Ini Buku Saya : Koleksi Terpilih Doa Pelajar " Bekalan Untuk Penuntut Ilmu


" Aku kena cari jalan untuk berubah. Aku kena berubah! Aku kena menuntut ilmu kerana Allah! Aku nak jadi orang yang berilmu dunia akhirat!" aku berkata dalam hati.

Lantaran itu, aku mengambil baju sejukku dan memakainya. Ku capai pula helmet KHI RR warna hitam. Dua tiga langkah aku berjalan. Sampailah aku ditempat motorsikal EX5 aku berdiri dengan gahnya. 

Aku mula menghidupkan enjin..

" Mana aku nak pergi nie.. Ha! Bookstore"

Sejurus itu, aku memecut dengan kelajuan 100 km/j yang tidaklah selaju mana pun bagi Mat Rempit tetapi cukup laju untuk budak-budak macam aku ni. Selepas 15 minit, tibalah aku di tempat yang dituju. Aku turun dari motorsikal lalu menuju ke arah pintu Kedai Buku Bookstore..

" Fuh! Sejuknya.." angin penghawa dingin menyamankan tubuh badanku.

Mula- mula aku mencari buku latian Maths dan Sejarah. Selepas aku dapat buku yang sesuai, aku mencari pula buku yang berilmiah.


Lantas ku capai buku ini lalu membawanya pulang. Eh! Lalu membayarnya dengan harga RM14. Jika dikira semua kos membeli buku tadi, sampailah kepada RM40. 

****

Assalamualaikum.  Petang tadi baru sahaja membeli buku Doa Pelajar ini. Aku rasa amat baguslah untuk pelajar Muslim. Kita menuntut ilmu kerana Allah bukan kerana peperiksaan. Niat kena betulkan nie.. Baru sikit je baca buku ni. Banyak doa untuk memudahkan kita belajar. 

AM: Kenapa kalau nak beli buku rasa berat je tangan hendak keluarkan duit? Ada tak makbapak mengeluh kalau anak mintak duit nak beli buku????

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??