Lawak La Blogger Yang Tak Bodoh Tapi Nampak Macam Bodoh Tapi Bukan Bodoh

Nota:

1. Cuba baca dengan hati yang tenang.
2. Setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.
3. Maafkan aku andai aku tewas dengan godaan syaitan yang kadang-kadang akan mempengaruhi tulisan ku ini.
4. Tegurlah aku andai tersilap. Kebenaran itu ternyata sepahit peria.

****

Kadang-kadang bila kita rasa diri kita bagus, kita suka sangat membandingkan diri kita dengan orang lain.

Mamat Lesen L.

" Ekeleh mamat ni. Baru je ambil lesen L? Tak dak klas langsung. Aku dah lesen P laa.."

Restoren baru.

" Haktuih! Makanan tak sedap! Sedap lagi aku masak. Apa da punya restoren/ Chef mana yang masak ni?" keluh Chef Matimatitaklamalagi.

Blogger baru.

" Blog mende nih? Penulisan macam budak darjah satu! Takdak isi! Hampagas lebih! Hampeh..nyesal aku datang sini." keluh seorang blogger.

Vlog.

Situasi. Si blogger yang baru sahaja mengenali apa itu vlog telah membuat satu vlog lalu dipertontonkan kepada rakan blogger yang lain. Mungkin kerana pertama kali beraksi di depan kamera, perasaan gugup tidak dinafikan. Maka, di dalam video itu hanya ada senyum-senyum malu tanpa isi yang manfaat. Kemudian, seorang blogger pun memberi kritikan yang beliau rasa kritikan itu akan membantu si blogger yang ingin menjadi vlogger bertambah maju. " Weyh, ang dah da blog. Toksah la buat vlog. Dah la takdak isi. Buang masa aku je! Pi tulis baik-baik dulu baru buat vlog. Kompem nak femes je ni..."

***

Jeng..Jeng!

Tahu tak apa itu fitnah? Tahu kan? Dosa menfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Tahu kan? Tapi kenapa ramai yang masih menyebarkan fitnah? Suka sangat menilai orang berdasarkan luaran.

" Ko ni tak ikhlas langsung laa.."

Mana kita tahu dia ikhlas ke tidak? Hanya Allah yang tahu,kan? Jadi, siapa kita nak tuduh dan kondem orang lain? Oh ya! Sebelum itu, aku tulis entri ni sebab aku dengar ada pergolakan yang berlaku di antara blogger.

" Macam budak sekolah je!!"

Iya lah. Akal sudah diberi. Cuma tunggu masa je hendak digunakan. 

" Mana lebih baik, menegur atau menasihat??"

Lu fikir sendirik.

Kadang - kadang aku terfikir,mereka yang jadi blogger ni sebab apa? Ingin terkenal? Kejar glamer? Lantas, aku bersangka baik terhadap blogger.

" Mereka yang menjadi blogger ini seorang yang cintakan bidang penulisan lantas membuat satu blog untuk menghasilkan satu tulisan yang bermanfaat buat pembacanya. Seorang manusia membuat blog untuk mengembangkan bisnesnya atau lebih tepat untuk mencari duit bagi menampung keluarga. "

Ya, aku bersangka baik tetapi apa yang aku lihat tidak begitu. Kenapa? Dangkal sangat ke blogger kita? Aku rasa tidak! Blogger Malaysia semua bijak dan ramah tamah serta bersopan santun,kan? Jadi, kenapa dan kenapa kita blogger ini suka sangat menjarakkan ruang yang terjalin dengan hal yang remeh temeh??

" Bro, kalau iya pun hendak menegur. Tegur je secara peribadi. Tak usah menghebohkan kepada seluruh dunia bahawa si blogger itu nampak macam tak bersekolah."

Jadi, apa motif kita(bukan aku) membuat satu entri yang memberi kritikan yang mungkin membina tetapi pada masa yang sama wujud konflik di antara blogger serta memecahkan ukhwah di antara blogger? Bukan ke nampak bodoh tetapi tak bodoh? Itu laa..lawak la blogger yang tak bodoh tapi nampak macam bodoh tapi bukan bodoh...Kan aku dah cakap..blogger Malaysia semua bijak.

