Berapa Ramaikah Anak Muda Melayu Yang Pandai Bersilat?



Assalamualaikum...

"Ayah Long..Amir nak belajar silat. Tiap-tiap malam dengan Pak Su Lazim.Boleh tak?" tanya aku pada bapa saudara di ruang tamu selepas makan malam. Dulu,aku tinggal bersama bapa saudara aku di kampung.

"Hurm..Buat apa nak belajaar silatnya? Orang zaman sekarang pakai bedil(pistol) doh. Kalau belajar pun,kena tembak gak" kata Ayah Long kepadaku...yang macam enggan membenarkan aku untuk mempelajari silat yang memang sebati dengan orang Melayu.

"Alaa...orang nak belajar gak..Silat nie penting..Dapat mempertahankan diri..Semua orang dah belajar..Lagipun rumah Pak Su Lazim dekat jah..Hurm..Boleh laaa...Deh?" pujukku dengan muka yang sangat kesian..Memang kesian habis laa...

"Hurm...Tak leh..Tak leh." kata-kata dari ayah long yang mematikan perbualan kami.

Aku pun terus berlalu....Tamat!


Baiklah.. Sebenarnya aku teringin nak belajar silat. Kenapa? Sebab silat itu adalah satu seni mempertahankan diri orang Melayu. Tak lengkap hidup kalau tidak mempunyai ilmu silat. Dulu,aku pernah belajar. Selepas tidak dibenarkan oleh ayah long untuk memperlajari Silat Tapak Harimau dengan Pak Su Lazim. Jadi,aku hanya belajar di sekolah sahaja. Silat Terlak Empat dan Silat Tongkat. Namun,hanya sekejap sahaja apabila guru silatku telah berpindah sekolah.

Baiklah. Kita lupakan kisah. Hendak ku bertanya. Berapa ramaikan anak muda Melayu yang pandai bersilat? Kalau dikampungku,dikatakan semua anak muda Melayu mempelajari ilmu persilatan ini. Kawan-kawan di kelas ku kebanyakan mereka mempelajari ilmu silat ini. Tak kira lah yang berbadan kecil dan besar. Semua ada. Bukannya apa..Untuk mempertahankan diri dari perkara yang tidak diingini. Lagipun,silat ini dahulunya diajar untuk memperkenalkan Islam. Betul tak?

Setahu aku,syarat untuk mempelajari silat ialah:

  • Niat dan ikhlas kerana Allah.
  • Solat kena cukup.
  • Tak boleh tinggal solat.
  • Tidak boleh bermegah-megah.
  • Jangan berlagak...dan banyak lagi lah..
Baik! Sebenarnya banyak lagi syaratnya namun ini sajalah yang aku ingat. Semuanya berkaitan dengan agama Islam. Betullah..Silat diajar untuk memperkenalkan agama Islam dulu kalanya. Untuk menarik orang ramai mempelajarinya,kan? Kalau salah sila betulkan. Lihat sahaja pada syaratnya,semua ada kaitan dengan agama Islam.



Namun,apa yang aku lihat pada masa sekarang. Tidak ramai anak muda Melayu yang pandai bersilat. Kalau diajar kungfu macam Bruce Lee nak tak? Ah! Belajar silat pun tidak mahu. Inikan pulak benda lain,kan? Alangkah bagusnya pemuda Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini mempelajari ilmu persilatan yang ku rasakan nadi orang Melayu. Jangan kau kata aku rasis kalau bercakap soal Melayu tapi inilah Melayu! Hang Tuah pun pandai bersilat..Sebab apa? Sebab diajar sejak kecil.

Ada ke pemuda Melayu yang dari kecilnya ingin belajar bersilat? Ada ke pemuda sekarang yang mempunyai niat sebegitu? Mungkin ada yang berniat untuk belajar bersilat tetapi mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menghalang.  Tapi kan,bagus lagi belajar silat selepas Isyak daripada merayau-rayau dengan motorsikal. Melepak dan menjadi kutu rayau.

