Saya Tak Balas Komen Awak Bukan Sebab Saya Sombong Tapi....

Awak...maafkanlah saya awak. Awak kata saya sombong ek? Sebab apa awak? Huh? Sebab tak balas komen awak kat blog saya. Maaf la awak..saya tak dak niat pun nak balas komen awak. Eh! Saya tak dak niat pun tak nak balas komen awak cuma saya bajet sibuk ni. Iyalah. Masa saya depan laptop pun kurang awak. Saya bukannya seperti awak duk memanjang depan laptop ni. 

Saya ada komitmen lain tauu. Tuu ha! Anak kat rumah perlu dijaga. "Bini" perlu diberi belas kasihan. Saya kena la bahagikan masa. Tak apa. Nanti lepas SPM..saya terjah blog awak..Saya komen banyak-banyak. Jangan pula awak terkejut sampai terputus urat kentut terima komen saya. Nanti susah saya nanti...

Awak sabarlah ye. Tak balas komen bukan bermakna sombong. Saya kemaskini entri pun jarang-jarang dah nie..Saya cuma buat apa yang patut je. Saya lawat awak tapi saya tak komen. Takkan la awak cerita pasal kisah peribadi awak..saya kena komen..tak manis la orang cakap..kan awak?

Hehe..kalau saya komen. Saya komen entri umum je kat blog awak. Kalau komen kat entri peribadi awak pasal awak dan pakwe awak. Nanti awak nangis pulak. Iyalah..saya kutuk pakwe awak tak hensem. Mesti awak marah, kan?

Ok lah awak..dalam dunia blogging ini perlu bertolak ansur..jangan kecil hati ye. Besarkan hati awak. Tenangkan jiwa.. InsyaAllah awak dan saya akan berjaya menjadi blogger yang hebat. Hebat dari segi mana? Hebat dalam penulisannya yang penuh erti... 


8 comments:

izwanyusof berkata...

jiwang kah ini ?.. hehe

Siti Fatimah Fuzz berkata...

anda kena tag...
http://eimah2328.blogspot.com/2011/02/giveaway-kami-melita.html

tengkorakemas berkata...

awak jgn risau ye..saya tak kisah pun, saya tahu awak sibuk nak spm..awak kenala pandai bahagikan masa tau XD

(erk..sat nak p tandas)

Imran nyambek berkata...

takpe..ikut je suke lu

aienzunnur berkata...

oh yeke?

saya tak kisah pun..hahaha..

::wan fadhilah:: berkata...

hahaha.. ada jgk mcm ni.. emm.. xpe2, fokus pd bnda yg penting dulu..

mzhany berkata...

akak dah lama tak komen, hihihi

AMOI KUSUT berkata...

owh.
study smart ok, not hard.
keep it up!
: )

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??