Cek Nuffnang Sudah Dihantar..tapi Bila Nak Sampai Ni?

Assalamualaikum.

Apa khabar saudara? Semoga saudara dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.

Fuh! Entri skema!

Tanpa membuang masa lagi. Marilah sama-sama kita berdoa untuk saudara kita di Mesir agar mereka selamat.

Doakan yang terbaik.

Baiklah! Tak mahu cerita lebih. Bulan lepas Amir Izzat ada cashout untuk kali kedua sebab sudah akhir tahun kan. Jadi, selepas sebulan barulah Amir terima email yang menyatakan bahasa cek itu sudah dihantar. 2 hari yang lalu tidak sipa Amir. Sekarang ni Amir sedang menanti dan terus menanti bagai seorang isteri menanti sang suami pulang dari kerja.

Pagi-pagi lagi akan ku jenguk peti surat namun tiada khabar yang menggembirakan. 

Tak apa..nanti sampailah ia..

Pang!!! Haha! Kuat betul aku melayan perasaan. Amir hendak bertanya sikit lah. Agak-agak korang yang pernah cashout. Berapa lama kah cek Nuffnang akan sampai selepas email pengesahan dihantar? Jawap la kalua korang masih ingat. Hehe! Tak apa lah..Akan ku tunggu..Tetapi jiwaku masih risau kerana sekarang ini musim hujan. Manalha tahu tiba-tiba cek itu terkena ari.. Hish! Naya aku.

Ok! Habis sudah bercerita pasal cek keduaku. Dua hari lepas pada tarikh 30.1.2011 aku pun cashout lah buat kali ketiga. Bukannya apa. Malas hendak simpan lama-lama. Bagus simpan dalam bank..kan?

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sentiasa memberi peluang untuk pelajar seperti aku merasai duit yang datangnya bukan dari mak bapak. Tetapi ingat! Walaupun ia sesen, ia tetapi duit dan amat sukar untuk diperolehi. Memang sukar untuk memperolehi duit walaupun sesen.

Masih ku ingat dahulu ketika aku bekerja di gerai makanan. Perit memang perit. Bekerja dari pukul 3 petang hingga 12 malam hanya untuk RM15. Ketika itulah baru ku rasa keperitan mencari duit ini. Bukan senang dan bukan mudah untuk mendapat RM15 itu. Walhal untuk mendapatkan satu ringgit kita perlu usaha. Usaha tu usaha juga tetapi dengan cara yang halal. Betul tak? Aku yakin korang pun pernah bekerja sambilan dan rasa peritnya bekerja.

Iklan: Opocot!!!!!!!!! Terkejut beruk aku..Siapa pulak main mercun ni? Bingit...Nasib baik aku tak dak sakit jantung . ( disertai dengan sumpah seranah yang sopan).

Akhir nur khalam, siapa cakap blogging ini siap-siapa? Blogging mampu menjana pendapatan tetapi solat harus dijaga. Makan dan minum pun perlu. Jangan kerana blog habis semua tergadai. Anda tentu faham bukan?

Nota: Buffered Earning ada satu tetapi sebab malas nak update blog BE hanya bernilai dua biji donat. Hehe. Oh ya! Kena cukai ke tak tahun ni? Cukai blogging..hahaha!

p/s: berlagak la blogger nie...... blogger yang bernama Amir Izzat. lalalala!

6 comments:

oktant berkata...

Mungkin esok kot. Kalo tak pun minggu depan. Sebab khamis & jumaat cuti raya cina kan. :)

A.I berkata...

bila aku nak kayo nihhh??
halaa, sedih la cam nih!
tak penah nak masuk duit pong. seminggu singgit lebih jek naik. grr.

Zik berkata...

wah dapat angpau nuffnang nie.. hehe...

Pejuang Kesenian Extreme berkata...

Kerja dapat rm15 je..
murah gila..

Apapun sabar je la,nanti sampai la cek tu..

tengkorakemas berkata...

sampaila tu nanti hehe..usah resah2, ada rezeki syukur Alhamdulillah :)

Ir. Jamal berkata...

Wah..tahniah la dapat slalu cashout earning...jeles je rase..hehe

LIST OF OIL & GAS JOBS

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??