Cerita Di Sebalik Majlis Perkahwinan Dato' Sheikh Muszaphar|Angkasawan Negara|Gambar



Semalam pada 10.10.10 telah berlangsungnya perkahwinan yang sangat indah antara Dato' Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Halina Yunos.  Namun,ramai yang tidak tahu cerita di sebalik majlis perkahwinan Sheikh Muszaphar ini. Jom kita baca lagi!






Sebelum majlis akad nikah bermula, seramai lapan orang tetamu jatuh ke dalam kolam yang terdapat berhampiran ruangan solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pihak pengurusan masjid akhirnya terpaksa meletak penghadang untuk mengelakkan lebih ramai mangsa.

Selepas itu,datanglah seramai 20 orang ‘hulubalang’ yang digunakan untuk membawa masuk hantaran daripada pihak lelaki dan wanita. Semua hulubalang ini adalah peserta Pencarian Lelaki Maskulin 2010.


Tahukah anda bahawa dulang ini memang jauh datangnya. Dulang hantaran yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak ditempah dari Guangzhou, China. Manakala kakinya pula ditempah dari Jakarta, Indonesia. Memang jauh tuu...

Korang perasaan tak pakaian rakan angkasawan Dato' Sheikh Muszaphar ni? Sebenarnya,semua angkawasan yang menghadiri majlis perkahwinan ini diberikan sepasang persalinan Baju Melayu atau Baju Kurung yang juga ditaja oleh Jakel. Ada yang lengkap bersongkok, ada juga yang tiada bersongkok kerana stok saiz songkok tidak bersesuaian dengan saiz kepala orang Barat. Wah! Malam tadi saya ada melihat seorang angkasawan dari India memakai Baju Melayu dan bersongkok. Memang hensem!

Untuk majlis persandingan pula, perunding perkahwinan menggunakan lebih 100 orang tenaga kerja, termasuk 30 orang dari Indonesia untuk menyiapkan dekorasi dalam dewan.

Ada tak lihat bunga-bunga kat majlis perkahwianan Dato' Sheikh ni? Semua bunga-bungaan segar yang digunakan untuk majlis perkahwinan ini diimport dari China dan Taiwan kerana bunga-bungaan dari kedua-dua negara ini lebih tahan lama. Sebanyak 120,000 kuntum bunga telah digunakan.

Cenderahati untuk tetamu merupakan kristal yang ditempah khas dari China. Manakala pentas pelamin sepanjang 21 meter dan tingginya lima meter ditempah dari Jakarta, Indonesia. Tetamu dapat kristal dari China tue. Mesti tertulis pada kristal itu "Made in China". Hehe. Gurau saja. Pelamin mereka agak hebat!
Belum habis lagi ni...banyak tau kisah disebalik majlis perkahwinan mereka.



Kek berbentuk roket yang digunakan untuk acara memotong kek adalah replika semata-mata. Kek yang disuap ke mulut pasangan pengantin adalah kek yang disediakan terlebih dahulu oleh perunding perkahwinan. Ramai tetamu yang mengambil kesempatan bergambar bersama replika kek roket memandangkan ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri lebih 1000 orang awam yang turut sama memeriahkan upacara tersebut. Mujur tidak semua rakyat Malaysia hadir menyaksikan upacara tersebut kerana Dr.Sheikh Muszaphar memang mengumumkan jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia. Wow! Kalau semua rakyat Malaysia hadir, kena buka satu dewan lagi la. Hehe!





Akhir sekali,tidak ada sebarang sidang media diadakan selepas majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini selesai. Namun, atas desakan para jurufoto, pihak pengantin memberi sedikit masa untuk foto mereka dirakamkan selepas majlis tersebut berlangsung. Oh! Patutlah gambar agak kurang sedikit. Hehe!

Baiklah..Dah habis cerita pasal Dato' Sheikh Muszaphar. Moh kita cerita pasal saya pulak.. Nanti saya kawin la. Hehe.


sumber gua.com.my

12 comments:

Unknown berkata...

hehe...besh juga.lg.xde da cerita ke~

nerves berkata...

kalau kristal 'made in china'
pelamin mesti ade stiker 'made in ind0n'..
haha...gile eksklusif...
tapi memang happening!

tengkorakemas berkata...

ehehe ko kahwin nanti jgn lupa cerita

ardinihumaira berkata...

dni nyer hantaran paling jauh pun agaknya bakul2 hantaran dari thailnad kot sebab beli kat rantau panjang hahaha :D

Afizz berkata...

Memang wedding of the year la majlis perkahwinan ni... Sampai kek pon bentuk Soyuz... :D

Nas berkata...

wahh...meriahnyer wedding of the year nie....hu3....sedih aku sbab xdpt tengok tv...huwaa......:(

ProfHariz berkata...

Gilalah memang best jadi no 1 negara.. Banyak sponsor kot..

tehr berkata...

nanti kamu pilih tarikh 11.11.11
cun melecun
hehehe

Muhammad berkata...

aq pun nk mcam tu...............
jealous aq tngok..................

Tanpa Nama berkata...

Ada sumber yang benar menyatakan perkahwinan ini belum membuat bayaran sebanyak lebih kurang RM90,000 kepada pihak syarikat Cosry Wise Sdn Bhd sehingga syarikat itu masih lagi mempunyai tunggakan bayaran sebanyak RM45,630 kepada Kerajaan Malaysia sehingga 01/12/2010.

Ah Long

Tanpa Nama berkata...

Ada sumber yang benar menyatakan perkahwinan ini belum membuat bayaran sebanyak lebih kurang RM90,000 kepada pihak syarikat Cosry Wise Sdn Bhd sehingga syarikat itu masih lagi mempunyai tunggakan bayaran sebanyak RM45,630 kepada Kerajaan Malaysia sehingga 01/12/2010.

Ah Long

Tanpa Nama berkata...

Ada sumber yang benar menyatakan perkahwinan ini belum membuat bayaran sebanyak lebih kurang RM90,000 kepada pihak syarikat Cosry Wise Sdn Bhd sehingga syarikat itu masih lagi mempunyai tunggakan bayaran sebanyak RM45,630 kepada Kerajaan Malaysia sehingga 01/12/2010.

Ah Long

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??