Bismillahirahminaarhim.
Assalamualaikum wbt kepada pembaca blog Amir Izzat [dot] com. Sejak kebelangan ini amat payah untuk saya menulis sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca dek kerana sibuk dengan urusan belajar serta masa yang ada ini terhad. Tentu kalian perasan bahawa masa pada waktu sekarang begitu pantas berlalu. Adakah ini tanda kiamat? Wallahualam. Harap-harap sebelum kiamat dapatlah kita kembali ke jalan yang diredhai Allah dan mati dalam Islam serta beriman kepadanya.
Selama ini saya lalai akan urusan akhirat. Saya leka akan dunia yang fana ini. Dua tiga hari lepas, saya habiskan masa pada waktu malam dengan pergi ke masjid. Nanti saya kongsikan ilmu yang saya dapat di masjid. Alangkah indahnya andai kita umat Islam mengimarahkan masjid tidak kira masa. Jadikan masjid itu pusat ilmu seperti di zaman Rasulullah saw.
Saya teringat akan kata-kata " Andai kamu kejar dunia, maka tuntutlah ilmu. Andai kamu kejar akhirat, tuntutlah ilmu dan andai kamu mengejar kedua duanya, tuntutlah ilmu."
Andai faham bukan bahawa ilmu itu penting untuk dunia dan akhirat? Jadi, sekarang saya sedang sibuk membelajari ilmu agama. Hajatnya hendak mencari seorang Tuk Guru kerana jika belajar dengan buku. Maka syaitanlah akan menyesatkan kita pulak. Saya harap pembaca blog saya ini mendoakan saya menjadi anak yang soleh serta orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Saya juga akan doakan kalian. Terima kasih.
Allahuakbar!! Allahuakbar! Allahuakbar!
* Andai anda tidak gentar mendengar nama Allah, itu bererti anda belum beriman kepada-Nya!
1 comments:
:) bila mendengar laungan Allahuakbar rasa macam nak menangis hurmm ..tmbah2 bila ramai2 laungkan ..fuhh semangat tu mcm hadir ~
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??