Bagus lagi belajar bersilat dari duk buang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah di malam hari. Tidakkan belajar silat ini penting? Tetapi pada masa sekarang. Ramai yang tidak tahu bersilat. Kalau di ajak ke gelangggang. Mungkin telefon geng dulu. Cets! Ceteknya ilmu mempertahankan diri. Baiklah. Kalau pencuri masuk ke rumah,boleh la membuka langkah silat terlebih dahulu daripada kena ancaman dan daripada duk tunggu polis.kan?



Silat ini banyak caranya. Teknik mengelak.menangkis dan menyerang. Setakat penyamun yang bawa parang. Sekali tempis sahaja. Ayah Long aku..Memandang dia kudung kaki akibat ditimpa balak. Dia berlawan guna tangan sahaja. Dengan orang muda pulak tue..Tetapi orang muda itu kalah..Nah! Berlawan tangan dengan orang tua pun kalah. Ilmu masih kurang kot. Oh ya! Berlawan tangan bukan bermaksud yang main gagah tangan tue tapi berlawan.. Tumbuk sana tumbuk sini.

Oleh itu. Aku menyeru anak-anak muda Melayu. Belajarlah silat. Minta izin dengan mak bapa untuk belajar bersilat. Tidak rugi. Masa mudalah masa untuk belajar bersilat. Aku takut yang seni persilatan ini akan hanyut ditelan zaman. Betul? Dimanakah identiti orang Melayu kalau silat ini semakin terhakis? Belajar lah..Sekarang nie aku sedang berusaha untuk belajar bersilat. Tapi orang yang nak ajar itu susah nak cari..

Korang tak akan faham kenapa penting Silat ini kalau korang tak belajar. Aku rasa menyesal tak belajar hari tue sebab masa cuti hari itu pergi Kuching. Melepas sudah.. Oh ya! Aku rasa orang Melayu pun dah takut tinggal di Malaysia,kan? Tengok bangla pun takut. Tengok India pun takut. Tak kira lah sesiapapun. Kita hidup bagaikan pelarian di bumi sendiri. Hurm..rugi-rugi. 



Dengan adanya silat. Kita dapat mempertahankan maruah kita! Kita dapat mempertahankan maruah orang Melayu! Ketuanan Melayu!!! Orang lain tak akan mencabar kita kalau ilmu penuh didada...!! Jangan pula Melayu hanya kenangan pada masa lalu....Sekian..
Enhanced by Zemanta

5 comments:

airazulaikha berkata...

setuju..dgn entry silat..heheh

nOah berkata...

salam..
boyfie ND sgt minat dgn silat..tp lupa plak apa nama silat dy tuh..siap ajak ND join lgk..

neway,
semoga anda ada kesempatan utk belajar silat lgk~

Amir Izzat berkata...

@airazulaikhasetuju ek? wah! thanks..hehehe..

Amir Izzat berkata...

@nOahw'salam..wah! bestnyer..amir dah tak tahu nak cari guru kat mana. Kalau kat kampung senang.sekarang nie duduk kat bandar..

ha,kenapa tak join sekali? Best apa..boleh la belasah peragut kelak..hehe..

hehe..insyAllah..kena berusaha nak cari guru silat..tapi kalau makayah tak bagi..susah gak...huhu

Farhaa berkata...

Salam...
actually skarang ni saya pun tengah fikir tentang hal yang sama.
kenapa anak muda melayu sekarang ni tak nak blajar silat. insted, diorang lebih suka join karate, kendo, taekwando.
sayang la.. takut nanti warisan melayu yang satu ni hilang di dunia. dahlah orang melayu skarang dok ckp org putih memanjang.
dulu ayah saya pun tak kasi saya blajar silat tapi saya bekeras jugak sampai curi2 blajar. now, alhamdulillah ayah dah kasi green light. mula2 dia punya mind set, kalau blajar silat tu nanti ada yang patah mematah la apa.. tapi dah di terangkan apa yg diajarkan dalam silat, barulah dia faham...
so agaknya, punca kenapa anak melayu tak minat kapada silat adalah dari mind set diorang.. takde minat. pengaruh luar lebih banyak~ =_=

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??