Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Hujan Lagi? Sahabatku Meninggal? Filem Apa Yang Menarik?

Hurm..pagi ni hujan lagi. Mungkin hujan rahmat daripada Allah kot. Tak dapatlah aku keluar jalan-jalan hari ini. Hujan-hujan macam nie, amat eloklah tidur untuk kesejahteraan bersama. Hahaha!

Kalau hujung minggu, tentu bosan hendak mampus tahap cipan. Iya lah, asyik duduk kat rumah je. Huh? Apa? Baca buku? Mana boleh kalau asyik menghadap buku. Aku bukan jenis ulat buku. Silap haribulan, keluar air mata darah menghadap buku je. Apa dia?? Ngadap laptop tak keluar air mata darah? Tak lah. Laptop dengan buku lain. Hahaha!

Semalam, baru je selesai muaturun filem Khurafat. Tetapi belum tengok lagi sebab ada orang cakap seram sampai jantung pun boleh jatuh. Cets! Aku cakap ar "kalau jantung jatuh, kutip balik..Hahaha!" kan? Dah tengok ke belum Khurafat?? Selain Khurafat, semalam filem 127 Hours pun sudah siap dimuaturun. Cuma tunggu masa nak tengok je. Ha! Hari ni lah....

**** mode sedih***

Semalam, pada jam 5 petang waktu Malaysia. Seorang sahabatku yang kemalangan motorsikal yang bernama Awang Amirul dari kelas 5EE telah kembali kepada Allah yang lebih menyayanginya. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakqwa. Jom sedekahkan al-fatihah.

Aku sebenarnya tak percaya akan berita ini sebab dengar daripada kawan. Ingatkan mereka bergurau tetapi apabila cikgu Arman Mohd pun ada bagitahu kat MukaBuku juga. Aku percayalah. Hendak buat macam mana, setiap benda yang hidup pasti akan mati. Wallahualam. - Al- Fatihah.

*** Mode Suam Suam Ceria***

Hari ini duduk dalam bilik je lah. Layan movie..Lagi bagus daripada melepak tak tentu arah tetapi lagi bagus layan buku tetapi aku ni jenis tak lekat dengan buku. Payah bebenor..ada petua? Hahaha! Oh ya, filem apa yang menarik ye?
jom baca lagi

Aku Menyesal Tak Belajar Bahasa Arab..

Dulu..masa aku mula-mula masuk tingkatan satu di SMK Kuala Balah, Jeli Kelantan. Aku ditempatkan di kelas 1 Abid. Masa tu, pelajar yang masuk kelas 1 Abid diwajibkan belajar Bahasa Arab. Bahasa Arab ? Apa tue? Selama ni tak pernah pun aku belajar.

Maka hendak dipendekkan cerita. Semasa sesi pembelajaran Bahasa Arab. Ustazah yang mengajar pun tanya aku memandangkan aku ni pelajar baru.

" Ma ismuka??"

Huh? Apabendanya tu? Aku terpinga-pinga. Perkataan ini belum pernah aku dengar seumur hidup aku. Lepas tue, aku dengar satu suara. " Shh..siapa nama awak laah"

Ohh...barulah aku tahu "ma ismuka" itu maknya "apa nama awak.." . Lantas aku pun jawaplah " Er..er...Amirull.." dengan gagapnya tetapi selepas itu aku pun belajarlah menjawap dengan cara yang betul. Jawapannya ialah " Ana ismi Amirull Izzat".

Senang betul Bahasa Arab. Tiga tahun aku belajar Bahasa Arab bermula daripada tingkatan satu sampailah tingkatan 3. Tapi sayangnya, aku tak bersungguh -sungguh belajar sebab aku fikir Bahasa Arab ini susah. Aku menyesal sekarang. Bila dengar orang bercakap Bahasa Arab. Terdetik dihati ingin bercakap Arab tetapi itulah..benda yang lepas. Namun, insyaAllah kalau ada kesempatan aku akan berusaha untuk belajar Bahasa Arab ...bahasa syurga.

Perkataan yang aku ingat ialah  " Man jadda wajada, waman zaraa hasada" Usaha itu tangga kejayaan kot maknanya...Menyesal..menyesal...mesti korang pun pernah alami???
jom baca lagi

Maaf! Blog Terpaksa Dibiarkan Sementara. Urusan Akhirat Diutamakan

Bismillahirahminaarhim.

Assalamualaikum wbt kepada pembaca blog Amir Izzat [dot] com. Sejak kebelangan ini amat payah untuk saya menulis sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca dek kerana sibuk dengan urusan belajar serta masa yang ada ini terhad. Tentu kalian perasan bahawa masa pada waktu sekarang begitu pantas berlalu. Adakah ini tanda kiamat? Wallahualam. Harap-harap sebelum kiamat dapatlah kita kembali ke jalan yang diredhai Allah dan mati dalam Islam serta beriman kepadanya.

Selama ini saya lalai akan urusan akhirat. Saya leka akan dunia yang fana ini. Dua tiga hari lepas, saya habiskan masa pada waktu malam dengan pergi ke masjid. Nanti saya kongsikan ilmu yang saya dapat di masjid. Alangkah indahnya andai kita umat Islam mengimarahkan masjid tidak kira masa. Jadikan masjid itu pusat ilmu seperti di zaman Rasulullah saw.

Saya teringat akan kata-kata " Andai kamu kejar dunia, maka tuntutlah ilmu. Andai kamu kejar akhirat, tuntutlah ilmu dan andai kamu mengejar kedua duanya, tuntutlah ilmu."

