Coretanku: Hidupku Bukan Seperti Remaja Lain

Hidupku bukan seperti remaja lain. Pabila melihat rakan sebayaku yang hidup macam tak tentu saja. Kucar kacir..Kira banyak benda tak elok dari yang elok..Aku kesal. Mengapa mereka jadi begini? Hidup mereka bagaikan mereka tiada pegangan. Berpelesaran sana sini. Merayau-rayau dan melepak di kaki lima. Tidakkan mereka mengetahui masa itu emas?

Hidupku bukan seperti remaja lain. Pagi.petang,siang dan malam dipenuhi dengan perkara yang tidak berfaedah. Bersosial… Kalau hendak ku rungkai hidupku sebagai seorang remaja,aku tidak keluar bersosial dengan kawan-kawan. Walaupun ada sekali,hati itu. Masa makan McDonald namun selepas itu aku tidak pernah keluar lagi. Pergi ke pawagam,makan kedai,lepak kat port dan macam-macam lah perkara yang ku rasakan tidak berfaedah. Tak pernah den pergi....

Teringat aku pada kisah Salahuddin Al Ayyubi ketika remaja. Semasa Salahuddin Al Ayyubi bermain dengan rakan-rakannya sewaktu remaja. Bapa saudaranya yang seorang panglima menegurnya. “Wahai Yusuf,(nama sebenar Salahuddin Al Ayyubi). Tidakkan kau mensia-siakan usia remajamu sedangkan Baitulmaqdis kini ditawan tentera Salib?”-macam ini ayatnya.

Sejak dari itu,Salahuddin Al Ayyubi tidak kali bermain macam remaja lain. Sejak dari itu,focus dia hanya untuk membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman tenteta Salib.

MasyAllah…Alangkah indahnya jika aku seperti Salahhuddin Al Ayyubi. Begitu besar tanggungjawap yang kita pikul sekarang.Aku nak berjihad menentang Yahudi kerna jihad menentang orang kafir lebih besar namun jihad menentang nafsu lagi besar dari jihad menentang orang kafir. Jadi,perkara yang harus dilakukan adalam menentang kehendak nafsu..

InsyAllah.. Aku akan usahakan dengan lebih gigih untuk berubah dan menjadi seperti Salahuddin Al Ayyubi.. Tidak mahu membuang masa lagi..

Allah mencipta kita untuk beribadat kepadanya...Berubahlah…Wahai remaja! Marilah sama-sama kita berubah untuk memartabatkan lagi agama Islam! Marilah sama-sama kita bersatu untuk membela agama Islam! Marilah kita bersatu untuk meneguhkan lagi agama Islam! Marilah sama-sama kita meninggalkan perbuatan yang sia-sia di kala remaja! Jangan di mulut sahaja tetapi badan terus kaku...

Amir: Tidak perlu membuang masa remaja kita..Masa remajalah untuk kita beribadah..kan? Dah tua nanti..tak larat.. 

6 comments:

cikgu_aare berkata...

kan bagus kalau semua remaja macam awak.takla pening cikgu kat skolah.hehe

Amir Izzat berkata...

@farhana_azizhurm..tapi ada juga yang saya kurang..tak mahu membazirkan masa lepak..tak berfaedah..on9 pun okay gak sambil ulangkaji..hehe..kan? :)

kalau semua baik,cikgu lagi pening kot..hehe

Unknown berkata...

hmm...remaja skarang lg bes membuat perkara yg sia2 dri perkara yg berfaedah...kadang2 tu rasa geram pula kalau tgk kes2 cthnya kes buang anak kat kaca tv..dan kebanyakkannya melibatkan remaja melayu...haih,mcm mnla bangsa melayu nak maju kalau mcm nie keadaan nya...

ISZA berkata...

remaja hanya sekali tapi ramai yang gunakan untuk enjoy.. tahniah untuk Amir yang mengambil langkah bijak :)

WanitaMustanir berkata...

InsyaAllah, anda mampu lakukannya AMir Izzat..

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." [Q.S. ar-Ra'd 13:11]

Wallahualam

WanitaMustanir berkata...

InsyaAllah, anda mampu lakukannya AMir Izzat..

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." [Q.S. ar-Ra'd 13:11]

Wallahualam

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??