Imam Muda: Gelaran Imam Muda Milik Asyraf


Assalamualaikum. Nampaknya Program Imam Muda telah berakhir dan gelaran Imam Muda nyata milik Muhammad Asyraf Bin Mohd RIdzuan.

Faktor-Faktor yang mendorong Imam Muda Asyraf untuk menjuarai program Imam Muda ini adalah kerana kepetahan dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik. Maka,Asyraf layak menjadi juara Imam Muda.


Hadiah yang dimenangi beliau pula ialah biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah. Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora. Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji. Sungguh bertuah Imam Muda Asyraf,kan?

Akhir kata,tahniah saya ucapkan kepada Imam Muda Muhammad Asyraf kerana mendapat gelaran Imam Muda. Semoga anda akan menjalankan tugas dengan baik. 

Harapan saya,semoga program Imam Muda akan diteruskan lagi kelak untuk melahirkan generasi yang berakhlak serta berilmu dan mempunyai keperibadian seperti Imam Muda dalam program Imam Muda ini.  Teruskan pembacaan anda dengan kisah berkenaan Imam Muda Asyraf.(klik sini)

1 comments:

nuriz berkata...

patut le ada 3, 4 trafik datang dari blog amir ni :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??