Apabila Blog Aku Diketahui Oleh Cikgu..

Assalamualaikum,

Straight to the point. Tiada bahasa berkias-kias. Tiada pantun. Tiada pendahuluan atau mukaddimah. Just go to the truth. Ok? Ada blogger cakap kena ada kata kata aluan macam ucapan ketika menulis? Tapi tak apa. Ini kes kecemasan. Haha! Mesti korang tanya, kata alu aluan dalam blog itu macam mana? kan? kan?

Ok macam nie...Kata alu aluan itu kita mukaddimah korang la dalam memulakan sesebuah karangan. Faham tak? Macam korang buat karangan tu..Kalau terus ke isi mana boleh. Nanti kena marah. Dapat la lempang sebijik dua. Hahaha!

Baiklah. Hari ini aku hendak cerita pasal apa ye? Dah lupa pula. Masa menulis ini pun sedang berfikir. Hajatnya nak cari gambar yang berkaitan dengan tajuk. Tapi malas lah. Baik terus fikir nak tulis apa...

Jadi, aku cakap laptop usangku ini yang berjenama ACER (jenama cap ayam ; made in China).

Kisahnya...Aku ada blog beralamat www.amirizzat.com. Mesti korang tahu,kan? Kalau tak tahu..sila sekeh kepala korang sendiri ataupun hantuk kepala ke dinding. Sah! Otak dah senget. Hahaha!

Macam nie... Aku nak bagitahu korang yang ada sesetengah guru nie sudah tahu bawaha aku mempunyai sebuah blog. (aku takmo ngumpat cikgu tu kat sini..kan dia baca...)

Aku cuma nak cakap.....

Apabila cikgu tahu aku ada blog...aku rasa macam...

1. Macam malas nak bercerita kat blog kisah aku sebab aku takut cikgu tau..Hahaha! Nasib baik tak terbongkar segala kisah suka dan duka aku bersama dia.. Hehehe!

2. Aku rasa macam malas dah nak bukak blog ni... tak syioook langsung. Kan heboh satu sekolah apa aku buat kat blog.

3. Aku rasa macam diperhatikan. Aku lebih rela orang lain baca daripada cikgu aku. Hahaha! Korang pun sama,kan?

4. Rasa macam putus asa lah. Ye la, blog ni nak bercerita pasal kisah dan luahan hati yang lara ini (kononya) tapi kalau dah ada pembaca yang terdekat membacanya...kan susah aku nanti kena kaunseling. 

Baiklah..cukup ar...nanti tak pasal-pasal esok aku kena jumpa PK HEM..Naya aku..Haha. Kalau korang nak tambah kutuk pun boleh...kat ruangan komen... Hahahaha!

p/s: Aku tak tipu..

11 comments:

iqbalhakimi berkata...

hehe..rilek mer..aku pun dah ramai yg tahu..lecturer pun sama =P

Nur Mudrikah berkata...

sy pun terasa cam malas nak update bila ada budak laki cosmate sy tahu kewujudan belog sy..huhu..

tengkorakemas berkata...

ko relax je, banyakkan isu pasal disiplin sekolah :D

DKosongLapan berkata...

habeh leee.....semue rahsia amir cikgu2 tau nanti

cikgu isza berkata...

cikgu yang ni dah lama tau?
:D

Mohd Nasri Md. Nasir berkata...

kalau jenis cikgu bahasa tu..
teruk r kena kalau blog jenis banyak shortform..hahaha

wanie m'nJ berkata...

amir,ang form brp ni???musykil plak blogger terhebat ni kanak2 ribena lg..hahaha!!sama la,aku pun x sukak klu org2 terdekat bc blog aku.thats y aku lg suka x link kan blog kat fb ke..konon mls nak kepoh2...hahahahah.

iEra NaDiRa berkata...

my blog baru saja telah diketahui oleh rakan2 sekolah.. memula takde pape.. tapi lama2 rasa tak selesa lak.. nanti nak tulis pape kena hati2 lak takut diorang baca.. hehehe.

p/s: Meh jawab 4 soalan kacangg petik jari jerkk kat sini! ;D

Laili berkata...

cikgu Laili dah lama membaca blog Amir ni :)

apyzs berkata...

wat private blog je la....hehe

Tanpa Nama berkata...

i am a teacher.n accidentally i found my student's blog.then i told him.know wut?on d same day perfectly d time i go back to my desk,open my laptop.the blog is not found anymore!mayb he choose to change his blog name haha.no need to be scared,we teachers are human as well we were like you too :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??