"Makcik! Ini Lisa Surihani,Bukan Liza Surihani"

Waktu: Selepas Asar
Tempat: Emart Matang Jaya (pasaraya)
Lokasi: Kedai DVD Cetak Rompak. (ahaks)

Petang tadi,selepas menolong cikgu Dayang mengupas bawang di bengkel masakan. Aku terus pulang kerana hari pun sudah lewat. Tidak bagus anak jantan pulang ke rumah lewat sangat. Kalau anak perempuan? Itu bapak dia tanggunglah...

"Hurm..kalau balik rumah bosan..bagus aku pergi ke Emart cari DVD Cuti-Cuti Cinta." getus hatiku...Nasi lemak Nora Danish 50 sen je bro.

Setibanya aku di Emart. Cari parking motorsikal dahulu..

" Alamak! Parking motorsikal kat depan Emart dah penuh ar.." Hurm..entah mengapa hari ini begitu ramai orang di Emar. Penuh parking. Lantas,aku pun mencari parking di belakang sahaja. Letak motorsikal. Tutup sius dan terus berjalan ke tempat DVD haram itu dijual.

Bila aku sampai situ,aku cari la dulu 3 Idiots. tetapi tidak ada. Cuti-cuti Cinta pun tidak ada. Dan.......(bermulalah kisahnya...) Datanglah seorang makcik nie...


"Man..cuba kau tengok CD nie..Liza ada berlakon lah.." tunjuk makcik itu kepada anaknya(mungkin) ke arah DVD Lagenda Budak Setan.

"Liza? Liza mana pulak nie... Biar betik makcik nie?" ngomel aku. Aku sangka telinga aku yang bermasalah. Tetapi..makcik tue sebut lagi..

" Lagenda Budak Setan..Liza berlakon memang best." macam ini kot dialongnya..

Huh? Memang tak salah. Thats makcik is something was goes wrong. Ahaks. Hendak saja ku katakan.

"Makcik...Nie bukan Liza Surihani tetapi Lisa Surihani... Diulangi..LISA SURIHANI..." Sambil menjerit.. Ahaks. Aku rasa makcik itu pulak yang cop aku gila. Ahaks.



Iya la kan..Liza and Lisa is two different. Tidak sama..Liza mana lah makcik nie hentam.. Ahaks...


Nota: Makcik makcik pun minat  Lisa Surihani tau.....Haha!

2 comments:

Sharinginfoz berkata...

lain ke ingatkan sama? he he

tehr berkata...

nasib je makcik tu tak sebut liza minnelli :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??