Coretanku: Tekad Seorang Pelajar


Apabila ku lihat keputusan peperiksaan ku yang lepas. Hatiku mula sebak. "Kenapa keputusan aku begini?? Kenapa begitu teruk sekali? Kenapa aku tak dapat markah yang tinggi??" Jerit di dalam hatiku...

Cikgu pun mula bising.. Semua perkataan di keluarkannya. 

"Kenapa korang jadi macam nie,ha? Apa la silap cikgu mengajar kamu orang?  Tapi cikgu tahu kenapa keputusan korang jadi begini. Ia berkaitan dengan keberkatan. Cikgu maafkan segala yang kamu kata pada cikgu namun ia berkaitan dengan keberkatan. Sebab apa? Sebab kamu tidak tumpukan perhatian ketika belajar. Kamu bermain. Kamu tidak serius untuk menimba ilmu ini. Jadi,ilmu yang kamu dapat itu tidak berkat...Blaa..blaa..blaaa..." Itulah sebahagian kata-kata cikgu Dayang yang aku ingat..

Mendengar kata-kata cikgu itu..Aku sedar..Ada benarnya kata cikgu. Tiada keberkatan dalam ilmu. Sebab itulah diri ini terkaku pabila menjawap soalan peperiksaan.  Otak memang kosong. Kawanku juga begitu. Kerana tidak menumpukan perhatian.Inilah yang terjadi pada diriku...

Siapa yang rugi? Aku juga.. Namun,mulai saat ini. Aku tekad. Aku tekad untuk berubah dan mencekapi kejayaan yang aku idam-idamkan selama ini. Aku nak berubah.. Tidak mahu berada di takuk yang lama. Bak kata pepatah. "Masakan dapat sagunya,kalau tidak dipecahkan ruyungnya.."  dan ada satu kata mutiara orang puteh. " Teachers open the door.....but you must enter to it".

Jadi,aku akan berusaha untuk mengubah keputusan peperiksaan aku kelak..Aku tekad! InyAllah..Dengan izin Allah,aku yakin yang aku akan berubah.. Mula-mula yang aku akan buat.

Minta maaf dengan mak dan ayah sampai hujung kaki. Manalah tahu kalau aku mati malam nie,kan? Selapas itu aku nak ambil air sembahyang dan solat hajat. Mohon hajat. Nak solat istigharah den tak pandai.. Kemudian,aku rasa aku nak bukak buku.. Eh! Tak kot..Online blog kejap. Selepas 2 jam ke, aku akan turun ke bawah pergi dapur.. Dan tanya mak..

"Mak!!!! Nasi gappo ado???

Mungkin mak aku akan jawap macam ini.

" Weyh..Kito nie orang susah..Nasi putih jah ado..."

Aku..

"Laa..Nasi putih jah? Tak apa lah..Makan dengan budu pun sedap jugak..."


Bersambung.....

Amir: Nak tahu kisah selanjutnya? Tunggu selepas ini...

3 comments:

~Ann~ berkata...

saya anonymous.. makan nasi cicah kicap sudahla.. kata mak lagi. ish ish ish. budak ni asyik online tu sebab asyik merahhhhh jer.
Opss amboi, pink ni! jeles ai!

IERA HAJERAH AZMAN berkata...

teringat zaman sekolah. Insaf aku cuma 5 saat.kih kih. all the best la kat kau

Bila Keluar Bertiga, Orang akan Pandang Aku Macam Janda Berias Beranak Dua

@ien_R@z berkata...

ho ho ho.. jangan main2 lagi dlm kelas..

berkat cikgu tu penting.. ^__^

hati sendiri pon perlu ikhlas nak belajar..

baru senang nk faham n ingt..

wahh.. bakal cikgu dh membebel nieh.. haha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??