Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan

Kalau Lelaki Bijak..Kenapa..............?


Salam geng yang sama spesis dengan saya. Siapa lagi kalau bukan LELAKI. Baiklah..Bertemu kembali bersama saya Amir Izzat yang telah dua hari menyepi. Maafkan saya ya wahai kawan-kawan. Brodband sudah sampai limit. Sedang berusaha untuk mencari duit.Hehe..

Baiklah.. Merujuk tajuk di atas..Korang bacalah sendiri komen yang bawah ini..

[klik untuk jelas]

  • Kalau lelaki bijak,kenapa biarkan isteri mendedah aurat? Korang kan ada kuasa veto. 
  • Kalau lelaki bijak, kenapa biarkan anak dedah aurat? 
  • Kalau lelaki bijak, kenapa biarkan isteri dan anak-anak berpakaian ketat? 
  • Kalau lelaki bijak, dia tidak akan menyentuh perempuan yang bukan muhrim
  • Kalau lelaki bijak, dia lebihkan ibu dari isteri. 
  • Kalau lelaki bijak, dia didik isteri, adik perempuan dan anak-anak dia. 
  • Kalau lelaki bijak, dia tahu apa itu suami, apa itu bapa, apa itu abang dan apa itu wali, bukan setakat jabat tangan tok kadi aje..
**********************************************
Pendapat saya.

Saya kira,yang memberi komen ini adalah perempuan. Mungkin pengomen ini tidak berpuas hati dengan entri ini(wajib klik). Pada hemat saya lah, dari komen di atas. Memang benar ada lelaki yang tidak bijak tetapi tidak semuanya.

Entah la.. Apa yang hendak saya katakan dari komen di atas? Patut ka saya melenting dan marah? Tidak. Pada pendapat anda,betul kah apa yang dikatakan oleh pengomen diatas? Kalau betul. Sila beri pendapat anda.

Pendapat saya. Saya juga seorang abang dan saya memang menitik beratkan soal pakaian,aurat adik saya dan semua tingkahlaku adik saya memandangkan kesemua adik saya adalah perempuan. Jadi,adalah tugas saya untuk melindungi adik saya. Oleh yang demikian,saya termasuk la dalam golongan lelaki yang bijak la..kot.

Pasal dedah aurat isteri,lebihkan ibu dan soal perkahwinan itu. Maafkan saya. Saya tidak dapat menjawap berkenaan itu kerana saya masih bujang.. Hehe. Kalau boleh, dapat kerja nak cari sorang. Hehe. Sukar saya hendak membahas tentang hal ini. Walaubagaimanapun,yang sudah kahwin, yang sudah ada anak isteri yang semua yang dinyatakan oleh pengomen itu. Anda mampu menilainya..

Oh ya! Berkenaan kalau lelaki bijak, dia tidak akan menyentuh perempuan bukan muhrim. Namun,apa yang saya lihat di bangku sekolah. Perempuan pula yang tergedik-gedik menyentuh lelaki. Bagaimana pula? Pening...pening.

Kalau perempuan bijak..tentu dia akan mendengar nasihat seorang lelaki. Dan apabila dia mendengar nasihat seorang lelaki...perkara buruk tidak akan terjadi. Lantas, lelaki pun akan dikategorikan bijak. Tetapi dari arah mana tue ek?

Kalau seorang perempuan,wanita, dan isteri tidak menghormati seorang lelaki,suami dan pemimpin..Sukarlah seorang lelaki,suami dan pemimpin keluarga hendak menasihati,kan? 
Ibarat mencurah air di atas daun keladi la kalau macam nih,kan? Ha,anda faham tak? Kalau tak faham,susah laa... Sekian. Assalamualaikum!!!

jom baca lagi

Lelaki Lagi Hebat Dari Perempuan Dalam Bab Memasak Tetapi

Assalamualaikum! Fuh! Tajuk hangat tak nie brader? Kalau tak hangat kita kasi hangatkan. Hehe..Baiklah. Memasak? Kalau bercerita bab masakan. Sinonimnya dengan perempuan. Tetapi perempuan zaman sekarang ramai yang tak pandai memasak la..Macam mana nie? Kalau setakat masak air,lelaki pun boleh. Apa lagi? Meggi? Nasi Goreng? Lelaki pun boleh daa...


