Eh! Blogger, Jom Guna Bahasa Kebangsaan Kita

Apa itu Bahasa Kebangsaan kita? Barang sesiapa yang tidak tahu memang tak patutlah. Tak tahu ke? Buang kewarganegaraan je la. Jadi Nepal. Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu tetapi apa yang diajar di sekolah ialah Bahasa Malaysia yang telah diolah dan dipernalkan sejak tahun 90-an lagi kalau tak silap aku.

Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia amat berbeza! Jadi, Bahasa Kebangsaan itu apa? Mungkin Bahasa Kebangsaan kot kerana cikgu ku ada berkata. "Gunakanlah Bahasa Kebangsaan, jangan guna bahasa negeri". Jadi, di situ kita faham bahawa Bahasa Kebangsaan itu Bahasa Malaysia.  Aik! Selama ni tak tahu ke?

"Eh! Blogger.. Hurm, sat! awat aku duk guna 'eh!' ni. Iyo la. Sebenarnyo,kalu nak guno "Oh!" nanti Oh! Media marah kat den. Mampuih den.. Kalu keno nampar dua dah pun sedak... Haha! "

Ha! Ayat kat atas tue..aku guna Bahasa Melayu. Loghat campur-campur. Itu bahasa Melayu. Bahasa Kebangsaan pula bagaimana?

" Eh! Blogger.  Kejap! Kenapa aku menggunakan perkataan 'eh' pula? Sebenarnya, kalau nak guna perkataan "Oh!" nanti Oh! Media marah kat aku. Mampus aku. Kalau kena tampar dua kali pun seronok. Haha!"

Nampak tak perbezaan di situ? Faham tak? Kalau tak faham, cukup cukuplah makan semut. Hehe..

Jadi, aku harap blogger-blogger di sana gunakanlah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Diulangi, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu sahaja! Bukan bahasa rojak! 

" Yang rojak pula macam mana Prof Amir Izzat?"

Yang rojak.... " First for all, i nak ucapkan trima kasih kt u ouls yg sudi singgah i punya blog. I terharu giler-giler. So now, i nak blanja u ouls penampar dan terajang satu kali. Pakej! Ada yg tanya i tadi, sihat ke? So far so good."

Ha! Macam tu kot contohnya...korang tentu faham kan..Iya lah, semua blogger kan pandai...Aku percaya korang boleh bantu Bahasa Melayu ataupun Bahasa Kebangsaan kita diangkat dan julang...boleh kan?? Hehe! Mesti boleh punyer!!!!

7 comments:

kaizen shinobi berkata...

so far so good.... i can tampar and give you penerajang can r? ngeh3

akubiomed berkata...

Cuba guna tatabahasa yang betul dengan sebaik mungkin cuma ada sesetengah bahasa IT ada masalah sedikit

tengkorakemas berkata...

begitulah hendaknya dalam usaha kita sebagai penulis laman blog untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebaik mungkin. Ia tidak sukar. Hanya perlu dijadikan kebiasaan ketika menulis. Tetapi mungkin tiada salahnya jika sekali sekala mahu memvariasikan penulisan terutama jika ianya bercorak peribadi.

-Prof TE

bardboo berkata...

kalau nak rojak sekali-sekala pun xboleh ke prof? hehe..

Jom Lawat Blog Bardboo
Make Your Own Personalized Gifts Here

WanFadhilah berkata...

sama2 menuju ke arah kebaikan. tpi nak lepaskan bahasa melayu cam susah sikit. tpi akan cuba jugak la untuk menggunakan bahasa malaysia sepenuhnya.! gud3!

Tanpa Nama berkata...

nice entry...
tapi kadang2 pening gak nak susun ayat lam bhsa melayu....hii..
tapi nie pendapat saya je.....

Kama Irahsa berkata...

MODE BAHASA KEBANGSAAN : ON

Saya menyokong penuh penulisan saudara. Memang rata-rata generasi muda tidak tahu menggunakan bahasa kebangsaan kita dengan betul. Malah, ada yang mengatakan untuk membuat karangan dalam Bahasa Malaysia pun memerlukan Kamus Dewan. Orang Melayu pun gagal berbahasa Melayu. Apatah lagi mereka yang bukan Melayu. Sedih saya memikirkannya.

MODE BAHASA KEBANGSAAN : OFF

gitu la aku nk komen skit2 psl bdk2 zmn skrg ni. rs nk kaki pun ade. nk buat esei bhasa melayu pun ssh sgt. smpai nk kena beli kamus. oit, ni bahasa melayu kot. bkn nk buat karangan dlm bahasa urdhu. cis!! ter'emo' plak. hehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??