadapi sekarang adalah, ramai yang memakai tudung tetapi aurat mereka masih ‘tersergam indah’ untuk ditonton dengan bebasnya oleh golongan lelaki. Kepala sudah ditutup dengan cantik tetapi bahagian-bahagian badan tertentu dibiarkan ‘tertonjol’. Adakah ini boleh dipanggil menutup aurat?

Ini lah fenomena yang berlaku jika tujuan menutup aurat hanyalah sekadar untuk ‘berfesyen’ atau malas nak jaga rambut. Jadi cara yang mudah adalah memakai tudung.

Jadi apa yang perlu difahami adalah, menutup aurat dan memakai tudung adalah 2 perkara yang berbeza. Jika anda memakai tudung, tapi masih menampakkan bentuk badan, maka anda masih belum sempurna dalam menutup aurat.
 Jadi sudah jelas lah kan yang menutup aurat itu penting.. Tudung tak penting pun..Ada orang cakap...''Pakai tudung tak semestinya bagus..'' Betul lah...Siang pakai tudung,malam clubbing...  Yang bagus adalah orang yang menutup aurat..kan? Wallahualam.... Baca selanjutnya mengenai tudung di sini(wajib klik).

5 comments:

Sharinginfoz berkata...

apa yang penting tahu dan betul2 faham apa yang kita buat

wana berkata...

doakan lah yang pakai tertonol2 tu semoga dia dimudahkan untuk berubah.

FiesyaaChacha berkata...

tepuk dada tanya iman..

acap de souza berkata...

bagus post ni..mohon copy utk sebarkan pada yg len..

wanie m'nJ berkata...

cuba utk tutup aurat dgn cara yg sebetulnya...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??