FAM Denda Kelantan Dan Selangor RM115,000| Adil Ke?

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Angkara sikap buruk penyokong pasukan Selangor dan Kelantan ketika perlawanan peringkat suku akhir di Stadium Shah Alam minggu lepas, kini dua pasukan tersebut terpaksa menanggung denda berjumlah RM115,000.


Itulah keputusan yang diperolehi melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dan jumlah tersebut meliputi denda RM50,000 setiap pasukan serta kos kerugian RM15,000 yang perlu dikongsi kedua-dua pasukan akibat tindakan penyokong mereka.


******

RM115,000? Gila ke apa? Setiap pasukan RM50,000 FAM Nie denda tak adil lah. Kenapa tidak adil sebab denda yang dikenakan itu tidak musabah langsung? DIorang ambil duit ini nak buat apa? Cuba cakap wahai pihak FAM. Buat senarai harta benda yang perlu diganti.

Daripada pemerhatian saya..

1. FAM tidak adil. Lihatlah kes terdahulu,denda KAFA dengan jumlah yang melampau.
2. FAM pilih.. Tak usah dikatakan lagi..Memang pilih kasih. Nak bukti? Fikir sendiri.
3. FAM buta. Ya,buta sebab tidak melihat perkara yang memang benar walaupun sudah dibuktikan.

Pemerhatian ini hanyalah dari apa yang saya baca dari Utusan Malaysia serta tindakan FAM sendiri. Utusan? Ya,puak anda sendiri juga wahai FAM. Siapalah saya untuk menegur FAM. Maaf kalau fakta saya salah. Ia emosi.....



Saya hairan. FAM ambil duit ini untuk apa? Poket masing masing atau untuk pembangunan negara? Kalau benar,dimanakah hasilnya?  Tidak ada kan? Saya tahulah denda ini untuk membaiki kerosakan tetapi kadang kala tidak munasabah dek akal.

Oh ya! Kalau tanpa penyokong Kelantan. Tiket tidak akan habis. Stadium tidak akan penuh. Ha,pasal bergaduh. Kelantan sahaja ke yang salah? Adakah penyokong Kelantan bergaduh sesama sendiri? Mustahi. Mestilah diorang bergaduh dengan penyokong pasukan lain. Oit,tidak akan berbunyi kalau ditepuk sebelah tangan sahaja.


Siapa serang siapa??? Lihat sendiri..... Ada yang mati dipukul penyokong Selangor macam mana pula? Sejahat jahat penyokong Kelantan..Belum ada yang mati dibunuh..Tersalah masuk pintu gate..Penyokong Selangor terus menyerang? Gila ka apa? 

Ha,terlupa pula nak cakap. Siapalah saya untuk berkata -kata kerana saya hanyalah anak jati Kelantan yang hina dina..Kata kata dari anak Kelantan(saya) semua tidak betul. Percayalah..Semua ini tidak betul...yang betul adalah kata kata dari orang luar..(selain Kelantan)..

Nota: Huhu..... Emosi lebih sebab mereka ENGGO!

3 comments:

nuriz berkata...

sis tak berapa paham hal denda mendenda ni hehehe..amir ni org kelate ke hehehe

tengkorakemas berkata...

aku minta maaf bg wakil negeri Selangor..aku juga tak setuju dgn apa yg berlaku..biarlah habis di padang, sebaik wisel ditiup biarlah lupa segalanya..

pada pendapat aku, pemain bola juga sebenarnya boleh memainkan peranan, berbaik-baik sesama pemain walaupun pemain lawan, tunjukkan contoh yg baik walaupun berlaku kekasaran..

penyokong yg baik adalah penyokong yg kritik pasukannya, bukan pasukan lawan, pasukan lawan tu biar dianalisis sahaja..

sekian sahaja drpd Tengkorak Emas..penganalisis sukan negara

tehr berkata...

sabar, amir
sabar...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??