Andai faham bukan bahawa ilmu itu penting untuk dunia dan akhirat? Jadi, sekarang saya sedang sibuk membelajari ilmu agama. Hajatnya hendak mencari seorang Tuk Guru kerana jika belajar dengan buku. Maka syaitanlah akan menyesatkan kita pulak. Saya harap pembaca blog saya ini mendoakan saya menjadi anak yang soleh serta orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Saya juga akan doakan kalian. Terima kasih.

Allahuakbar!! Allahuakbar! Allahuakbar!

* Andai anda tidak gentar mendengar nama Allah, itu bererti anda belum beriman kepada-Nya!
jom baca lagi

Esok..Kena Masak Ayam Masak Merah, Som Som Manis Dan Buat Rojak Buah!

Ayam Masak Merah
Rojak Buah

Somsom Manis


Fuh! Pagi esok kena masak tiga jenis masakan.  Ayam Masak Merah, Som Som Manis dan Rojak Buah. Agak-agak dapat tak aku siapkan dalam masa 1 jam setengah? Hari tue masak Rendang Daging, Kerabu Kacang Panjang dan Nasi Minyak pun dah berkejar-kejar.. Harap-harap esok dapat la siapkan masakan ini dalam masa yang dikehendaki.

Cop! Cop! Korang ingat Amir tak gheti ke memasak?  Amir  gheti la.  Haha! Untuk pengetahuan korang, walaupun Amir ni muka ganas tetapi amik jurusan Katering. Pssstt..nak cakap sikit. Pelajar lelaki yang ambil Jurusan Katering sama ramai dengan perempuan. Apa cerr? Dan...nak cakap ni..pelajar perempuan bukannya serius masa masak.. Adakah ini membuktikan bahawa perempuan zaman sekarang memang tak pandai masak? Ok! Tak puas hati ke? 

Sapa yang rasa diri perempuan..sila angkat kaki! Nak tanya..pandai masak nasik tak? Itu je.. Hehe! Kalau setakat goreng ayam 2 kilometer jauh dari kuali. Jangan harap laah.. Hahah! Ini sindiran ye kepada perempuan perempuan yang tak pandai masak. Sila terasa! Hahah!

Hehe! Amir gurau je laa.. Esok..mesti letih punyer...tiga masakan beb!!!


sumber gambar: Ayam Masak Merah, Somsom Manis dan Rojak Buah.
jom baca lagi

Dah Tahu Couple Haram, Kenapa Nak Sambut Hari Kekasih?

Manusia..manusia. Makin dilarang, makin dibuat. Makin disuruh, lagi lah buat. Suka sangat buat benda yang bertentangan.

" Pelajar-pelajar sekalian. Sila bawak buku PMBT esok..."

Tetapi bila sampai keesokan harinya, pelajar ni tak bawak buku. Tapi kalau cikgu cakap...

"Pelajar-pelajar sekalian, sila jangan bawak buku esok.." berkata dengan nada menyindir.

Keesokan harinya,bawa buku pulak.

Hish! Manusia...suka sangat buat benda yang terbalik. Ini berdasarkan pengalaman.

Couple? Menatang apa couple ni? Adakah couple ini satu hubungan seks dimana 'adik' lelaki bertemu dengan 'sarang'nya?? Couple? Apa kejadahnya benda ni? Dah tahu haram..masih jugak berkapel.  Cakap hari kekasih, dah tahu haram. Kenapa nak sambut? Alaa..senang cita. Dah tahu couple itu haram maka takdak lah kekasih. Bila takdak kekasih maka tak terdorong lah untuk buat benda gitu,kan? kan?

Ada orang cakap " Menyambut Hari Kekasih tak salah, yang salahnya orang yang buat benda tak senonoh."

Jadi, " tak salah orang yang bukak aurat, tetapi salahkan pereka fesyen zaman sekarang yang cipta baju sendat-sendat" 

Kan?

Dan..." Tak salah tengok cerita lucah, yang salahnya orang putih suka sangat buat cerita gini.."

Nampak tak apa yang aku nak sampaikan?

Macam nie lah. Contohnya, aku ada duit dan aku nak sangat beli telefon bimbit. Jadi, aku guna la duit tue untuk beli telefon bimbit. Bagaimana pula jika aku tak ada duit? Maka, aku tak dapat beli lah telefon bimbit. Sama juga maknaya dalam menyambut Hari Kekasih ini. Aku tak ada kekasih, jadi aku tak perlu sambutlah Hari Kekasih. Lain lah kalau aku ada kekasih yang gebu, montok, nasi lemak RM1 kalah Pamela Anderson. Mesti terdorong punya nak sambut Hari Kekasih ni. Tak percaya? Tanyalah sesiapa yang tersambut Hari Kekasih ni...

" Beb! Mana boleh tahan...Awek gua asyik goda gua je. Mana la dapat tahan.."

"Habis tu, yang lu berkapel apsal??"

Ada orang cakap.. " Kalau tak ingin dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai". Sama gak dengan couple ini. Kalau tak mahu terdorong Menyambut Hari Kekasih ini. Jangalah bercouple. Senang cita, Tutup kes! Maka selamatlah dari api neraka. Wallahualam.

