Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

FAM Denda Kelantan Dan Selangor RM115,000| Adil Ke?

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Angkara sikap buruk penyokong pasukan Selangor dan Kelantan ketika perlawanan peringkat suku akhir di Stadium Shah Alam minggu lepas, kini dua pasukan tersebut terpaksa menanggung denda berjumlah RM115,000.


Itulah keputusan yang diperolehi melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dan jumlah tersebut meliputi denda RM50,000 setiap pasukan serta kos kerugian RM15,000 yang perlu dikongsi kedua-dua pasukan akibat tindakan penyokong mereka.


******

RM115,000? Gila ke apa? Setiap pasukan RM50,000 FAM Nie denda tak adil lah. Kenapa tidak adil sebab denda yang dikenakan itu tidak musabah langsung? DIorang ambil duit ini nak buat apa? Cuba cakap wahai pihak FAM. Buat senarai harta benda yang perlu diganti.

Daripada pemerhatian saya..

1. FAM tidak adil. Lihatlah kes terdahulu,denda KAFA dengan jumlah yang melampau.
2. FAM pilih.. Tak usah dikatakan lagi..Memang pilih kasih. Nak bukti? Fikir sendiri.
3. FAM buta. Ya,buta sebab tidak melihat perkara yang memang benar walaupun sudah dibuktikan.

Pemerhatian ini hanyalah dari apa yang saya baca dari Utusan Malaysia serta tindakan FAM sendiri. Utusan? Ya,puak anda sendiri juga wahai FAM. Siapalah saya untuk menegur FAM. Maaf kalau fakta saya salah. Ia emosi.....



Saya hairan. FAM ambil duit ini untuk apa? Poket masing masing atau untuk pembangunan negara? Kalau benar,dimanakah hasilnya?  Tidak ada kan? Saya tahulah denda ini untuk membaiki kerosakan tetapi kadang kala tidak munasabah dek akal.

Oh ya! Kalau tanpa penyokong Kelantan. Tiket tidak akan habis. Stadium tidak akan penuh. Ha,pasal bergaduh. Kelantan sahaja ke yang salah? Adakah penyokong Kelantan bergaduh sesama sendiri? Mustahi. Mestilah diorang bergaduh dengan penyokong pasukan lain. Oit,tidak akan berbunyi kalau ditepuk sebelah tangan sahaja.


Siapa serang siapa??? Lihat sendiri..... Ada yang mati dipukul penyokong Selangor macam mana pula? Sejahat jahat penyokong Kelantan..Belum ada yang mati dibunuh..Tersalah masuk pintu gate..Penyokong Selangor terus menyerang? Gila ka apa? 

Ha,terlupa pula nak cakap. Siapalah saya untuk berkata -kata kerana saya hanyalah anak jati Kelantan yang hina dina..Kata kata dari anak Kelantan(saya) semua tidak betul. Percayalah..Semua ini tidak betul...yang betul adalah kata kata dari orang luar..(selain Kelantan)..

Nota: Huhu..... Emosi lebih sebab mereka ENGGO!
jom baca lagi

Liga Super: Selangor Hampiri Juara| Kelantan Sedang Mengejar

Hanya selangkah sahaja untuk Selangor menjulang trofi Liga Super selepas mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team sambil Kelantan pula terus menghambat Selangot dengan kemenangan di laman sendiri selepas membelasah KL Plus 4-1, malam tadi.

Berbaki dua perlawanan, Red Giant terus mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga dengan sekadar mengharap keputusan seri dalam perlawanan berikut ketika pencabar terdekat mereka bergelar Red Warriors memerlukan tiga mata untuk terus bersaing.Jadi,saya harap Kelantan dapat mengejar Selangor. Hehe.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selangor yang mengharapkan kemenangan bermula garang namun gol pertama hanya terhasil pada minit ke-40 hasil sepakan penalti Safee Sali selepas dia dibentes keras pertahanan T-Team, Mohd Shaiful Azrin Shamsuddin.
 
Selepas rehat, T-Team berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad pada minit ke-65, namun Selangor kembali mendahului selang lima minit kemudian hasil jaringan Rudie Ramli yang mudah menolak masuk hantaran Safee.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan yang mengharapkan kemenangan berjaya menghasilkan gol hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhd (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67).

Di Stadium Perak, tuan rumah yang mengharapkan kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super semakin terdesak apabila tewas 0-1 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal See Kok Luen pada minit ke-36 manakala di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pertemuan adik beradik, Johor dan Johor FC berkesudahan Johor FC menang besar 5-0 manakala di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah, Pulau Pinang 3-0. 
 
Lama dah Amir tak tengok perlawanan Liga Super nie..tak ada masa sangat. Yang pasti,Amir sokong yang menang..Hehe. Sikit lagi untuk Selangor menang..dan sikit lagi untuk Kelantan mengejar...Korang pula harap siapa yang menang? Hehe. Pilihan masing-masing. 

