Kalau Lelaki Bijak..Kenapa..............?


Salam geng yang sama spesis dengan saya. Siapa lagi kalau bukan LELAKI. Baiklah..Bertemu kembali bersama saya Amir Izzat yang telah dua hari menyepi. Maafkan saya ya wahai kawan-kawan. Brodband sudah sampai limit. Sedang berusaha untuk mencari duit.Hehe..

Baiklah.. Merujuk tajuk di atas..Korang bacalah sendiri komen yang bawah ini..

[klik untuk jelas]

  • Kalau lelaki bijak,kenapa biarkan isteri mendedah aurat? Korang kan ada kuasa veto. 
  • Kalau lelaki bijak, kenapa biarkan anak dedah aurat? 
  • Kalau lelaki bijak, kenapa biarkan isteri dan anak-anak berpakaian ketat? 
  • Kalau lelaki bijak, dia tidak akan menyentuh perempuan yang bukan muhrim
  • Kalau lelaki bijak, dia lebihkan ibu dari isteri. 
  • Kalau lelaki bijak, dia didik isteri, adik perempuan dan anak-anak dia. 
  • Kalau lelaki bijak, dia tahu apa itu suami, apa itu bapa, apa itu abang dan apa itu wali, bukan setakat jabat tangan tok kadi aje..
**********************************************
Pendapat saya.

Saya kira,yang memberi komen ini adalah perempuan. Mungkin pengomen ini tidak berpuas hati dengan entri ini(wajib klik). Pada hemat saya lah, dari komen di atas. Memang benar ada lelaki yang tidak bijak tetapi tidak semuanya.

Entah la.. Apa yang hendak saya katakan dari komen di atas? Patut ka saya melenting dan marah? Tidak. Pada pendapat anda,betul kah apa yang dikatakan oleh pengomen diatas? Kalau betul. Sila beri pendapat anda.

Pendapat saya. Saya juga seorang abang dan saya memang menitik beratkan soal pakaian,aurat adik saya dan semua tingkahlaku adik saya memandangkan kesemua adik saya adalah perempuan. Jadi,adalah tugas saya untuk melindungi adik saya. Oleh yang demikian,saya termasuk la dalam golongan lelaki yang bijak la..kot.

Pasal dedah aurat isteri,lebihkan ibu dan soal perkahwinan itu. Maafkan saya. Saya tidak dapat menjawap berkenaan itu kerana saya masih bujang.. Hehe. Kalau boleh, dapat kerja nak cari sorang. Hehe. Sukar saya hendak membahas tentang hal ini. Walaubagaimanapun,yang sudah kahwin, yang sudah ada anak isteri yang semua yang dinyatakan oleh pengomen itu. Anda mampu menilainya..

Oh ya! Berkenaan kalau lelaki bijak, dia tidak akan menyentuh perempuan bukan muhrim. Namun,apa yang saya lihat di bangku sekolah. Perempuan pula yang tergedik-gedik menyentuh lelaki. Bagaimana pula? Pening...pening.

Kalau perempuan bijak..tentu dia akan mendengar nasihat seorang lelaki. Dan apabila dia mendengar nasihat seorang lelaki...perkara buruk tidak akan terjadi. Lantas, lelaki pun akan dikategorikan bijak. Tetapi dari arah mana tue ek?

Kalau seorang perempuan,wanita, dan isteri tidak menghormati seorang lelaki,suami dan pemimpin..Sukarlah seorang lelaki,suami dan pemimpin keluarga hendak menasihati,kan? 
Ibarat mencurah air di atas daun keladi la kalau macam nih,kan? Ha,anda faham tak? Kalau tak faham,susah laa... Sekian. Assalamualaikum!!!

6 comments:

kechixx berkata...

Lelaki zaman sekarang sangat susah nak cari yang takkan pegang tgn pompuan yg bkn muhrim..
Mula2 pegang tangan.Then genggam tgn.Then dah strt benda yg x sepatotnya..Ish.
Kepada perempuan di luar sana.Sila jg maruah anda!:)

kaizen shinobi berkata...

sebab itulah lelaki dan perempuan saling memerlukan.

Ada pada pandangan lelaki sesuatu itu betul
tapi lain dari pandangan perempuan.

so? what to do? bekerjasama antara satu sama lain...

baru jadi insan muslim dan muslimah yang bijak pandai tol x? ahaks~

Qib berkata...

bg aku, semua orang kena bertindak bijak laki ke pompuan... adil.. x leh salahkan salah sorang...


Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Salah bontot ke selipar?


The reveal of BVLgarigirl

tengkorakemas berkata...

lelaki atau perempuan, sama2 boleh jadi bijak..

kalau ada ilmu dan kefahaman,

jika ada ilmu tapi kefahaman takde, mungkin setakat pandai tapi tak bijak

wanie m'nJ berkata...

susah la nak jumpa laki2 yg tak mcm golongan atas ni..ahaha
1 antara seribu kot..

Tanpa Nama berkata...

Nice fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Gratefulness you seeking your information.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??