Tak Penat Ke Taip Entri Bahasa SMS?????



Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai blogger sekalian!!!  Semasa jalan-jalan blogwalking dengan sedaya upaya... Broadband Celcom sangat perlahan di tahap yang tidak memuaskan..Perlahan sesangat.. Kalau nak lawat teman-teman pun merangkak. Maaf la kalau ada yang tak terlawat.. Nanti Amir terjah....

Baiklah...Semasa blogwalking ke blog dan blog..Amir ada jumpa banyak sangat entri yang ringkas seringkas ringkasnya..Bukan nak mengata atau mengutuk.. Kalau ringkas boleh baca ..Okay laa.. Ini tidak..Ringkas sangat laa...Lepas tue semua ayat sama je ..ringkas..Habis tue,Amir nak baca apa? AMir tak paham..Jadi,apa yang hendak kita sampaikan itu tak kesampaian,kan?

Pembaca akan mula keliru.. "Eh! Apa benda dia tulis nie?" Pembaca akan jadi blur. Selepas itu,nak komen pun tak tahu nak cakap apa..Kalau tersalah cakap yang tiada kaitan dengan entri. Nanti tuan tanah marah pulak...

Oh ye..Kalau taip dalam perkataan ringkas nie..  Dikira ayat rempit ke? Entah laa..Ikut la apa benda yang dipanggilnya. Nak tanya? Tak penat ke taip ayat yang ringkas tue? Taip pula macam bermesej. Aduhai..

Bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi perkara ini amat penting. Kalau kita taip entri dengan bersusah payah.. Tengok-tengok orang tak paham..Rugi juga,kan? At least..orang baca dan komen.. Kalau nak taip entri,luangkanlah masa sedikit je untuk taip penuh.

Der..Perkara ini berkaitan juga dengan penggunaan Bahasa Melayu. Lagipun kalau kita taip penuh,akan mesra SEO. Kalau penggunaan tatabahasa kita salah,taip ayat rempit dan ringkas seringkas-ringkasnya..Tak akan berkembang Bahasa Melayu. Betul tak? 


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
Jangan pula apabila kerajaan wajibkan kita belajar Bahasa Mandarin dan Tamil..Kita terlopong. Ya la kan. Bahasa Melayu pun entah kemana. Disuruh pula belajar bahasa lain.. Perbetulkan tatabahasa dan perjuangkan Bahasa Melayu...Bahasa melambangkan bangsa....Sekian

Amir: Entri Amir okay tak? Ada orang nak marah Amir? Hehe

23 comments:

NiZaM Limited berkata...

haha..bagusnya amir..memang pening pale kalo orang taip entri bahasa sms ni..pastu taip tak tersusun..pon pening gak..
sy pon kadang2 tak sengaja tertaip gak bahasa sms ni..tp term2 yg tak brape dipandang SEO la. hehe..

faiz berkata...

ak punya entry pn xdela pnjang sgt..pendek pn ntahla..ok kot..
kalu entry pendek tp mesej sampai ok kot..huhu..

En iLHAM berkata...

betul
aku rase kalau nak post blog yang ringkas2 je baik guna Tumblr
tak pun post je la kat twitter
lagi senang kan.huhu

Sky0ne berkata...

memang tak pernah suka kalau entri blog pun terikut style bahasa SMS...

Nana Eddy berkata...

good point. but, there's also the SUUPER long type that doesn't even have 1 illustration. Those kinds are also difficult (and tiring) to read - unless the topic is real good (I might be one of them lols)

ISZA berkata...

kalau ringkas tetapi bermakna tak mengapa,
ada juga yang suka membiarkan ia tergantung,
biar pembaca bermain dengan pelbagai andaian..

amir,
nak minta tolong komen untuk entri contest penulisan kratif, rona di danau hati..

kalau ada salah ejaan tolong bagitau yer..
terima kasih

kaizen shinobi berkata...

entry ringkas? memula x paham! hahahhaa

ringkas kat sini maksudnya ayat rempit ek? contoh seperti mrk, mkn, ayat sms2 la gitu... ek?

Amir Izzat berkata...

@NiZaM Limiteditu la..entry panjang..bagus..tapi tulisan ringkas..adoi... ha,yg tak penting SEO tue tak apa..kan?

kalau sikit2 tak apa lah..ini tidak..keseluruhan ayat..adoii

Amir Izzat berkata...

@En iLhampanjang entri tak kesah..tapi ayat dia yang ringkas? tulisan dia..bahasa SMS la kiranya..ha,betul tue..main fb lagi bagus..

Amir Izzat berkata...

@faizops! salah faham nie..bukan masalah entri panjang atau tidak..tak kisah entri panjang ke pendek tetapi penggunakan bahasa itu yang agak menyusahkan untuk dibaca..

entri ko ok.. :)

Amir Izzat berkata...

@Sky0nesama lah kita... tak best..huhu

Amir Izzat berkata...

@cikgu iszalaa..cikgu..bukan pasal entri tapi penggunaan bahasa. ha,tak kisah pun blogger tue nak biarkan pembaca berfikir..tapi nak baca susah sangat..huhu

ok..amir akan menyusul kelak

Amir Izzat berkata...

@Nana Eddywops! i cant understand..hehe.. adoi..my BI is so lemah.. SO,i need to bukak kamus.thanks do drop a comment..hehe...

ye ke? hurm..

Amir Izzat berkata...

@kaizen shinobia'a..ayat rempit ...ala..tengok tajuk pun dah tau..tak penatke taip tulisan ringkas..kena baca betul2.. ahha..

susah2... ayat yang tersangat sangat ringkas..kalau ringkas macam ko..okay gak..ini tidak..tak baca pun susah..

fyzul MP berkata...

Saya setuju tu.. Kadang kala bila terlalu ringkas kita pun jadi tak best nak bace. kan? hehe..
Bukan semua orang paham singkatan kita tu.. Kalau kwn2 yang biasa dah okay la..

@cik_ezati berkata...

bahasa sms tak sesuai digunakan dalam entry..tapi dorang still pegang "blog aku, sukehati aku", tak boleh nak cakap ape huhu

penggunaan huruf “W”

AuraFIza berkata...

Ehh.. I pun baru 2 hari lepas post entry pasal bahasa..

http://aurafiza.blogspot.com/2010/07/bahasa-zaman-sekarang_03.html

Rasanya benda ni kita tak boleh amik mudah je kan..
Nanti makin lama, makin menjadi-jadi pulak..
;)

safiyyahosman berkata...

gud entry;)...
susah nak paham kalau bhasa sms digunakan..

Unknown berkata...

pening pale.... :D

my recent post:
layan lagu 6ixth sense

Bukan Eciz berkata...

saya nak marah ni.







amir busuk! pegi mandi. oke setel marah.







LALALALA. betul3. memang tak minat betul baca orang punya belog yang entrynya mak aihhhhh ringkasnya perkataan.

dia lupa kot dia tengah taip entry bukan sms.


lagipun, bagi saya, agak susah nak taip ringkas kalau jumpa keyboard.

biasanya saya taip penuh. ngeeeeeeeeeee~

Sharinginfoz berkata...

kadang2 susah nak faham

apeez berkata...

CINTAILAH BAHASA KITA KERANA BAHASA JIWA BANGSA

http://hafizanhasan.blogspot.com/2010/06/cintailah-bahasa-kita-kerana-bahasa.html

Zul berkata...

terasa la jugak.sbb kkadang 'ter'taip gna bhs sms ni..haha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??