Hans Hanis Contest : Gunakan Imaginasi Anda

Situasi 3: 

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Tenggelam Timbul. Tinggallah seorang jejaka bernama Hans dan emaknya bernama Mak Limah. Sejarah nama Hans agak unik sekali. Begini ceritanya, ayah dan emak Hans amat meminati filem Bollywood. Cakap saja artis Bollywood yang terkenal. Antara artis Bollywood yang paling diminati oleh si ayah ialah Shah Rukh Khans. Emaknya pula meminati Kareena Kapur.

Jadi, semasa pendaftaran nama bayi. Doktor bertanya kepada Mak Limah.

" ..makcik nak letak nama anak makcik apa???"

" ...Hurm, makcik rasa makcik nak letak nama Karim Kapura lah sebab makcik sangat minat kat Kareena Kapur. Boleh ke?"

"Hish! Awak nie..sudah buang tebiat ke letak nama pelik macam tue? Macam ini lah dokor. Doktor letak sahaja nama Muhammad Hanis. Hanis bermaksud berani. Jadi, pakcik nak anak pakcik nanti jadi seorang yang berani" celah Pak Mail.

Maka tercatalah nama Muhammad Hanis dalam kad pengenalannya hingga sekarang. Tetapi, mak limah yang memang peminat cerita Bollywood tegar amat sukar untuk menerima kenyataan itu lalu memanggilnya Hans yang bunyinya sama macam Shah Rukh Khan. Hans juga amat baik maknanya dalam Islam.

Sehari berganti seminggu, seminggu berganti sebulan, sebulan berganti setahun. Maka, dewasa lah si Hans yang dahulu kecil dan comel tetapi kini seperti remaja lain yang sudah berbulu di ketiak, kemaluan dan rambutnya.

Maka hendak diceritakan bahawa Hans adalah seorang jejaka yang sangat anti dengan serangga - serangga seperti semut, nyamuk, lalat, labah - labah, lipas dan sebagainya. Pantang sahaja berjumpa pasti mati mereka dikerjakan oleh Hans. Pada suatu hari serangga - serangga ini telah membuat satu mesyuarat untuk menghalang tindakan Hans yang sangat keterlaluan terhadap mereka. 

Mesyuarat itu melibatkan Ratu Semut,  Laksamana Geng Semut Kampung Tenggelam Timbul, Ketua Angkatan Tentera Semut Batalion 19, Bendahara, Bentara, Ketua Angkatan Tentera Nyamuk, Ketua Angkatan Tentera Lalat, Ketua Angkatan Tentera Labah-Labah, Ketua Angkatan Tentera Lipas dan  Pak Semut Mail serta ketua segala jenis serangga yang ada. Siapa Pak Semut Mail? Pak Semut Mail adalah seekor semut yang berdedikasi dan baik hati. Apa yang istimewa pada Pak Semut Mail adalah kerana dia satu satunya semut yang baik istimewa hubungannya dengan Ratu Semut.

Mengapa hanya Ratu Semut sahaja yang hadir? Hal ini kerana semut lah satu-satunya serangga yang dipuji oleh Allah didalam Al-Quran maka sebab itulah kedudukan semut agak istimewa sedikit berbanding serangga lain.

Maka bermula lah mesyuarat itu pada jam 8.00 malam bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah yang mana tarikh ini amat penting sekali iaitu pada 12 Raibulawal inilah lahirnya seorang Nabi akhir zaman yang terulung.

Mesyuarat ini dimulakan oleh Ratu Semut.

"Assalamualaikum wbt. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita hidup di muka bumi Allah yang fana ini. Wahai sekalian hulubalang yang ada.  Tahukah kamu akan perilaku manusia yang bernama Hans yang agak kurang ajar dan tidak berperikemanusian yang telah menganggu kehidupan kita semua? Mahukah kalian membenarkan beta berjumpa dengan si Hans dan menampar dan menerajang sebijik dua ? Ratu berbicara dalam keadaan beremosi.