Ok! Ok! Tak mahu kasi hangat daa..Nanti Amir kena hentam. Lazimnya mengetahui yang Chef paling hebat kat Malaysia adalah Chef Wan. Jom ikut perbualan Amir dengan Chef Wan.

"Assalamualaikum Chef,Apa khabar sekarang? Lama dah kita tak jumpa.." memberi salam sambil menghulurkan tangan.

"Waalaikummussalam. Chef okay je.. Lama ek tak jumpa? Penah ke kita jumpa?" menjawap salam dengan reaksi yang agak terkejut sebab memang tak pernah jumpa.

"Alaa Chef. Saya jumpa Chef hari-hari dalam tv. Chef je tak pernah jumpa saya..Oh ya! Memandang saya ada blog sedang berbicara soal lelaki lebih hebat dari perempuan dalam bab memasak. Jadi,saya nak tanya. Chef nie lelaki ke perempuan?" aku bertanya soalan yang mungkin agak bangang di mata Chef Wan. Hehe..

"Eh! Of course la i lelaki.. U nie apasal tanya soalan pelik?." menjawap soalan ku dengan muka yang agak nak marah tapi tak jadi sebab lihat wajahku yang hensem lagi nampak macam budak baik.

"Hehe..Tak ada papa Chef.. Thanks ya.." balasku dengan muka nervous sedikit..

"Okeyh..No problem..
Baik! Tamat disitu.

Ha,dari perbualan dengan Chef Wan. Kita tahu yang Chef Wan adalah lelaki. So,lelaki la yang terer dalam bab memasak. Kebanyakan Chef di mana-mana hotel pun lelaki. Tak percaya? Selongkar la semua hotel nie.. Amir pun amik kursus Katering. Hajat nak buat bisnes sendiri. Hehe.

Tetapi kan..Walaupun kebanyakan lelaki lebih pandai memasak. Kita bercakap pasal zaman sekarang ye. Dua tiga kerat je gadis yang pandai memasak..kan? Walaupun begitu,perempuan masih hebat dalam bab memasak! Lelaki tak boleh tandingi laa..Betul.."Eh! Mula-mula sokong lelaki tetapi kenapa sokong perempuan pulak?"

Ye laa...Korang lihat sendiri pada zaman dulu kala. Alaa..senang citer tengok nenek kita. Pandai tak memasak? Kalau buat kenduri,nenek kita lah yang paling sibuk. Dialah ketua dalam kenduri nie. Pabila memasak..Kaw kaww punye....Mak kita pun pandai gak..tapi anak dara? Macam mana? Boleh lawan ke nenek dan mak kita? Hurm...

Jadi,siapa yang lebih hebat memasak sekarang nie? Sat..sat..nak fikir..hurm...Sapa boleh jawapan sila bagitahu? Hehe.Sekadar melepaskan tensen dengar berfikir..Agak-agak la..Siapa yang lagiiiii hebat? Amir rasa...Perempuan!!! Tapi lelaki lagi hebat...kot. Kekeke..


[gambar sumber google]
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Perempuan Dan Lelaki Sama Sahaja!

Dalam kelas. Fuh! Memang bising. Nak belajar pun susah. Aku tengok cikgu pun kesian apabila melayan kerenah pelajar yang agak kebudak budakan waalaupun umur sudah mencecah 16 tahun. Aku hairan. Kenapa la diorang jadi begitu? Tidakkah mereka cuba untuk menjadi matang?

Yang aku paling pelik serta hairan. Perempuan pun sama naik dengan lelaki. Dulu,kita dengar yang perempuan amatlah bersopan santun di dalam kelas. Ya lah kan,perempuan. Budi pekertinya..akhlaknya..sifatnya yang lemah lembut sudah tentu perangainya tidak seperti lelaki. Namun apa yang aku lihat. Buat sakit mata je. Perempuan sama perangai dengan lelaki.