Aku bukan ustaz ataupun sesapa yang pandai ugama dan aku tak pandai pun nak nasihat orang cuma aku...aku nak bagitahu je la yang benda ni kita dah tahu tapi buat-buat tak tahu. Angkara siapa? Diri kita jugak. Sebab apa? Nafsu.. Aku pun kadang-kadang tewas juga dengan nafsu... Duduk sorang-sorang dalam bilik.. lepas tue tertaip pulak.. " Awek perempuan seksi.." Ada sesiapa macam aku? Alaa..ngaku je la.

Hish! Apa nak jadi dah... Hahahaha!

Amir: Mana boleh tahan kalau aweks tu cun, gebu dan nasi lemak pun dah naik RM2. Hahah!!!


" Kau berkapel sebab kau jeles tengok orang berkapel ke sebab awek orang lain tu dia punya bumper dan nasi lemak besar-besar belaka sampai kau tak boleh tahan adik kau?"


Haktuih!

Meh baca kisah Hami Asraff " Kita Suka Buat Benda Yang Terlarang...:"
jom baca lagi

Saya Tak Balas Komen Awak Bukan Sebab Saya Sombong Tapi....

Awak...maafkanlah saya awak. Awak kata saya sombong ek? Sebab apa awak? Huh? Sebab tak balas komen awak kat blog saya. Maaf la awak..saya tak dak niat pun nak balas komen awak. Eh! Saya tak dak niat pun tak nak balas komen awak cuma saya bajet sibuk ni. Iyalah. Masa saya depan laptop pun kurang awak. Saya bukannya seperti awak duk memanjang depan laptop ni. 

Saya ada komitmen lain tauu. Tuu ha! Anak kat rumah perlu dijaga. "Bini" perlu diberi belas kasihan. Saya kena la bahagikan masa. Tak apa. Nanti lepas SPM..saya terjah blog awak..Saya komen banyak-banyak. Jangan pula awak terkejut sampai terputus urat kentut terima komen saya. Nanti susah saya nanti...

Awak sabarlah ye. Tak balas komen bukan bermakna sombong. Saya kemaskini entri pun jarang-jarang dah nie..Saya cuma buat apa yang patut je. Saya lawat awak tapi saya tak komen. Takkan la awak cerita pasal kisah peribadi awak..saya kena komen..tak manis la orang cakap..kan awak?

Hehe..kalau saya komen. Saya komen entri umum je kat blog awak. Kalau komen kat entri peribadi awak pasal awak dan pakwe awak. Nanti awak nangis pulak. Iyalah..saya kutuk pakwe awak tak hensem. Mesti awak marah, kan?

Ok lah awak..dalam dunia blogging ini perlu bertolak ansur..jangan kecil hati ye. Besarkan hati awak. Tenangkan jiwa.. InsyaAllah awak dan saya akan berjaya menjadi blogger yang hebat. Hebat dari segi mana? Hebat dalam penulisannya yang penuh erti... 


jom baca lagi

Sudah Setahun Menjadi Blogger



Tak ku sangka sampai hari ini aku bertahan.. Cepat sungguh masa berlalu...seakan baru saja aku belajar menulis blog..kini dan selamatnya akan ku terus belajar dan belajar untuk menulis. Bermacam-macam dugaan ku hadapi namun aku tetap akan teguh di persada blogging ini.

Hiraukan saja apa orang kata. Yang baik diambil, yang buruk buang jauh-jauh. Benda tak tahu, kena tanya. Benda yang tahu, harus dikongsikan. Menjadi blogger bukannya senang. Mental dan rohani perlu kuat. Andai lemah, cepatlah melenting dan rosakkan jiwa. Gelaran blogger itu ibarat anugerah yang terulung yang harus di jaga agar tak tercemar dek kerenah diri yang melampui.

Dalam setahun ini banyak yang ku pelajari. Banyak ilmu yang aku dapat..banyak kawan yang ku dekati. InsyaAllah.. Takkan ku mengalah selagi belum berjuang. Tak akan ku berundur selagi hayat dikandung badan...Terima kasih pembaca! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Allah! Tanpa kalian semua pasti aku tak berada disini mungkin sudah tersungkur sebelum berjuang. Kini,aku masih teguh berdiri dan menulis sebagai seorang bloggerr...

Amir: Apa yang penting?? Kerjasama!!!
jom baca lagi

Alhamdulillah..Cek Nuffnang Sudah Sampai

Hari ni(10/2/2011) aku pergi sekolah seperti biasa. Tiada apa yang istimewa.  Sudah sekian lama aku menunggu cek Nuffnang ini. Bukannnya apa, takut tidak sampai kerana kedudukan aku jauh nun di sana. Lagipun, sudah berbulu aku tunggu cek ini.

Petang tadi aku rasa amat seronok sekali melayan permainan bola tampar. Lama sudah tak bermain. Jadi, selepas tamat bermain bola tampar. Aku terus pulang. Daripada sekolah terus ke rumah. Sesampainya di rumah, aku berharap sampai lah cek itu hari ini kerana aku tersangat sangat memerlukannya. Orang kata " sambil menyelam, sambil minum air." Mungkin sedikit rezeki aku dalam dunia blogging untuk menikmati duit sebanyak itu.

Duit? Memang boleh dicari. Tapi susah untuk mendapatnya. Kini, aku mengerti bahawa setiap sen itu bernilai. Aku berjanji tak akan boros lagi dengan membelanjakan duit itu untuk "yang tersayang" iaiut motosikal EX5. Haha! Pantang saja ada duit, barang motor akan ku beli tapi kini tidak. Aku mahu beli benda lain...Hurm..apa ya? Telefon baru mungkin...ataupun PS2? Sedang berkira-kira....

