Sinopsis Novel Sayalah Putera Mahkota! - Aizam Aiman

Salam geng. Wah! Bertemu lagi dengan Amir Izzat disini. Ha,semalam Amir pinjam lagi novel dari adik Amir. Selepas dah habis baca novel Mikhail yang agak menarik. Amir pun pinjamlah novel Sayalah Putera Mahkota tulisan Aizam Aiman. Bila tengok kulit novel nie pun dah menarik.. Ada seorang lelaki sedang duduk di atas tahta..Gambar kartun..


Macam inilah rupa novel itu...Baru sahaja membacanya. Apa yang Amir dapat katakan novel ini memang menarik perhatian Amir. Ha,korang nak tahu tak siapa penulis novel ini? Jom ke blog Aizam Aiman.

Sinopsis:
 
Impian Zara sudah terlaksana. Dia kini bergelar Puteri Zara. Tetapi ada sesuatu yang membuat Zara tidak betah tinggal di istana. Nendanya, Raja Zahariah terlalu garang. Raja Zahariah juga tidak mahu rakyat tahu akan kepulangan Zara.

Mengapa? Sementara itu Putera Adam yang tinggal bersama ibunya di Bandar Baru Bangi sudah semakin selesa. Dia rasa seronok menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. Status keluarga diraja Raja Muhammad dalam bahaya apabila Putera Adam tidak mahu pulang ke negara Armani. Dia tidak mahu memegang takhta sebagai pemerintah negara Armani.

Apa yang akan terjadi pada impian Zara? Impian dia menjadi puteri raja, impian dia mahu menyatukan kedua ibu bapanya. Dapatkan buku ini di pasaran bagi mengetahui kesudahannya.

1 comments:

Nas berkata...

nama tajuk novel tue macam budak2 jerk...tak tahulah isinya menarik atau tidak....kalau amir ckp best...mst best kot...ehehhe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??