Laksamana Semut berkata  " Jangan tuanku! Tindakan itu agak berbahaya sekali. Pada pendapat patik. Biarlah patik yang pergi seekor diri berjumpa dan berbicara dengan Hans yang tak dengar kata itu."

Kemudian berkatalah Ketua Semut yang diangkat menjadi Ketua Serangga.

" Biarlah kami semua menyerang Hans dengan kepakaran yang kami ada. Tentera Semut boleh menyerang bekalan rumah Hans agar dia mati kelaparan. Lalat pula boleh menyebarkan kuman yang akan menyebabkan Hans cirit birit. Labah-Labah pula boleh membuat sarang-sarangnya dan menyemakkan ruangan rumah Hans. Lipas pula boleh berak di merata-rata tempat dan berkeliaran di dalam rumah Hans agar Mak Limah dan Hans geli geleman. Harap-harap tuanku perkenan."

" Oh tidak! Tindakan tuan hamba sekalian amat durjana sekali dan amat memalukan kita yang diciptakan Allah untuk berkasih sayang serta saling mengenali. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan pula kita yang kerdil ini. Patik tak bersetuju tuanku. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita pergi tarbiah budak Hans ini agar dia cepat-cepat la taubat." sampuk Pak Semut Mail.

" Argh! Patik bangkang tuanku! Manusia zaman sekarang kejam! Tidak berperikemanusian. Buang anak sana sini, bunuh orang sesukati hati, dan tiada belas kasihan terhadap binatang mahupun manusia!! Begini manusia yang Allah jadikan khalifah di muka bumi ini?? Patik rasa kita ikut saja cadangan Ketua Semut itu!!! - balas Ketua Nyamuk yang teramatlah marah akan Hans kerana Hans pernah membunuh ahli keluarganya. 

Semua serangga bersetuju dengan cadangan Ketua Semut kecuali Pak Semut Mail.
Memandangkan suasana semakin tegang. Maka, berkata katalah Ratu Semut dengan madah yang bijaksana apabila emosinya stabil.

" Bawa bertenang semua. Pada firasat beta, beta rasa lebih baik kita ikut saja cadangan Pak Semut Mail kerana beta rasa cara itu sahajalah jalan yang lembut dan tidak memerlukan kekerasan. Ingat! Kita ada pegangan dan agama yang kukuh. Tak semua perkara perlu dibalas dengan kekerasan. Beta rasa andai kita pergi tarbiah Hans hari maka akan berubahlah si Hans itu. InsyaAllah. Jadi, kita ikut saja cadangan Pak Semut Mail."

Maka, pada setiap malam Jumaat. Datanglah seekor demi seekor semut di tepi telinga Hans untuk mentarbiahkan si Hans agar berpada-padalah membunuh serangga yang juga ciptaan Allah.

Semut 1: Wahai Hans! Cukuplah Hans. Bawak bertaubatlah. Sudah-sudahlah bunuh serangga yang tak berdosa. Kami buat tugas kami, kau buat tugas kau.

Semut 2: Oh Hans! Ko nie pekak ke bangang? Sekolah ke tak? Cukuplah...kalau kau beli DVD cerita Hantu Kak Limah pun bagus juga daripada kau beli penyembur serangga tu. Hantu Kak Limah lawak giler beb!

Semut 3 : Hans! Awak nie..menyusahkan betul lah! Lebih baik awak buat blog. Lepas tu, tulis je la apa-apa yang awak suka. Tinggalkan saja hobi membunuh serangga.

Nyamuk 1: Nyiang...nyiang... saya..nyiang...nyiang...nak..nyiang..awak..nyiang...berhenti...nyiang..nyiang...bunuh...nyiang..nyiang...serangga.. dosa tau.

dan sampailah ke serangga yang terakhir..... tetapi si Hans ini masih belum berubah. Entah mengapa dimana silapnya kata-kata serangga itu. Hans masih juga seperti dulu. Makin hari makin menjadi jadi sikap si Hans itu. Habis serangga dibunuhnya. Kesian sungguh.  Maka tamatlah cerita ini. Penulis juga berasa penat sekali...lalu terlena.. 


