Termasuk kah Kita Dalam Kategori Blogger Yang Lupa Diri?

Ingat tak masa mula-mula kita berjinak dalam dunia blog? Apa perasaan kita? Masa itu perasaan merendah diri teramat lah tinggi. Almaklumlah ilmu belum cukup lagi. Masih ingat tak rupa blog kita dahulu yang kelihatan agak 'hodoh' dan tidak menarik. Masih ingatkah kita pada entri pertama kita ketika mula membuat blog?

Entri pertama:

"Yeay! Aku dah ada blog...Gembiranya.."

Gaya penulisan ketika itu memang macam-macam jenis lah. Ada yang guna bahasa alien dan bahasa sms ketika menaip sehinggakan pembaca keliru samaada pembaca yang alien ataupun penulis ini berasal daripada planet pluto. Almaklumlah bahasa yang digunakan itu sugar untuk difahami.

" arni ktew nk gi shpping ngan pakwe ktew nak bli sluar dlm yg dh lme xbsuh. ktew bsing sbb brbau sgt jd die sponser ktew 3 hlai sluar dlm yg brjnama Gucci. Ktew rse sronok giler lh dpr pkai sluar dlm ni. Agk slesa dan nyaman."

Agak-agak pembaca Amir Izzat faham tak? Sila jangan marah kalau faham. hehe!

Masih ingat kah kita rupa blog kita yang dahulu???

Semua benda berterabur. Semua widget kita letak. Cakap je la apa sahaja benda yang dijumpai dan kita rasa menarik. Semuanya diletakkan dalam blog. Meriah betul blog dihiasai dengan lagu yang macam-macam lah. Sekali masuk, layan jiwang. Dua kali masuk, "wah! Cromok main.

Trafik dan follower cukup makan je.

trafik blog aku dulu.

Bila kita tengok pada trafik. 

" Sapa la yang nak baca blog aku ni..Harapkan semut yg bertenggek di tepi laptop je la duk jenguk-jenguk"

follower aku dulu. Masih adakah yang kekal?


"Hurm.. sapa la yang nak follow blog buruk macam aku nie..Tak apalah. Janji Ben Ashaari follow." Hahaha! Sikit kan follower dulu?

Masih kah kau ingat ??? Tetapi, bila kita sudah maju dan lama dalam arena ini..makin banyak songeh pulak. -untuk lebih faham lagi. Sila ke sini.(klik ye!)
Bila dah maju. Banyak pulak kerenah dan perangainya. Kalau jumpa blog yang letak lagu mesti ada yang marah punyer sampai buat entri. (contohnya)

" Aku benci blog yang letak lagu!"

Dan..bila blogger yang letak lagu itu membacanya. Maka, jatuhlah jantungnya. "tidak ku sangka blogger yang ku sanjung ini sanggup melukakan hatiku." -sila kutip jantung anda ye.

" Blogger yang menulis bahasa sms macam budak-budak"

Dan..bila blogger yang menulis bahasa sms ini membacanya. Tidakkah dia terasa hati sedangkan dia sudah berumur 40 tahun??

****

Tetapi kenapa dalam setiap penulisan itu mesti ada kata-kata memcemuh? Mengkritk dengan cara yang tidak berhemah? Menulis perkata yang menyakitkan hati.

Kita perlu ingat, tidak semua orang suka dikritik dengan cara yang serkap jarang. (betul tak ayat aku?). Kalau menulis itu, biarlah berlapik. Kalau memberi nasihat itu, biarlah menusuk kalbu. Kalau berblogging itu, biarlah kena caranya.

Ha! Faham tak apa yang hendak aku sampaikan? JANGAN MUDAH LUPA DIRI!!!  Itu sahaja. Hargai  blogger yang baru dah hormati blogger yang lama. Tak kan Melayu hilang di dunia. Eh! Takkan maju andai ada perasaan hasad dengki.

Iklan: Gua letih menaip. Lu seme tolong sambung.
Akhir kata, aku tak mahu cakap papa lagi. Cuma kita berblogging ini haruslah bertimbang rasa dan saling membantu. "Hari ni aku tolong kau. Esok kau tolong aku la pulak ye." Haaa.

Baiklah. Aku nak sambung kerja sekolah yang cikgu bagi ni. Berlambak! Arakian, korang renungkanlah kata-kata aku. Yang buruk datang daripada aku. Yang baik semuanya daripada Allah swt.

P/s: Korang boleh janji sesuatu tak? Tolong doakan aku jadi anak yang soleh dan cemerlang SPM tahun ini. Aku nak lawan adik aku. Hahaha!

Nota Untuk SPM (Sampai Peringkat Mati):

1. Kalau ada typo, sila jangan marah. Gua bizi. Hahaha!
2. Tak puas hati dengan blogger yang memberi nasihat tapi tak kena caranya.
3. Orang berbudi kita berbahasa.
4. Dengarnya, orang Melayu penuh tatasusila. Mana hilangnya ketika menulis?(berblogging)


11 comments:

Norfa berkata...

salam amir izzat..lama tak dengat cite.. heheh..
nice.. tak tau la termasuk ke tak dalam golongan tuh.. heheh=)

hana berkata...

bkn lupe diri la...
mgkin dh ilang ingatan..
tu yg tatasusila sume lupe..
hahah
=D

iqbalhakimi berkata...

aku setuju mir..kita boleh tegur leklok...dulu aku pun letak lagu guna bahasa gedik2..haha..skang dah paham..dah belajar..harap2 "adikk" dalam dunia blog pun akan cepat belajar.. =)

Mr. J berkata...

Blogger Friend 4ever dude.!

kaizen shinobi berkata...

npe mouse aku nih muncul love2? ngeh3

g study sane! wakakaka

Shahrin Oppa berkata...

haha..amir..amir..seluar dalam jenama GUCCI mir??terbaik!!

thx amir sebab ingatkan Oppa..memang btl ape yg amir ckpkan tu..ckp ke??maksud Oppa..Post kan tu :)

Oppa doakan amir berjaya dalam SPM nanti..buat yg terbaik k!!

Alexandriana Alia berkata...

orang tak berbudi, kita 'bahasakanlah'!!

Fitrihadi.com berkata...

kengkadang ada blogger yg dengki dgn blogger lain.. ermm nama pun melayu kan..camna lah nak kikis sifat dengki dalam jiwa orang melayu ni...

mq berkata...

Humble nya entry. Sib baik aku tak mengomel2 kat blog aku. hehe. Good luck SPM! Banyak buat past year,insyaAllah boleh buat.

akubiomed berkata...

Mula-mula dulu biasalah kita masih blur lagi dunia blog apabila sudah buku dan ruas maka blog pun semakin baik

addy saufi berkata...

idop blogger! ;)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??