Blog Ini Perlu Ada Identiti

Bismillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt.

" Sungguh lebat hujan diluar, entah jadi atau tidak rancangan ku hari ini. Harap-harap hujan ini menjadi rahmat untukku"



Aku bangun seawal jam 6 pagi. Kali ini tidak seperti sedia kala,aku tidak dapat melelapkan mata seperti kebiasaan hari dengan tidur hingga ke tengahari. Hari ini aku bangun, mandi dan solat. Ternyata aku ini anak yang soleh. Hehehe!

"Guruh dan kilat sambung menyambung bagaikan tidak mahu berhenti.."

Seperti hari-hari lain yang dipenuhi dengan warna-warna kecerian. Awal pagi lagi aku sudah mengadap laptop. Biasalah la kan. Zaman sudah berubah, dunia sudah maju. Tidak seperti zaman dahulu. Bangun pagi, solat dan terus buat kerja-kerja tolong mak ayah di bendang ataupun di dapur. Tetapi budak zaman sekarang? Lu pikir lah sendiri! :)

Pernah tak dengar lagu ni? - "Budak-budak zaman sekarang ramai yang cacat otak..bodooh! Ada yang pakai tudung tapi nampak pusat..bodooh!" 

Lupakan.

Sebagai seorang blogger tentu aku memikirkan apa topik yang hendak aku bincang kali ini. Blog ini blog peribadi jadi aku boleh la bercerita pasal diri aku,kan? Tapi siapa yang nak tahu pasal kisah aku? Hehehe! Syok sendiri la gamaknya.

Jadi, aku menaip satu kisah.



Pertama:

Zaid salah seorang remaja yang mengikuti perkembangan teknologi dan Zaid juga seorang lelaki. Asalkan ada saja gadget baru di pasaran. Pasti Zaid akan meminta ibubapa untuk membelinya. Tidak hairanlah segala tuntutanya selalu dipenuhi kerana Zaid merupakan anak tunggal. (ini kes family planning. Hehe!)

Selepas itu....Hurm... Ok! Aku terhenti di sini. Apa yang hendak aku ceritakan? Begini, melalui kisah di atas aku cuma hendak cakap yang Zaid ni suruh bapak dia beli lah satu komputer baru untuk dia berblogging. Selepas itu, dia buat blog tetapi tak dak identiti. Kemudian, blog dia pun hancus. Hahaha! Tetapi tak boleh..aku rasa pembaca aku tak akan faham.

Jadi, aku terus menaip lagi.

Kedua:

Seorang blogger haruslah mempunyai komitmen yang tinggi dalam kerjayanya tidak kira sama ada sambilan atau sepenuh masa. Sikap yang jitu harus ditunjukkan supaya sesebuah blog itu mampu berkembang dan dikenali ramai. Selain itu, sesebuah blog haruslah mempunyai identiti tersendiri supaya pembaca mengenalinya kerana kehebatannnya itu namun kita sebagai blogger haruslah mencari kehebatan diri kita dahulu.

Teeeet! Nampak macam skema la pulak? Aku cuba untuk menulis cara hebat agar pembaca sentiasa ingat aku. Jadi, aku cuba cara ini.

Ketiga:

Semalam, selepas gua terbaca blog Cikgu Dahlia. Gua terfikir la. Apa nak jadi dengan blog gua. Entah nanti anak cucu gua dapat baca tak blog gua. Gua termenung bagaikan seseorang yang baru sahaja ditinggalkan kekasih. Hendak saja gua hantukkan kepala gua ke dinding tapi tak boleh......sebab gua belum kahwin beb! Nikmat perkahwinan itu lebih besar daripada blogging. Hahahaha! Selama gua berblogging sudah setahun ini, ( Eh! sudah masuk setahun laa) gua masih keliru identiti. 

Apa nak jadi gua  ni tapi gua tak mahu habiskan beras mak bapak gua dengan hidup di muka bumi Allah ini. Jadi, gua perlu ada identiti sendiri. Gua nak lu orang kenal gua. Kalau gua tak kenal lu orang, sila bagitahu mak bapak masing-masing.  Hahaha!

Gua terhenti...

"Terhenti dari apa pulak?"

Terhenti menaip. Kalau ada TER, maknanya tak sengaja.  Sebab apa TERhenti? Sebab aku rasa pembaca aku tak boleh terima penulisan aku begini. Macam mana ni...Macam mana hendak hasilkan sesuatu karya yang dapat menyentuh jiwa pembaca? Tak kan la aku nak menulis kisah putus cinta. Hahaha!

Baiklah. Aku berhenti menaip lantas memikirkan konklusinya.

1. Kalau kita ada blog, kita kena berusaha supaya blog kita dikenali ramai.

2. Kalau sudah ada blog, biarlah kita ada identiti masing-masing supaya pembaca akan ingat kita bila-bila.

3. Kalau kita ada blog, kita kena paksa pembaca suruh baca blog kita sebab kadang-kadang pembaca tak mengerti bahawa kita sayangkan mereka. Hahaha! Sila muntah.

4. Kalau kita ada blog, kita janganlah kondem blog orang lain. - Wa pun cari makan ma.

5. Kalau kita ada blog, kita kena lah jaga adap dan tatasusila. Jangan dengki!!!

6. Kalau kita ada blog, kita kena hasilkan karya yang hebat barulah boleh menjada pendapatan bukannya buat blog sebab dengar Red Mummy dapat duit berjuta-juta. - Aku pun dapat lah. RM50 = RM4**, Nuffnang kasi maa.

7. Kalau kita ada blog, kena kena ambil hati pembaca. Bukannya pi belah dada dia. Bukan! Tapi tarik hati dia. Argh! Susah nak cakap..Korang belajar BM, tentu faham lah.


Makan satey pagi-pagi kan best.


Nota: Aku bukan otai. (ayat merendah diri). Hahaha! Kita berkongsi apa yang kita tahu, bukannya simpan buat pekasam!

3 comments:

ISZA berkata...

salam amir, bila terlalu kejar traffik ramai yang hilang identiti.. akak rindukan coretan mereka yang dulu tapi..

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

aku sgt2 setuju mir...identiti penting..bro ben pun baru cakap tadi..hehe

akubiomed berkata...

Theme dah cantik. Bro kena gali lagi bak kata kak Ogy. Perlahan-lahan cari niche blog nanti jumpa lah :-) Selamat blogging

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??