Susah Ke Nak Menerima Kenyataan?


Hurm..Kenyataan dan kebenaran. Mempunyai makna yang sama.Mungkin. Kadangkala kita memang susah untuk menerima kenyataan walaupun ia sudah berlaku. Contohnya apabila kita kehilangan seseorang. Mungkin kita tidak menerima yang si dia sudah pergi meninggalkan kita..Dan tak kan kembali lagi....


Sukar bukan? Ya,memang sukar. Begitulah yang saya alami. Susah untuk saya menerima kenyataan dan kebenaran yang sedang berlaku pada diri saya. Kita sentiasa mencari alasan untuk menidakkan kenyataan itu..

Dalam hidup yang penuh pancaroba dan penuh berliku liku ini. Banyak benda yang terjadi kepada diri kita.. Apa yang kita miliki dulu,mungkin tidak lagi menjadi milik kita.. Apa yang kita harap tidak berlaku kepada diri dan keluarga kita..Berlaku juga akhirnya.. Semua itu ketentuan Ilahi..

Dalam konteks percintaan pula,walaupun saya tidak bercinta. Dalam bercinta..hidup terasa begitu indah. Fuh! Kitalah sang putera! Kitalah sang puteri yang bahagia..! Dunia ini bagaikan hidup kita.. Tetapi apabila si dia sudah meninggalkan kita... Berkecai hati..tak dapat nak menerima kenyataan itu.

Entah laa..Walau apapun yang terjadi,kita sememangnya sukar untuk menerima kenyataan itu. Tak kita la dari sudut mana pun.. Hidup..Pelajaran.. Masa depan..Perkahwinan..dan sebagainya..Memang sukar..kan?


Walaubagaimanapun,kita harus dan tabah untuk mengharungi kehidupan ini. Jangan menoleh lagi ke belakang. Jangan menoleh lagi ke arah masa silam. Jadikan apa yang berlaku kepada kita pada hari ini adalah kebangkitan untuk kita pada masa hadapan. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu musibah atau dugaan melebihi kemampuan hamba-Nya,kan?

Kadang-kadang ada yang tidak kisah apa yang berlaku ke atas dirinya..Buat dek je. Bagus ke? Bak kata Karam Singh Walia:

Terbakar rumah ternampak asap,terbakar hati tiada siapa yang tahu..

4 comments:

kaizen shinobi berkata...

susah ke? hehe

yup.. memang aq akui susah der... ngeh3

tapikan... buang yang keruh ambil yang jernih... walaupun prosesnya memakan masa...

tiada benda yang senang... tapi tiap2 kesusahan itu ada kesenangan... uhoh!

Amir Izzat berkata...

@kaizen shinobibetul2..kena buang jauh nun disana..kan? hehe.. p susah gak ar sikit.. perkataan susah mesti timbul punyer..hehe

PinQib berkata...

hem.. memang kenyataan susah diterima.. em..
redha is the most humble thing to do


Adik aku operate.



Kawan baik di universiti

Amir Izzat berkata...

@PinQiba'a..kena redha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??