Cabaran Menjadi Seorang Ketua Pengawas Sekolah

Ketua Pengawas Sekolah? Tidak pernah ku impikan jawatan ini. Tetapi demi bangsa dan negara. Aku menyahut cabaran ini. Ketua Pengawas Sekolah? Semua orang boleh memegang jawatan ini tetapi sejauh manakah seseorang itu memainkan peranannya sebagai seorang ketua?

Dalam konteks ini, seorang ketua terbahagi kepada dua sikap.

1. Bertanggungjawap.
2. Lepas tangan atau sambil lewa.

Pertama.

Aku boleh memilih untuk untuk menjadi seorang Ketua Pengawas Sekolah? Bagaimana? Tugas sebagai Ketua ini akan dilaksanakan dengan amanah. "Yakni, ini tanggungjawap aku. Aku kena buat! Andai aku tidak melaksanakannya..pasti aku akan disoal di kubur kelak!" Apa yang pasti, semua arahan cikgu akan dituruti. Pastikan pelajar sentiasa berdisiplin.

Pastikan pelajar berdisiplin? Bagi sesiapa yang pernah menjadi pengawas sekolah pasti tahu feel peragai seseorang remaja. Degil! Panas baran! Melawan! Ya, itulah realitinya. Bagaimana aku mendisiplin mereka? Sebenarnya sukar bagi aku untuk mendisiplin mereka. Apa yang aku lakukan ialah...

Situasi 1.

Tempat: Dewan sekolah.

Barisan pelajar-pelajar berada dalam keadaan kucar kacir.

-apa yang aku lakukan ialah. Aku suruh mereka beratur dengan suara yang lembut dan sopan bagi aku.

" Sila masuk barisan..."
" Masuk barisan gik nun..."
" Oi, masuk barisan laa..."

Selepas aku mengucapkan kata-kata ini. Kesabaran aku telah sampai kemuncaknya.

" Woi!! Sila masuk barisan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" dengan suara yang kuat.

Wajar kan aku bertindak begini? Bayangkan aku seorang? Mereka ramai. Apabila kita lembut.. mereka naik kepala. Kalau tegas, baru mereka tahu tinggi rendah langit dan bumi. Apa pendapat korang. Memang wajar kan aku menggunakan suara yang kuat untuk mengarah segelintir daripada mereka yang menjadi sampah masyarakat? 

Kedua.

Merujuk situasi satu juga. Aku akan buat tidak tahu. 

"Lantak diorang lah nak beratur ke tidak..."
"Mampus gi la!!"

Andai aku bersikap sambil lewa dalam tugas aku sebagai seorang ketua pengawas. Pasti, pelajar-pelajar ini akan bertindak di luar kawalan. Keluar dewan sesuka hati. Hisap rokok dalam tandas dan sebagainya.

***
Aku boleh menjadi seorang ketua yang bertanggungjawap dan tidak bertanggungjawap tetapi guru melantik aku untuk menjaga disiplin sekolah. Memastikan pelajar mengikut peraturan sekolah,kan? atau.. aku tidak tahu tugas apa yang perlu aku lakukan sebagai ketua pengawas? Entah la.

Sebenarnya banyak persoalan yang bermain di minda aku. 

" Tidak apakah aku menjerit terhadap pelajar itu?"
" Tidak apakah aku menahan pelajar itu?"
"Tidak apakah aku menguatkan suara aku suruh pelajar beratur di hadapan guru?"

Inilah persoalan yang bermain di minda aku. Aku takut andai guru fikir aku ni gila kuasa ke apa ke. Tidak, aku tidak sama sekali gilakan kuasa. Aku cuma ingin membetulkan bangsa aku. 

Dulu, di sekolah SMK Kuala Balah. Hanya guru disiplin lah yang marahkan pelajar yang 'kurang ajar". Bukan pengawas. Dulu, hanya guru disiplin lah yang mengarahkan pelajar membetulkan barisan dengan dibantu oleh pengawas. Yang memaki hamun dan marah terhadap pelajar semua guru. Pengawas hanya mengikut arahan guru.

