Aku Menyesal Tak Belajar Bahasa Arab..

Dulu..masa aku mula-mula masuk tingkatan satu di SMK Kuala Balah, Jeli Kelantan. Aku ditempatkan di kelas 1 Abid. Masa tu, pelajar yang masuk kelas 1 Abid diwajibkan belajar Bahasa Arab. Bahasa Arab ? Apa tue? Selama ni tak pernah pun aku belajar.

Maka hendak dipendekkan cerita. Semasa sesi pembelajaran Bahasa Arab. Ustazah yang mengajar pun tanya aku memandangkan aku ni pelajar baru.

" Ma ismuka??"

Huh? Apabendanya tu? Aku terpinga-pinga. Perkataan ini belum pernah aku dengar seumur hidup aku. Lepas tue, aku dengar satu suara. " Shh..siapa nama awak laah"

Ohh...barulah aku tahu "ma ismuka" itu maknya "apa nama awak.." . Lantas aku pun jawaplah " Er..er...Amirull.." dengan gagapnya tetapi selepas itu aku pun belajarlah menjawap dengan cara yang betul. Jawapannya ialah " Ana ismi Amirull Izzat".

Senang betul Bahasa Arab. Tiga tahun aku belajar Bahasa Arab bermula daripada tingkatan satu sampailah tingkatan 3. Tapi sayangnya, aku tak bersungguh -sungguh belajar sebab aku fikir Bahasa Arab ini susah. Aku menyesal sekarang. Bila dengar orang bercakap Bahasa Arab. Terdetik dihati ingin bercakap Arab tetapi itulah..benda yang lepas. Namun, insyaAllah kalau ada kesempatan aku akan berusaha untuk belajar Bahasa Arab ...bahasa syurga.

Perkataan yang aku ingat ialah  " Man jadda wajada, waman zaraa hasada" Usaha itu tangga kejayaan kot maknanya...Menyesal..menyesal...mesti korang pun pernah alami???

8 comments:

faRaH berkata...

nice! xpe, nanti msuk laa UIA klu nk blaja arab lagi ;)
nway, f5 kan? gud luck!

cikgu isza berkata...

sekarang bahasa arab dah diajar bermula dari tahun satu..
alhamdulillah along terang hatinya.. senang jer dia kuasai..
masalahnya bila dia tanya akak.. macamana nak jawab?
akak tak pernah belajar pun...

Muhamad Amirul Bin Omar berkata...

aku masa form 1 je belajar b.arab...form 2 turun kelas....hahaha

tengkorakemas berkata...

aku pernah juga rasa mcm ko dulu..lebih2 lagi bila lepas alam persekolahan still bahasa arab juga yg aku jumpa..lagipun bahasa arab bahasa al-Quran, walaupun sejauh mana aku lari masa sekolah dulu bila masuk kolej universiti al-Quran juga yg aku jumpa..

Alhamdulillah..kita terus pandang ke hadapan pula

Anwar Naim berkata...

man jadda wajadda..sapa yang berusaha dia yg dapat..

kasih berkata...

tu la. akak pun dah mnyesal. dulu belajar B>A tak serius, klu tak memang dah ngaji kat egypt skang. heee.

Ustaz berkata...

kalau nak belajar balik boleh je..hubungi no ni 017-9413580. xpayah susah ke pusat tuisyen belajar je dekat rumah.. cas pun berbaloi orang kata mampu...

Ustaz berkata...

kalau ada kemahuan disitu ada jalannya.. sila hubungi no tertera 017-9413580 untuk belajar Arab dirumah.. bahasa arab bahasa Quraan pertuturan syurga..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??