Kenapa Kebanyakan Guru Memilih Kasih Antara Pelajar?

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Pada kali ini. Saya ingin berbicara soal guru yang sangat memilih kasih antara pelajar. Walaupun saya masih seorang pelajar dan mungkin tidak layak berbicara hal ini. Namun saya harus melontar pendapat serta luahan hati saya yang agak tidak berpuas hati dengan kebanyakan guru. Saya tahu guru yang memberi ilmu. Kalau guru marah,mungkin ilmu yang dipelajari itu tiada keberkatan.

Daripada cikgu saya dapat membaca...

Tetapi apa yang saya hendak katakan di sini adalah kebanyakan guru sangat memilih kasih. Betul ke? Baiklah. Dari pengalaman saya yang pernah bersekolah di Kelantan dan Sarawak. Kebanyakan guru amat memilih kasih. Tidak tahu lah suka sangat dibodek atau apa. Tetapi memang pelajar suka membodek guru.

Cikgu selalunya memberi perhatian kepada pelajar tertentu sahaja. Ya,mungkin salah pelajar kerana tidak mendekati cikgu itu sendiri. Namun cikgu haruslah memberi perhatian kepada semua pelajar. Hal ini terjadi kepada saya. Saya terasa amat tersisih sekali.

Di dalam kelas saya,ada dua kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A di ajar oleh guru kelas sendiri dan kumpulan B di ajar oleh cikgu lain,bukan guru kelas. Kumpulan ini dibahagikan hanya semasa subjek MPAV,Katering.

Apa yang saya lihat,cikgu kelas macam memilih kasih sangat. Hanya kumpulan A sahaja diberi perhatian serius. Kumpulan B nie buat tak tahu je. Macam tersisih la kami orang. Nak suarakan ketidakpuasan. Tak boleh juga. Adap belajar. Biasalah lah kan.Tapi saya sangat tidak berpuas hati.. 


Cikgu selalu membandingkan kumpulan A dengan kumpulan B. Kata kami malas laa..Kumpulan A selalu bersama cikgu kelas. Kalau ada apa-apa untuk menghias kelas ke pertolongan ke. Rakan-rakan di kumpulan A sahaja yang mendapat perhatian cikgu.. Jadi,kumpulan A lah yang dapat nama. Kumpulan B? Buat taik je dalam kelas..Hurm...

Cukuplah apa yang hendak saya luahkan. Tidak perlu dedahkan yang tersurat namun carilah yang tersiarat..Mungkin tidak semua cikgu begitu kerana tugas cikgu adalah mulia. Tetapi kebanyakan cikgu amat memilih kasih. Tidak percaya? Anda pernah bersekolah dan anda mungkin pernah merasainya. 

Siapalah saya ini. Hanya seorang pelajar yang mungkin tidak pandai..Yang mungkin tidak bijak..Namun,mungkin ini cabaran atau dorongan untuk saya berjuang dengan lebih gigih.... Terima kasih cikgu.....

Amir: Ada orang kata. "Baik diam dari meluahkan..." Patut ke saya diam?

8 comments:

Unknown berkata...

pilih kasih ke,,mybe cikgu tu cube fokuskan kt pljr2 y pndai,,sptutnye mmg xleh
cm 2,,sbg sorg guru,,kne fair jek,,huhuhu

Amir Izzat berkata...

@iszieylyanziyhurm.. pilih kasih ar.. byk benda..saja je tak nyatakan..malas nak cakap banyak.. hurm..

ckgu fokus kt org pandai..org yg tak pandai nie? terus je macam tue.. adoi

ISZA berkata...

akak ada pengalaman macam ni masa sekolah dulu.. bila dah jadi cikgu akak tanamkan azam supaya akak tak jadi guru yang macam tuu..

tapi kadangkala perangai pelajar yang buat guru berjauh hati.. apa lagi pelajar sekolah menengah yang dah tahu berfikir mana yang buruk dan mana yang baik...

mak_ngoh_selamoh berkata...

ekekekke....sedangkan adik-beradik dalam 1 rumah pun
akan rasa tidak adil dan rasa ibubapanya lebihkan seseorang jer...

apatah lagi cikgu yg mgadap pelajar seramai 30 orang sekelas dan
lebih 100 orang sehari...

yang bagus..jumpa cikgu dan berbual dgnnya sambil luahkan sikit2
apa yg tak puas ati...lama2 dia akan faham

Sang Gabriel berkata...

my kolej memang ade lecturer mcm 2...pelajar yg suka mengipas memang dapat byk kelebihan, dan kita yg msih punya harga diri disisihkan

Amir Izzat berkata...

@cikgu iszahurm..perangai pelajar je? Entah la..Amir tak tahu nak cakap apa lagi.pelajar bukan masalahnya kot..kenapa pelajar tertentu je yg diberi perhatian? ha..itulah sebabnya... hurm..

Amir Izzat berkata...

@gabanMorkahurm..ye ek? adoi..yg suka mengipas mempunyai "harapan" yg besar..kot. yg duk jaga maruah nie..susah2

Amir Izzat berkata...

@mak_ngoh_selamoh.memang la makngoh tapi cikgu nie selalu je dekat dengan budakk yg suka membodek..

nak berbual ngan dia? rasanya.tiada masa untuk itu kot. maksud saya disini adalah pelajar di kumpulan B macam terpinggir..dan pelajar kumpulan A pula selalu di puji cikgu kelas memandangkan cikgu kelas yg mengajar mereka subjek katering..

adoi..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??