P/s: Hajatnya nak bagi kamu sikit lah...InsyaAllah...Nak bayar nazar dulu. Semoga dipermudahkan-Nya.
jom baca lagi

Pengumuman



Balik sahaja daripada latihan olahraga. Tubuh badanku rasa tidak bermaya walhal keadaan ini sudah ku rasakan sejak pagi tadi lagi. Dalam kelas, terpaksa ku lelapkan mata walaupun menganggu pelajaran. Hendak buat macam mana? Kalau celik,sakit. Kalau tutup, terasa nyamannya. Nasib baik air liur basi tahap kritikal belum terhasil seperti member aku sorang ni.

Aku cuma nak cakap;

1. Aku rasa aku deman sesangat.

2. Kepada yang nak tempah header daripada aku. Silakan tapi tengok masa lah sebab aku bizi sekarang ni. 

3. Entri banyak sudah ku karang di atas kertas namun tidak mampu untuk menaip malam ini.

4. Awek yang aku suka itu nampak muram saja hari ini. Barangkali datang bulan kot.

5. Aku tak pergi kantin hari ini sebab makanan tak sedap. (kalau nenek aku masak lagi sedap!)

6. Aku amat kekurangan masa dan sedang mencari duit untuk membeli sesuatu.

7. Hari aku geram sebab chek nuffnang tak sampai lagi. Jadi, sangat bosan menunggu.

8. Aku masih bernyawa.

Sekian terima kasih wahai pembacaku.

AM: Banyak betul dugaan hari ini.. 
jom baca lagi

Kaitan Duit Dengan Keinginan



Apabila berbicara soal duit. Bukannya senang hendak dapatkan duit ini. Mak gua seorang guru. Bapak gua seorang tentera. Kaya bukan? Hahaha! Itu diorang yang kaya tetapi gua ni bukannya kaya. Duit? Mana datangnya kalau tak berusaha. Duit? Kalau dengan mengoyang kaki dan mengorek hidung akan bertambah duit dalam akaun bank, dah lama gua buat. 

Sebagai seorang yang beragama Islam, gua kena cari duit dengan cara yang halal. Bukan senang untuk memperoleh duit. Dulu, gua pernah kerja satu kedai ni. Kerja agak berat tetapi gaji hanya RM15? Macam mana? Lu sanggup ke kerja dari pukul 3 hingga 12 malam hanya untuk RM 15 selama sebulan? Kompen lu blah awal beb! Tak tahan. Tapi gua? Sebab gua ada nafsu. Eh! Bukan...sebab gua perlukan duit.

Lainlah gua anak orang kaya.

"Papi...nak duit..."

"Dah seribu ni, pergi la beli gula-gula"

Anak orang kaya lain. Itu dah rezeki mereka. Gua? Gua dan lu semua pun ada rezeki masing-masing janji rajin. Lainlah kalau gua ni pemalas, haprak dan tak boleh diharap. Baik toksah hidup! Menghabiskan berah mak bapak je. Orang putih cakap "No Money, No Talk",kan?

Tapi keinginan gua sekarang membuatkan gua memerlukan duit. Sukar untuk menahan nafsu ini. Bila lihat anak orang main PSP. Gua pun nak. Lihat anak orang ada PS2. Gua pun nak. Lihat bini orang cantik. Gua pun nak. Eeeh! Belum sampai tahap sebegitu lagi. Sekali gua sekeh kepala gua. Alhamdulillah, gua sedar diri lagi.

Sememangnya untuk memenuhi nafsu ini agak payah. Duit...semuanya memerlukan duit. Kadang-kadang gua terfikir. Kenapa matawang Malaysia rendah sangat dan harga mahal? Hahaha! Kalau harga murah, sudah lama gua rembat PS2. Teringin beb! Sejak sekolah rendah lagi. Tapi gua sedar. Gua tak mampu. Gua nak, gua kena usaha bukannya korek hidung je. 

Lu rasa kalau gua hanya duduk bersantai adakah keinginan aku akan tercapai? Gua kena usaha beb! Maka dengan itu, marilah sama-sama lu orang check dompet masing-masing selepas itu sedekah la RM1 untuk gua supaya gua boleh menikmati nikmat bermain PS2. Hahahaha!


Konklusinya, kalau lu ada duit. Lu boleh beli apa sahaja. PS2,PSP,kereta mewah mahupun bini lawa dan gebu. Tapi ingat! Carilah duit dengan cara yang halal bukannya rasuah. (gua perli pihak imigresen yang jual maruah negara, menteri yang amik rasuah dan pihak berkuasa yang tak telus).


jom baca lagi

Ubah Template Lagi??





"Hish! Gila ke apa budak nie. Asyik tukar template jee.."

Betul lah kata Boonto..

''Gua tidak pasti jika ada blogger yang berpuashati dengan design blog mereka. Yang gua pasti, setiap blogdesigner tidak akan berpuashati walaupun di mata kita design blog mereka sudah cukup sempurna''


Betul kan? Tetapi aku bukanlah blogdesigner...aku cuma insan yang ingin belajar pasal html dan web. Entah laa.. Kalau tengok blog orang yang cantik,aku rasa nak buat yang lagi cantik. Hahaha! Kedengkian tahap melampaui ni.

Ok! Sebelum ni blog aku warna ungu. Kali ini warna oren? Amacam? Cool tak? Hehe! Selepas ini hendak tukar header pulak. InsyaAllah selepas ini aku takkan tukar dah template..  Kalau aku tukar jugak, aku izinkan korang sekeh kepala aku sorang-sorang. (bajet berani.) Hehehehe!