Kalau perlawanan final nanti, nak tengok lah. Dan,kalau penyokong Kelantan ramai pi stadium..takut orang marah pulak. Jadi,kepada penyokong Kelate. Kito jange gi lah tengok. haha. Kita duk ghumah supo sek luar..Sebab jimat pitis.. Ko guano? Tapi kan..kalau stadium kosong,ada orang tak puas hati pulak.. 
 
Kita nak memeriahkan suasana tapi ada orang salah anggap.Itulah manusia,tak pernah puas dan mementingkan diri sendiri..... Buat-buat faham je la ye. Majulah sukan untuk Malaysia.
jom baca lagi

Kalau England Lawan Malaysia,Ada Peluang Tak Malaysia Nak Menang?

Kawan-kawan..Mari kita bercakap soal bola. Cerita hangat nie.. Berdasarkan prestasi England sekarang nie. Apa pendapat korang kalau jika menjemput England berlawan dengan Malaysia? Ada peluang nak menang ke tak????

Aku rasa ada laa..Ben cakap'' England jaguh kampung..''.. Haha. Eh! Kalau diorang saman aku memperlekehkan England? Mana aku nak cari duit? Korang bantu la nanti,okay? Baik! Apakata kita jemput? Aku rasa boleh menang lah kalau pemain Malaysia tue dah cukup segala-galanya...dan tidak mustahil bagi kita...Ahaks...

Tahu tak kenapa England kalah? Sebab dia berlagak..dan dia sekutu Israel...Allah tarik balik ar nikmat mereka...wallahualam.. Ok2.. Tak payah cakap pasal keputusan mereka....Korang rasa Malaysia boleh lawan tak? kita jemput ar.... Kalau menang,sorak sekampung beb..Ahaks..

p/s:berhibur di pagi hari..

jom baca lagi

Wow! Tak Percaya Jerman Kalah...



Huh? Jerman kalah ? Betul ke? Itulah pertanyaan aku kepada rakan blogger semasa chat dengan ruangan sembang di GengBlogger.. Agak mengejutkan jugak apabila Jerman yang ku sokong sikit-sikit..Walaupun tak minat bola sepak Piala Dunia nie.. Kalah 0-1 dengan Serbia...

Tak sangka la yang Jerman boleh kalah..Hari tue aku tengok perlawanan dia..Dengan siapa ek? Aduhai.lupa pulak.. 4-0 kan hari tue? Jerman menang.. Memang tak sangka lah..Ingatkan Jerman boleh maju dan menjadi pasukan pilihan Piala Dunia kali ini walaupun aku sokong Brazil sepenunya..(itu dulu...)...

Kepada penyokong Jerman..bawa bersabarlah...Tadi..Ada blogger hampa pabila Jerman kalah..Relaks ar..Sokong negara lain pulak..kan?? Hehe....Jangan bersedih dan membakar rumah..atau menendang bola dalam rumah.. Ada kes telinga bapa hampir putus terkena kaca akibat bola yang ditendang anaknya terkena cermin..Aduhai..nasib badan..

Beringatlah...Pasal bola sepak..semua isu penting semakin dilupai..kan???????

p/s: Memang tak minat World Cup nie.. :)
jom baca lagi

GengBlogger Sunyi Sebab Bola Sepak Piala Dunia??


Wah! Semua orang kat GengBlogger dah hilang laaa..Kalau post entri pun tak guna gak..Bagi yang membaca memang bagus..Ini membuktikan yang anda tidak minat bola macam saya? Ye ke??? Haha..Memang korang tak minat bola kan? Bukanya best pun..baik duk sini..kita berkenalan sesama bloggers memandang semua orang tengah duk layan TV1. Nak tak berkenalan? Kalau tak mahu..tandanya anda sombong..hehehe..

Betul ke sombong? Haha..Tak baik sombong-sombong..Nanti tuhan marah..kan? Jom la buat sesi berkenalan kat sini..nak? JOm! Sunyi kan GengBlogger..yang ada hanya Kak Hanis,Sekupang Dan Pei je kat Chatroom..Yang lain sombong kot..hehe
jom baca lagi

Aku Tak Nak Tengok Bola Malam Nie!!


Malam Nie..Aku rasa malas la nak tengok bola...Tak best langsung..tapi tadi aku tertengok siaran pembukaan. Afrika Selatan Lawan Mexico ek? Penuh giler stadium.. Dulu..aku tengok jugak..tapi..malas dah...tak minat..Best ke korang tengok bola nie? Sebenarnya..aku tak ambil kesah pun pasal bola luar negara nie.. Aku hanya minat bola sepak kat Malaysia nie walaupun teruk. Kita sokong negara kita..Bukannya sesetengah orang tue...Kalah...dicemuh..Menang..Dipuja..Apa kes brader???

Mesti semua orang tengah demam bola sepak nie,kan? Perempuan nengok jugak ke? Haha..itu aku tak tahu..Hurm..Apa kata wanita????
jom baca lagi