Manakan tidaknya,gamak sekali bunyi didalam kelas. Yang juaranya adalah perempuan. Dulu lelaki,kini perempuan. Adakah arus pemodenan yang mengubah tingkah laku pelajar sehingga ingin menandingi lelaki dalam setiap aspek? Terpekik melolong dalam kelas.. Bercakap kuat.. Hish! Panas telinga den.. 

Aku tak tahu dah nak cakap apa lagi..Perempuan dan lelaki sama sahaja! Dah tak ada beza. Dulu ku rasakan perempuan lebih istimewa sedikit. Tidak nakal tapi kini? Anda mampu menilainya...w'salaam.
jom baca lagi

Kenapa Lelaki Suka Tengok Perempuan Seksi 3 Kali??

Assalamualaikum. 

Anda perasaan tak apabila seorang lelaki yang melihat perempuan yang agak seksi/terdedah yang tidak sepatutnya. Dia akan memandang sebanyak tiga kali. Ini auta bukan fakta. Tetapi benar. Mahu percaya atau tidak. Terpulang pada diri anda? Amir akan teruskan pendedahan eksklusif. 

Pandangan pertama.

1.Tertengok/terpandang.

Setiap orang ada mata kan? Takkan la nak jalan-jalan kena tutup. Jadi,pandangan pertama seorang lelaki adalah pandangan yang tidak sengaja. Tertengok bah..Bukan niat di hati nak tengok..tapi rejeki..hehe.. Tidak lah. Erti kata lain. Tidak sengaja.. Dah benda tue berlaku depan mata,kan??


Pandangan kedua.

2. Memastikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan memastikan ini? Nak pastikan yang benda dia tengok tadi dah takda..Kalau ada,nak buat macam mana…kan brader? Amir cakap betul nie..Korang setuju je laa..kan? kan? Faham tak makna memastikan? Kalau faham,bagus lah.



Pandangan yang terakhir[kot].

3.Mencegah/menegur

Ha.Yang nie memang baik hati..Kalau pandangan ketika masih berlaku perkara itu..atau perempuan itu masih ada kat situ..Dia nak pi cegah la tue. Macam terselak skirt ka..Dia nak pi tegur.Kalau dah okay,alhamdulillah. Haa.baik kan lelaki? Bukan niat di hati nak mengintai tau..betul tak brader?? Haa..nak buat amal jugak tue….hehe…

Macam mana? Okay tak? Auta ke Fakta? Entah laa…korang rasa apa ek? Perkara nie betul laaah…setuju??? Ehem2..ada perempuan yang tak puas hati?? Jangan fikir negatif aa...

p/s:seksi tak aweks tue? Ahaks.
jom baca lagi

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

  • Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
  • Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya. 
  • Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi. 
  • Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 
  • Ikhlas dalam beramal. 
  • Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya. 
  • Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya. 
  • Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya. 
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 
  • Solat malam menjadi kebiasaannya. 
  • Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt 
  • Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit. 
  • Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka. 
  • Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya. 
  • Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan. 
  • Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt. 
  • Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Amir: Adakah aku termasuk dalam kriteria tersebut? Insyaallah..
jom baca lagi

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Terhadap Lelaki Gila Seks

Assalamualaikum dah salam sejahtera kepada pengunjung blog Amir Izzat ini. Baik! Sekadar ingin menyambung apa yang diteruskan tadi..Tadi,Amir ada buat entri berkenaan ''Terdapat 4 Jenis Rogol''. Kenapa Amir asyik berbicara hal ini sahaja? Ya lah kan..untuk korang jugak..Pengetahuan bah... 

