Misi Kuruskan Badan

Nampak gemuk kan?
Kurus? Siapa tak mahu kurus? Cuba tanya orang gemuk macam aku. Nak kurus tak? Mestilah. Cuba tanya kepada nak kurus? Sebab orang gemuk ni selalu dipandang rendah. Cuba tanya kenapa orang gemuk selalu dipandang rendah? Sebab pemikiran masyarakat yang tak berkembang lagi bangang. Betul tak? Hehehe!

Kalau badan besar tetapi sihat tak apa..Macam mana pula kalau badan besar@gemuk tetapi tak sihat. Jadi, mestilah kena sihatkan badan ye. Ada orang cakap...jangan kuruskan badan tetapi hendak sihatkan badan... Baiklah...aku tukar nama misi ini dengan nama Misi Menyihatkan Badan. Amacam? Tapiii...nak kurus. Hahaha!

Dengan berat badan 85kg ini aku kelihatan agak tidak hensem. Huhu..Sudah la tak hencem...gemuk pulak tue...Rasa down giler ah... Hehehe! Tak da la. Tak de maknanya rasa keciwa. Sebagai atlet olahraga di sekolah. Aku kena jaga kesihatan tubuh badan aku dan gaya pemakanan aku. Jadi, disamping menjaga badan, boleh la aku kuruskan badan. Misi aku.. Kena turun  5kg dalam bulan ini. Kalau tak turun 5kg..5 gram pun cukup la. Hehehe!

Oh ya, cuba teka aku main apa dalam olahraga? Huh? 100 meter? Gila bapak... Kalau aku ambil 100 meter memang bergegar la padang. Hahaha! Aku sebenarnya ambil acara Melontar Peluru... Tahun lepas dah kalah dalam MSSM Zon Kuching. Tahun ini nak bawak balik satu pingat...Besar harapan ni..

Benda yang aku nak buat esok sempena Misi Kuruskan Badan.

Senaman.

1. Pagi esok jogging sekeliling taman 3 pusingan. (kalau lima, sah mati aku)
2. Buat streching. (betul ke aku eja)
3. Buat drill 3 set (macam cikgu ajar).

Itu dari segi senaman.

Pemakanan.

1. Tak makan nasi. Makan roti.
2. Hanya makan benda berprotein.
3. Makan sikit-sikit. (selalunya aku telan sepinggan terus. Haha!)
4. Minum susu Dutch Lady. Kalau susu tepung aku tak leh ar..Rasa nak muntah.

Macam itulah yang aku nak buat... Harap -harap pembaca aku yang budiman menyokong aku dari belakang. Hehe! Ha, kalau korang yang penah badan besor sebelum ni...tetiba kurus. Ada tips tak?? (tetiba kurus macam pelik lak. Haha!)

Nota:

1. Kalau kurus mesti ramai aweks melekat.
2. Harap-harap misi ini berjaya.

2 comments:

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

yer amir ... gym main! hehehe ... oit, minggu tok ada latihan kah?

@LiYaNNuaR ツ berkata...

all da best... akak pun nk turunkan berat bdn.. tp, kerap kali diet tetiba mjadi rosakk... adoiyaiii... cemana la kann...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??