Di dalam mimpi penulis itu. Muncullah Pak Semut Mail dan berkata " Apa kena dengan hang ni..awat hang tak tulis je yang Hans lepas tu jadi baik dan soleh? Jadi, cerita ini ada penamat yang ceria"

" Huh?" penulis bangun terpinga- pinga. Lalu menyambut balik cerita " Hans dan Kaum Serangga.."

"....maka tamatlah kisah itu dengan bermulanya kehidupan yang jauh lebih baik dalam diri Hans dan Hans mula berubah dan tidak lagi membunuh serangga sesukahati kecuali terdesak. Itulah faedahnya menggunakan kelembutan dalam menasihati seseorang. Selepas itu, Hans mula berjinak dalam dunia blogging dengan penulisan yang mantap dan penuh bermakna untuk tatapan semut dan manusia. Hanpunyablog adalah nama terbaik yang dipilihnya yang bermaksud blog itu dia yang punya bukan bapak aku yang punya. Sekian terima kasih."

Pada masa yang sama,gemparlah satu berita dalam kalangan kaum serangga bahawa Pak Semut Mail itu sebenarnya jelmaan Ayah si Hans yang memiliki kuasa luar biasa dan Ratu Semut itu sebenarnya Lisa Surihani. Maka, terkejut beruk lah kaum serangga dan tak percaya akan berita ini namun itulah kenyataannya...

Rupa-rupanya Lisa Surihani itu calon menantu ayah Hans. 

" Macam tak percayalah... Macam mana Lisa Surihani boleh  syok dekat Hans ni? Aku dah lama dah minat kat Lisa...Oh Lisa..." madah Laksamana Semut yang kecewa jiwa dan raganya......

Penulis juga kelihatan tertekan kerana Lisa Surihani itu pernah menjadi pujaan hatinya kini tidak lagi kerana Lisa curang! Dan kesemuanya serangga jantan juga tertekan dan kecewa bahawa Lisa itu menjadi milik Hans... 


Selepas beberapa tahun, serangga jantan kian pupus kerana mati kesedihan dan serangga betina mula merancang untuk menyerang Lisa Surihani.


Hans kemudiannya mendapat khabar tersebut..dan apakah tindakan Hans untuk menyelamatkan Lisa Surihani? Tunggu sambungan tahun hadapan.






Tamatlah ceritanya.....

***

Aku sedang buat cerita untuk Hans Hanis Contest. Marilah sertai sekali. Hadiah pun menarik. Jujur aku cakap, aku tak pandai menulis cerita. Haha!




Syaratnya ialah...

Hadiah pun menarik. Nak tahu? Jom ke sini.

Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-

2) Adzlan (RM20) 
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

7 comments:

hans berkata...

hahahahahaaha
berbelit - belit cerita ko
tapi macam2 ada
daripada lawak, serius dan keagamaan pun ada
hohoho
nice entry
moga berjaya yer
(^_^)Y

P/S : Jangan lupa letak banner contest dekat sidebar kanan blog kamu yer..dan sentiasa alert dengan nama penaja2 baru untuk contest ini..thanks again coz support my contest ^_^Y

NurAfirah FieSwief MdLatif berkata...

saya..nyiang...nyiang...nak..nyiang..cakap..nyiang...cerita...nyiang..nyiang...awak...nyiang..nyiang...mengarut tp kelakar!!.. hahahahhahaha.

hahaha.. still dlm mood klakar lg... nice story wlopn ending die blh dikatakan xde.. cz kne smbung lg kn... :)

tp ade ciri2 islamic n beri pngajaran.. best2.. :)

gud luck ea amir!!!

iEra NaDiRa berkata...

panjang sungguh ceritanya... 0_o

akubiomed berkata...

Haa..haa..memang kelakar pandai pada penghujung semuanya berubah menjadi baik.

alexa yussida berkata...

fuhhhh..panjangx gilax...:D

all the best yaa:)!!

Sya Isya berkata...

wow! banyaknyer idea nak mengarang good luck eh.

Jue berkata...

wah mcm cite dlm cite
mnarek nie
siap ade sambungan lg

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??