Tetapi..aku tak mintak pembaca setuju apa yang aku katakan kerana kadang-kadang bila kita menulis kita rasa kita betul padahal pada pandangan orang lain apa yang kita katakan itu tidak selari dengan pandangan dia,kan? Jadi, lontar pandangan anda. Kalau berani! Dan kalau ada yang terasa, alhamdulillah. Itu niatku. Tetapi jangan terasa sampai "memudaratkan" diri.



Akhirnurkhalam, kita sebagai blogger haruslah mencontohi keperibadian sifat Rasulullah saw dalam menasihati rakan-rakan kita. Berikan dorongan untuk mereka supaya berjaya. Ibaratnya begini,jangan pula kita mencemuh bayi yang baru hendak berjalan sedangkan bayi itu baru sahaja mengetahui macam mana hendak berjalan. Jadi, ajarkan bayi itu cara berjalan sehinggalah bayi itu boleh berlari dan kita juga tumpang gembira lantas ukhwah di antara kita akan terus terjalin sampai bila-bila tanpa ada rasa terkilan. Wallahualam.


***

Kadang-kadang, peristiwa yang berlaku di sekeliling kita mematangkan kita. Dulu, aku pun begitu. Dulu kita setahun jagung tetapi kini kita menjadi jagung namun kita masih memerlukan baja untuk terus hidup,kan? Jadi, itu sahajalah kata-kata ringkas dari aku pada jam 4 pagi ini. Sudah mengantuk. Jumpa lagi.  Assalamualaikum. Semoga kita dilindungi Allah daripada melakukan perkara yang sia-sia. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. 

14 comments:

alexa yussida berkata...

thanks amirizzat!thumbs up!

kadang2 manusia tak matang dalam berbicara,sebab tuh la wujudnya pelbagai isu..:)

Fariq berkata...

aku sokong bab menegur secara peribadi tu..

pendapat aku lak mengenai kritikan or pandangan orang bley usha kat sini ye.Bila Pandangan Orang

Disalah Ertikan
. ni aku buat secara general je.. sebab benda ni bukan je kat dunia maya je berlaku.. kat dunia nyata pun ade gak berlaku.. mcm contoh yg diberikan kat atas tu..

papepon epy blogging n slmt berkenalan.. pestime masuk sini..

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

nice en3.
moga dpt jdik pengjrn tuk stiap org.
berfikir dlu sblum buat pape. ^^

ardinihumaira berkata...

:)
InsyaAllah semakin hari semakin baik dan cemerlang semuanya, amin..

atEhmIes berkata...

betul tu amir....

kat maya ni pun nk gaduh2 ke...isk..tak bess la mcm tu kan,..kalau nak melontarkan pendapat pun biarlah berhemah..jangan sampai menjatuhkan air muka orang lain dah la..:)

Hahazirah berkata...

pening sy baca, tp sy fahamlah apa yg cuba disampaikan. hehee~

http://hahazirah.blogspot.com/2011/02/sikap-saya-kebiasaan-saya.html

tengkorakemas berkata...

Aku bukan nak tegur unit drama sgt..aku nak jelaskan sesuatu di sebalik babak drama..(eh..apsal aku lari topik?baca entri terbaru ki3)

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. berkata...

Mmg la..tulis blog ikut cara sendiri..kdg2 kite nk kasi info..kdg2 juz nak tulis soething happened kat kite..
Kadang2 nak ngumpat..

Pendekar Berkuda berkata...

hehehe... bagusnya dia...


aku suka yang ni...

cayalah~!

aienzunnur berkata...

org lain2 kan..

Fasha ;DD berkata...

memang bagus entri ni.. memandangkan sy budak baru.. (: berilah kritikan membina ~

She's retarded berkata...

macam budak sekolah?
budak sekolah yang immature dan tak banyak makan garam lagi?
budak sekolah yang suka buat entri tak cukup isi?
ala
manusia-manusia yang dah rasa mereka mature serba serbi
tak perlu nak bermasam muka sebab isu vlog ni
kita semua ada pendapat sendiri
ni komen budak sekolah yang tak mature lagi
budak sekolah yang rasa kelakar tengok blogger-blogger ni tak puas hati dan sakit hati sebab isu vlog ni

Anip berkata...

hmm, penerangan bagus nie. isu mcm ni tak perlu timbul. kn2

sicomot-comel berkata...

yeah,,SCC sokong tu...
bila dah kat atas,jgn lupa yg kita pernah berada kat bawah..
dan tidak mustahil kita akan kembali kat bawah semula sebab hidup ni kan macam roda..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??