Walaubagaimanapun, aku kena ikut nasihat Boonto macam mana nak kasi blog ini cantik. Selepas blog aku cantik..aku nak cantikkan entri pulak. (kasi entri bertenaga macam Supeeeeeeeeeeeeer Power!)

Korang tahu tak aku berangan nak jadi apa? Aku nak jadi....hurm...designer. Hahaha!  Berangan je la tetapi tak pandai pun mendesign. Huhuhu!
Namun, usaha tangga kejayaan.

p/s: Agak-agak korang la..aku akan tukar lagi tak template blog? Sapa jawap betul aku kasi hadiah. (percaya ke aku bagi hadiah? Haha!)
jom baca lagi

Aku Gian Benda Ni Beb!

Saat aku keseorangan di dalam bilik. Aku rasa kebosanan yang teramat sangat menusuk-menusuk lobang hidungku sehingga sampai ke otakku lalu mengalir ke saluran darahku lalu bertukarlah aku menjadi suuperrrrrrrrr power!! (minumlah kopi super power untuk cergas malam).



Tak boleh tahan dah..aku dah gian. Sekali terjebak. Akan selamanya terjebak. Sebelum ini tak pernah pula gian macam nie. Semakin hari semakin menjadi. Kalau ada duit sikit je, aku akan pergi ke kedai beli benda ni. Kalau tak beli dalam masa seminggu, aku kena beli jugak. Tak kiralah guna duit apa pun janji halal. Sebab itu duit sekolah sentiasa habis akan benda alah ni.

Mana boleh tahan beb. Kalau sudah gian, apa pun kita akan lakukan. Aku rasa korang pun mesti akan memandang jelek terhadap aku selepas membacanya. Hendak buat mana, sekali terjebak..ok lagi. Bila sudah dua kali aku beli benda ni. Berkali kali terjebak..Gian beb!

Hurm..aku tahu korang akan pandang hina aku sebab aku gian akan benda ni... Huhu..

Sukahati korang lah hendak menilai aku kerana siapalah aku ini hanya insan yang lemah. Benda ni selalunya lanun yang jual. Aku amik yang pirate punya. Manalah ada duit hendak beli yang original. Mahal...dengan duit RM5 itulah aku teruskan jua. Kadang-kadang terfikir juga hendak berhenti membeli DVD cetak rompak ini namun apakan daya, pergi ke wayang mak kata "Tak Boleh!". Jadi, aku ambil inisiatif dengan membelinya dengan lanun cetak rompak atau pun dengan muaturun saja.


 Sekarang ini memang ketagih habis la. Baru sahaja habis muaturun filem Hantu Kak Limah,Magika, Means Girls dan macam-macam lagi. Hendak kira DVD kat rumah? Berlambak. Kalau aku jual, ada yang nak beli tak? Hehehehe!

Kalau pengedar DVD original sanggup jual murah. Dah lama dah aku beli...kan? kan?
sumber gambar: google.
jom baca lagi

Sudah Selesai Edit Blog Mereka

Fuh! Penat..penat.. Aik! Apa yang penatnya? Nie ha..penat sebab tak tahu nak buat apa. SPM tahun ni tapi macam buat tak tahu jer. Aduhai. Apa nak jadi dah kau mir.....

Kat luar rumah hujan..kat dalam rumah pula banjir....Banjir dengan air liur basi daaa..Mana taknya..Melantak tidur je kerja. Baca buku? Jauh sekali. Internet? Melekat hujung jari dah...itu pun berkali kali merayu dengan mak. Baru dapat. Alangkah bagusnya kalau aku ada bini... Cets! Alangkah bagusnya kalau aku rajin. Kalau ada bini, apa salahnya... Nikmat bah. * Geleya budok nih!

Malam tadi... Tolong kawan sorang nih. Dari hari tu lagi suruh edit blog dia tapi aku tak sempat kerna ada komitmen lain. Apa yang aku buat adalah edit body blog dia dan buatkan header. Itu je.. 

http://keyrillaugustine.blogspot.com/
http://saluranberita6.blogspot.com/
Macam mana? Cun tak? Hehe. Aku hanya buat benda yang simple but nice. Aku edit keseluruhan body blog serta header. Itu je. kalau rasa nak edit benda lain..Bagitahu je. Diorang cakap pun dah okay. Mungkin diorang suka..Hehe..

Nak buat lebih-lebih itu boleh...tetapi tengok masa la. Nanti aku hendak cuba satu desain grafik blog kat blog aku. Entah menjadi ke tidak..Hehe. Baiklah, apa pendapat korang? Kalau cakap boleh tahan pun alhamdulillah. Kalau kritik habis-habisan pun boleh sebab pujian itu kadang-kadang palsu. Sila beri komen untuk kemajuan akan datang.

Untuk lebih afdal. Pi terjah blog diorang....hehe...

P/s; Tak dak header? Nak Amir buat? Boleh ajerr....Hehehe!


jom baca lagi

Cek Nuffnang Sudah Dihantar..tapi Bila Nak Sampai Ni?

Assalamualaikum.

Apa khabar saudara? Semoga saudara dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.

Fuh! Entri skema!

Tanpa membuang masa lagi. Marilah sama-sama kita berdoa untuk saudara kita di Mesir agar mereka selamat.

Doakan yang terbaik.