Pernah tak korang didekati lelaki yang gila seks? Maksud Amir yang ingin meraba anda..atau mencabuli hak-hak asasi manusia..hehe..Pernah tak? Belum kan..Kalau belum..Amir nak bagitahu korang macam mana korang nak hadapi orang sebegini. Oh ya! Entri nie khas untuk perempuan yang sangat memerlukan tips ini. Perempuan kan lemah..Jadi,mereka harus mengetahui cara-cara untuk melingdungi diri dari lelaki yang dayus..

Kalau lelaki..tak perlu lah kot..Mereka sebenarnya pemangsa yang mencari mangsa..Kan? Baik! Jika korang berada dalam situasi yang memerlukan korang untuk mempertahankan diri,berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan...

  • Jika dia cuba untuk mencium korang...gigitlah bibirnya atau kawasan sekitar mulutnya dengan kuat dan kemudian larikan diri anda. Ha! Korang gigit je bibir dia..Kasi koyak..Jangan takut jangan segan.. Mengigit bibir adalah satu-satu cara untuk korang larikan diri dari dia..
  • Sepak atau tumbuk bahagian di bawah tubuhnya.. Ini adalah satu daripada bahagian yang paling sensitif pada tubuh lelaki. Sepak kuat-kuat sampai dia tak da zuriat.Korang pun tahu apa kan??? Ek eleh....
  • Gunakan jari korang untuk menyucuk matanya dan kemudian larikan diri korang dengan cepat. Untuk lebih afdal,korang gapai benda tajam..Lepas tue,cucuklah sekuatnya. Biar lelaki tue tak dapat melihat kenikmatan di dunia nie. Ahaks.
  • Jika korang mempunyai jari kuku yang agak panjang, gunalah untuk mencakar kawasan hidung atau lehernya. Haa..itulah kegunaan kuku panjang. Tapi dalam Islam tak boleh simpan kuku panjang..hehe.. Cakar muka dia ke..Biar padan muka lelaki yang nak cabul korang.
  • Kalau korang nak menendangnya,tendangkan kearah 'bahagian sulitnya' atau lututnya. Biar dia tak bernyawa lepas nie..kih3..
  • Kalau dia memegang korang dari belakang..hantukkan kepala korang ke mukanya..Kalau korang rasa kepada korang keras la. Betul nie..Hantuk je.
  • Menjerit sekuat hati dan sekerap mungkin juga korang boleh buat. Kalau mengumpat,mesti kuat-kuat kan? Kalau jerit,kacang je..hehe. Maaf.
  • Yang terakhir,jangan putus atas..Cari jalan untuk melarikan diri. Selamatkan maruah korang.. :)
Haa....dah baca semua tue? Setakat nie je lah yang Amir tahu. Kalau korang berdepan dengan lelaki yang nak cabul korang..Korang ikut je cara Amir nie.Pasti korang akan selamat.. Okay??? 
p/s:
Lelaki gila seks nie memang gila lah..Ahaks.
jom baca lagi

10 Kes Lelaki Tak Layak Jadi Suami Part II

Sambungan lelaki tak layak jadi suami...kes aduan beberapa isteri...hurm..

 

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka sianak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu
dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri,tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak  kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

p/s:
pelik kan dengan lelaki sebegini?
jom baca lagi

10 Kes Lelaki Tak Layak Jadi Suami Part I

Assalamualaikum sedara-sedara sekalian. Lama sungguh kita tak bertemu..Memang lama..kan? Wajah pun belum kenal lagi. hehe.. Entri nie khas untuk insan yang bergelar lelaki. Kalau pondan aka bapuk tue,tak yah la kot.. 
 
 
Maklumat nie Amir amik dari seorang kawan..entah la siapa penulisnya. Tidak kira la siapa..janji kita(lelaki) jadikan ia renungan.. Banyak lagi tau.. Amir sertakan sedikit demi sedikit... Jom renung!!

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di  Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua  di bahu saya. Dia cuma beri "
benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu  seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap '
mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

p/s:
Aduhai..macam-macam lah. Ha! Anda tergolong yang mana satu? Harap-harap tak lah kan..nie baru sikit je..Kesian isteri mereka..ish.ish..
jom baca lagi