Kaitan Duit Dengan Keinginan



Apabila berbicara soal duit. Bukannya senang hendak dapatkan duit ini. Mak gua seorang guru. Bapak gua seorang tentera. Kaya bukan? Hahaha! Itu diorang yang kaya tetapi gua ni bukannya kaya. Duit? Mana datangnya kalau tak berusaha. Duit? Kalau dengan mengoyang kaki dan mengorek hidung akan bertambah duit dalam akaun bank, dah lama gua buat. 

Sebagai seorang yang beragama Islam, gua kena cari duit dengan cara yang halal. Bukan senang untuk memperoleh duit. Dulu, gua pernah kerja satu kedai ni. Kerja agak berat tetapi gaji hanya RM15? Macam mana? Lu sanggup ke kerja dari pukul 3 hingga 12 malam hanya untuk RM 15 selama sebulan? Kompen lu blah awal beb! Tak tahan. Tapi gua? Sebab gua ada nafsu. Eh! Bukan...sebab gua perlukan duit.

Lainlah gua anak orang kaya.

"Papi...nak duit..."

"Dah seribu ni, pergi la beli gula-gula"

Anak orang kaya lain. Itu dah rezeki mereka. Gua? Gua dan lu semua pun ada rezeki masing-masing janji rajin. Lainlah kalau gua ni pemalas, haprak dan tak boleh diharap. Baik toksah hidup! Menghabiskan berah mak bapak je. Orang putih cakap "No Money, No Talk",kan?

Tapi keinginan gua sekarang membuatkan gua memerlukan duit. Sukar untuk menahan nafsu ini. Bila lihat anak orang main PSP. Gua pun nak. Lihat anak orang ada PS2. Gua pun nak. Lihat bini orang cantik. Gua pun nak. Eeeh! Belum sampai tahap sebegitu lagi. Sekali gua sekeh kepala gua. Alhamdulillah, gua sedar diri lagi.

Sememangnya untuk memenuhi nafsu ini agak payah. Duit...semuanya memerlukan duit. Kadang-kadang gua terfikir. Kenapa matawang Malaysia rendah sangat dan harga mahal? Hahaha! Kalau harga murah, sudah lama gua rembat PS2. Teringin beb! Sejak sekolah rendah lagi. Tapi gua sedar. Gua tak mampu. Gua nak, gua kena usaha bukannya korek hidung je. 

Lu rasa kalau gua hanya duduk bersantai adakah keinginan aku akan tercapai? Gua kena usaha beb! Maka dengan itu, marilah sama-sama lu orang check dompet masing-masing selepas itu sedekah la RM1 untuk gua supaya gua boleh menikmati nikmat bermain PS2. Hahahaha!


Konklusinya, kalau lu ada duit. Lu boleh beli apa sahaja. PS2,PSP,kereta mewah mahupun bini lawa dan gebu. Tapi ingat! Carilah duit dengan cara yang halal bukannya rasuah. (gua perli pihak imigresen yang jual maruah negara, menteri yang amik rasuah dan pihak berkuasa yang tak telus).


5 comments:

ain revival berkata...

duit ! duit !
xde duit susah idup..
ada duit pn xsemestinya senang idup..

hanna berkata...

kehendak je tu..bukan kperluan..bleh postpn..dah ada duit lebh beli byk2..^_^

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

betul mir..aku pun dari keluarga sederhana..adik beradik aku pakai phone tapi mak ayah aku tak pernah belikan utk dorg..ktorg beli sendiri ..nak pape kena beli sendiri melainkan memang benda yg aku nak tu adalah tanggungjawab mak ayah aku ..cntoh buku2 pelajaran...

aku respect ko mir..aku pn dulu pernah kerja kedai makan ..dapat la 20rg sehari...10 sampai 5 petang..hehe

intan berkata...

kesimpulannya..keinginan manusia memang tak pernah habis..
bila kita dah dapat apa yang kita nak, nnt ada je benda lain pula yang kita mahukan..
mcm tu la kehidupan kita kat dunia ni.. :p

WanFadhilah berkata...

tapi itu semua keinginan.. utamakan yg keperluan dulu.. keinginan tu datang kemudian... apa2 pun, nak cari duit biarlah dgn cara yg halal. hasil titik peluh sendiri barulah rasa barang yg kita beli tu begitu berharga.. =)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??