Baiklah! Tak mahu cerita lebih. Bulan lepas Amir Izzat ada cashout untuk kali kedua sebab sudah akhir tahun kan. Jadi, selepas sebulan barulah Amir terima email yang menyatakan bahasa cek itu sudah dihantar. 2 hari yang lalu tidak sipa Amir. Sekarang ni Amir sedang menanti dan terus menanti bagai seorang isteri menanti sang suami pulang dari kerja.

Pagi-pagi lagi akan ku jenguk peti surat namun tiada khabar yang menggembirakan. 

Tak apa..nanti sampailah ia..

Pang!!! Haha! Kuat betul aku melayan perasaan. Amir hendak bertanya sikit lah. Agak-agak korang yang pernah cashout. Berapa lama kah cek Nuffnang akan sampai selepas email pengesahan dihantar? Jawap la kalua korang masih ingat. Hehe! Tak apa lah..Akan ku tunggu..Tetapi jiwaku masih risau kerana sekarang ini musim hujan. Manalha tahu tiba-tiba cek itu terkena ari.. Hish! Naya aku.

Ok! Habis sudah bercerita pasal cek keduaku. Dua hari lepas pada tarikh 30.1.2011 aku pun cashout lah buat kali ketiga. Bukannya apa. Malas hendak simpan lama-lama. Bagus simpan dalam bank..kan?

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sentiasa memberi peluang untuk pelajar seperti aku merasai duit yang datangnya bukan dari mak bapak. Tetapi ingat! Walaupun ia sesen, ia tetapi duit dan amat sukar untuk diperolehi. Memang sukar untuk memperolehi duit walaupun sesen.

Masih ku ingat dahulu ketika aku bekerja di gerai makanan. Perit memang perit. Bekerja dari pukul 3 petang hingga 12 malam hanya untuk RM15. Ketika itulah baru ku rasa keperitan mencari duit ini. Bukan senang dan bukan mudah untuk mendapat RM15 itu. Walhal untuk mendapatkan satu ringgit kita perlu usaha. Usaha tu usaha juga tetapi dengan cara yang halal. Betul tak? Aku yakin korang pun pernah bekerja sambilan dan rasa peritnya bekerja.

Iklan: Opocot!!!!!!!!! Terkejut beruk aku..Siapa pulak main mercun ni? Bingit...Nasib baik aku tak dak sakit jantung . ( disertai dengan sumpah seranah yang sopan).

Akhir nur khalam, siapa cakap blogging ini siap-siapa? Blogging mampu menjana pendapatan tetapi solat harus dijaga. Makan dan minum pun perlu. Jangan kerana blog habis semua tergadai. Anda tentu faham bukan?

Nota: Buffered Earning ada satu tetapi sebab malas nak update blog BE hanya bernilai dua biji donat. Hehe. Oh ya! Kena cukai ke tak tahun ni? Cukai blogging..hahaha!

p/s: berlagak la blogger nie...... blogger yang bernama Amir Izzat. lalalala!
jom baca lagi

Tak Ada Idea Nak Update Blog..

jom baca lagi

Fuh! Leganya...

Entah apa yang merasuk jiwaku. Sebelum Subuh lagi aku terjaga dari tidur. Lepas dengar Azan Subuh..Aku pi mandi dan terus solat. Sebagai anak yang solehah...aku kena jaga waktu solat..kan?kan?  Misi aku hari ini sudah terlaksana iaitu aku tak akan makan nasi pagi ini cuma makan telur rebus dua biji sama itu roti. Sungguh kenyang sekali. Fuh! Leganya...

Lepas tue...aku pi la basuh motorsikal Ex5 kesayangan aku tue.. basuh leklok..Kasi bersih supaya orang terpukau melihatnya. Haha! Bayangkan Ex5 tahun 1993 masih GAH dan elok dalam jagaan ayah aku..Fulamak...

Pasni nak kilatkan motor dulu..kemudian nak..hurm..nak kemaskan bilik yang bersepah. Memang tak patut ar bilik bersepah untuk anak bujang seperti aku... Bab kebersihan ni memang aku titikberatkan cuma kadang-kadang perasaan malas la membuatkan aku jadi macam malas nak kemas. Impian dan angan-angan banyak tapi dek malas..Semua itu tak kan kemana...kan? kan?

Ok lah! Aku ada kerja nak buat..iatu kemas bilik lagi. Oh ya! Misi Kuruskan Badan sudah bermula cuma pagi tadi (6.30 pagi) aku malas nak pi jogging...Malas lagiiiii....

Petang ni kot aku pi jogging dan buat senaman bagai.....Perut dan boroi dah .... Aduhai..

Tapi bila semua kerja kita dah beres... Fuh! Leganya... kan? kan? Tapi bila ada seseorang yang membebel. Kompem tak kan rasa lega dah. Hahaha!
Soalan: Korang buat apa pagi ni?

P/s: Nak balik ke tak ni?
jom baca lagi

Apabila Blog Aku Diketahui Oleh Cikgu..

Assalamualaikum,

Straight to the point. Tiada bahasa berkias-kias. Tiada pantun. Tiada pendahuluan atau mukaddimah. Just go to the truth. Ok? Ada blogger cakap kena ada kata kata aluan macam ucapan ketika menulis? Tapi tak apa. Ini kes kecemasan. Haha! Mesti korang tanya, kata alu aluan dalam blog itu macam mana? kan? kan?

Ok macam nie...Kata alu aluan itu kita mukaddimah korang la dalam memulakan sesebuah karangan. Faham tak? Macam korang buat karangan tu..Kalau terus ke isi mana boleh. Nanti kena marah. Dapat la lempang sebijik dua. Hahaha!

Baiklah. Hari ini aku hendak cerita pasal apa ye? Dah lupa pula. Masa menulis ini pun sedang berfikir. Hajatnya nak cari gambar yang berkaitan dengan tajuk. Tapi malas lah. Baik terus fikir nak tulis apa...

Jadi, aku cakap laptop usangku ini yang berjenama ACER (jenama cap ayam ; made in China).

Kisahnya...Aku ada blog beralamat www.amirizzat.com. Mesti korang tahu,kan? Kalau tak tahu..sila sekeh kepala korang sendiri ataupun hantuk kepala ke dinding. Sah! Otak dah senget. Hahaha!

Macam nie... Aku nak bagitahu korang yang ada sesetengah guru nie sudah tahu bawaha aku mempunyai sebuah blog. (aku takmo ngumpat cikgu tu kat sini..kan dia baca...)

Aku cuma nak cakap.....

Apabila cikgu tahu aku ada blog...aku rasa macam...

1. Macam malas nak bercerita kat blog kisah aku sebab aku takut cikgu tau..Hahaha! Nasib baik tak terbongkar segala kisah suka dan duka aku bersama dia.. Hehehe!

2. Aku rasa macam malas dah nak bukak blog ni... tak syioook langsung. Kan heboh satu sekolah apa aku buat kat blog.

3. Aku rasa macam diperhatikan. Aku lebih rela orang lain baca daripada cikgu aku. Hahaha! Korang pun sama,kan?

4. Rasa macam putus asa lah. Ye la, blog ni nak bercerita pasal kisah dan luahan hati yang lara ini (kononya) tapi kalau dah ada pembaca yang terdekat membacanya...kan susah aku nanti kena kaunseling. 

Baiklah..cukup ar...nanti tak pasal-pasal esok aku kena jumpa PK HEM..Naya aku..Haha. Kalau korang nak tambah kutuk pun boleh...kat ruangan komen... Hahahaha!

p/s: Aku tak tipu..
jom baca lagi

Ingin Belajar Bahasa Sastera

Hari itu didalam kelas yang suasananya memang bising. Cikgu Bahasa Melayu memberikan kami sehelai kertas tentang Cara Untuk Membuat Pendahuluan Karangan. Intipati sehelai kertas itu sungguh padat sekali. Contoh pendahuluan yang diberikan begitu memeningkan fikiran kerana penggunaan bahasa Sastera itu terlalu tinggi. Amat sukar untuk aku fahami.

Sejak dari itu. Aku teringin untuk belajar dengan lebih lanjut tentang kesusasteraan ini. Memang menarik perhatianku. Alangkah indahnya jika aku ini digelar Budak Sastera. Alangkah puitisnya perkataan yang akan ku gunakan. Tentu impilikasinya sangat besar. Dulu, ketika aku di bangku sekolah. Rakan ku ada berkata.

" Tidak usahlah kau ambil aliran Sastera. Aliran Sastera tidak sesuai dengan kita kerana ia sangat susah."

Oleh kerana termakan muntah kawan-kawan. Kini, aku memilih jalan yang benar iaitu aliran vokasional. Impianku? Belum ku tahu. Cita-cita? Belum pasti. Matlamat? Di hujung minda. Internet? Di hujung jari. Haha!

Bahasa Sastera amat indah,kan? Oh ya! Mak aku Guru Bahasa Melayu..mungkin aku boleh bertanya kepada beliau,kan? Haha! Nantikanlah ye...akan ku penuhi tulisanku dengan bahasa yang lebih kompleks yang sukar untuk kau mengerti. Tunggu yeeee!

Kejap, apa itu Sastera ya? Adoi, kena kaji dahulu ni...

Nota:

1. Bahasa Jiwa Bangsa.
2. Aku Pejuang Bahasa.
3. Tapi aku bukan ahli Dewan Bahasa & Pustaka. Haha.

Soalan: Pernah kah anda belajar dalam aliran Sastera???
jom baca lagi

Dugaan Ini..

Kadang-kadang aku terfikir segala perbuatan aku selepas apa yang terjadi selama ini. Tidak mampu untukku mengubah keadaan ini selepas ini terjadi. Tidak mampu untuk ku undurkan masa. Andai sang suria menjadi milikku..tidak terdaya untukku mengubah siang menjadi malam. Malam menjadi siang kerana aku hidup hanya belas kasihan daripada Allah.

Dugaan demi dugaan datang. Walaupun kadang-kadang air mata ini ingin terjun dengan lajunya. Namun, aku tahan demi maruah seorang lelaki. (lelaki mana boleh nangis). Saban hari, ada sahaja rintangan yang terpaksa aku hadapi dan yang terpaksa aku tangani. Walaupun aku bukan sebaik insan..walaupun aku akhlak ku tidak seindah Rasulullah. Aku tetapi cuma untuk mengubah diri dan bangsaku.


Si Dara Cantik Anak Mak Timah,
Terlengok lengok berjalan kaki,
Aku seorang Ketua Pengawas yang lemah,
Tidak mampu berdiri dengan satu kaki.

Banyak impian yang ku ingin laksanakan..Namun, apakan daya. Rakan seperjuangan berpaling tadah. Sokongan semua hilang tiada arah. Terpaksa jua aku berjuang seorang diri. Siapalah aku..seorang ketua yang tidak mampu membimbing sahabatnya.
jom baca lagi

Cabaran Menjadi Seorang Ketua Pengawas Sekolah

Ketua Pengawas Sekolah? Tidak pernah ku impikan jawatan ini. Tetapi demi bangsa dan negara. Aku menyahut cabaran ini. Ketua Pengawas Sekolah? Semua orang boleh memegang jawatan ini tetapi sejauh manakah seseorang itu memainkan peranannya sebagai seorang ketua?

Dalam konteks ini, seorang ketua terbahagi kepada dua sikap.

1. Bertanggungjawap.
2. Lepas tangan atau sambil lewa.

Pertama.

Aku boleh memilih untuk untuk menjadi seorang Ketua Pengawas Sekolah? Bagaimana? Tugas sebagai Ketua ini akan dilaksanakan dengan amanah. "Yakni, ini tanggungjawap aku. Aku kena buat! Andai aku tidak melaksanakannya..pasti aku akan disoal di kubur kelak!" Apa yang pasti, semua arahan cikgu akan dituruti. Pastikan pelajar sentiasa berdisiplin.

Pastikan pelajar berdisiplin? Bagi sesiapa yang pernah menjadi pengawas sekolah pasti tahu feel peragai seseorang remaja. Degil! Panas baran! Melawan! Ya, itulah realitinya. Bagaimana aku mendisiplin mereka? Sebenarnya sukar bagi aku untuk mendisiplin mereka. Apa yang aku lakukan ialah...

Situasi 1.

Tempat: Dewan sekolah.

Barisan pelajar-pelajar berada dalam keadaan kucar kacir.

-apa yang aku lakukan ialah. Aku suruh mereka beratur dengan suara yang lembut dan sopan bagi aku.

" Sila masuk barisan..."
" Masuk barisan gik nun..."
" Oi, masuk barisan laa..."

Selepas aku mengucapkan kata-kata ini. Kesabaran aku telah sampai kemuncaknya.

" Woi!! Sila masuk barisan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" dengan suara yang kuat.

Wajar kan aku bertindak begini? Bayangkan aku seorang? Mereka ramai. Apabila kita lembut.. mereka naik kepala. Kalau tegas, baru mereka tahu tinggi rendah langit dan bumi. Apa pendapat korang. Memang wajar kan aku menggunakan suara yang kuat untuk mengarah segelintir daripada mereka yang menjadi sampah masyarakat? 

Kedua.

Merujuk situasi satu juga. Aku akan buat tidak tahu. 

"Lantak diorang lah nak beratur ke tidak..."
"Mampus gi la!!"

Andai aku bersikap sambil lewa dalam tugas aku sebagai seorang ketua pengawas. Pasti, pelajar-pelajar ini akan bertindak di luar kawalan. Keluar dewan sesuka hati. Hisap rokok dalam tandas dan sebagainya.

***
Aku boleh menjadi seorang ketua yang bertanggungjawap dan tidak bertanggungjawap tetapi guru melantik aku untuk menjaga disiplin sekolah. Memastikan pelajar mengikut peraturan sekolah,kan? atau.. aku tidak tahu tugas apa yang perlu aku lakukan sebagai ketua pengawas? Entah la.

Sebenarnya banyak persoalan yang bermain di minda aku. 

" Tidak apakah aku menjerit terhadap pelajar itu?"
" Tidak apakah aku menahan pelajar itu?"
"Tidak apakah aku menguatkan suara aku suruh pelajar beratur di hadapan guru?"

Inilah persoalan yang bermain di minda aku. Aku takut andai guru fikir aku ni gila kuasa ke apa ke. Tidak, aku tidak sama sekali gilakan kuasa. Aku cuma ingin membetulkan bangsa aku. 

Dulu, di sekolah SMK Kuala Balah. Hanya guru disiplin lah yang marahkan pelajar yang 'kurang ajar". Bukan pengawas. Dulu, hanya guru disiplin lah yang mengarahkan pelajar membetulkan barisan dengan dibantu oleh pengawas. Yang memaki hamun dan marah terhadap pelajar semua guru. Pengawas hanya mengikut arahan guru.

Tetapi disini..lain. Jauh berbeza. Jujur aku cakap.  Peraturan di sekolah ini masih longgar bagi aku. Pelajar harus bersyukur tetapi sebaliknya. Di Kelantan.. Guru amat tegas terhadap pelajar.. Tetapi di sini...kurang tegas sedikit.

Oleh kerana guru kurang tegas. Bukan aku kata guru di sini tidak tegas tetapi kurang tegas. Jadi, aku sebagai Ketua Pengawas menjadi serba salah untuk "membetulkan pelajar". Aku jadi keliru. Apa yang aku cuba nyatakan disini ialah dulu..aku bertindak atas arahan guru tetapi sekarang aku harus bertindak mengikut keadaan. Faham tak? 

" Betul ke tidak tindakan aku ini?" soal hatiku.

Kadang-kadang aku berfikir... "patut ke aku bertindak tegas terhadap mereka". Entah laa....
Kadang-kadang kalau aku ikut kata hatiku....

" Biarkanlah mereka..."

Pasti mereka tidak akan menjadi manusia yang berdisiplin......

Nota: Jauh berbeza bangsaku di sana dengan bangsa mereka di sini... dan aku tidak mampu mencorak mereka..... Aku bukan mengeluh tetapi aku mempersoalkan tindakan aku sama ada betul atau tidak?
jom baca lagi