Tetapi disini..lain. Jauh berbeza. Jujur aku cakap.  Peraturan di sekolah ini masih longgar bagi aku. Pelajar harus bersyukur tetapi sebaliknya. Di Kelantan.. Guru amat tegas terhadap pelajar.. Tetapi di sini...kurang tegas sedikit.

Oleh kerana guru kurang tegas. Bukan aku kata guru di sini tidak tegas tetapi kurang tegas. Jadi, aku sebagai Ketua Pengawas menjadi serba salah untuk "membetulkan pelajar". Aku jadi keliru. Apa yang aku cuba nyatakan disini ialah dulu..aku bertindak atas arahan guru tetapi sekarang aku harus bertindak mengikut keadaan. Faham tak? 

" Betul ke tidak tindakan aku ini?" soal hatiku.

Kadang-kadang aku berfikir... "patut ke aku bertindak tegas terhadap mereka". Entah laa....
Kadang-kadang kalau aku ikut kata hatiku....

" Biarkanlah mereka..."

Pasti mereka tidak akan menjadi manusia yang berdisiplin......

Nota: Jauh berbeza bangsaku di sana dengan bangsa mereka di sini... dan aku tidak mampu mencorak mereka..... Aku bukan mengeluh tetapi aku mempersoalkan tindakan aku sama ada betul atau tidak?

9 comments:

aleeya husnan berkata...

susah nak cakap, dik.. huhu.. ada je sekolah yang berdisiplin kuat tapi studentnya macam tu gak..

mak_ngoh_selamoh berkata...

betul kata amir, guru di kelantan sgt tegas bab disiplin...tp makngoh sdiri sbagai guru di sabah...mmg makngoh dapati guru di sini kurang tegas. kadang2 makngoh terfikir nak guna cara mcm d kelantan tp siapalah kita. masuk kandang kambing mgembek, kandang rimau mgaum...

ijatnuar87 berkata...

banyakkan bersabar...manusia ni memang bermacam jenis...dan bermacam jenis cara la yang akan perlu kiter gunakan...seswai atau tidak?itu adalah menurut pemikiran kiter sendiri...

emieysandra berkata...

ok jer amir..
cume jgn keteraluan, dlm mase yg sme bina hbungan baik dgn murid2 len, jdi bile amir grang tu, bia diorg bleh phm yg amir sdg jlnkan t'gjwb utk mengawas & mngawal murid. :D

hans berkata...

aku dulu sekolah dekat Perlis pun
cikgu2 tegas jer semua
hohoho

P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?

Wan Gerrard berkata...

cikgu tegas la bagus. biar murid2 lebih berdisiplin..aru leh bentukkan peribadi yg cemerlang ^_^

iqbalhakimi berkata...

sabar mer..dulu aku pun pernah jadi kp tapi untuk skola rendah..xbanyak yg aku boleh bantu sb susana skola rendah lain..

tp aku rasa tindakan ko dah betul..sb ko dah bagi arahan cara berhemah tp mereka tak nak ikot..

tp mungkin ko boleh guna cara ni,ko kenal dengan mereka dulu..bila mereka pun kenal ko then akan timbul rasa respect..

bukan apa,aku dulu bukan kp jugak time smk,aku pgws biasa ..cara aku aku berkawan dengan mereka..tapi bukan aku ikot perangai mereka..aku buat macam tu supaya timbul rasa hormat dalam diri mereka yg mereka anggap ko ni kawan mereka..dan bukan mereka anggap ko kp..

sb ada sesetengah mereka ni akan membenci kp,tapi tak pada kawan..aku bg pandangan jer..berdasarkan pengalaman aku..

apepun gudluck..jangan stress sgt sampai ko xleh fokus spm... =)

cool boy berkata...

selamat malam

datang ziarah rakan yang saya follo

Siti Nur Syuhaidah bte Ramle berkata...

saudara pengarang,saya faham perasaan anda kerana saya juga seorang pengawas di sekolah saya.mengikut pengalaman,saya sudah tiga tahun menjadi seorang pengawas di sekolah sejak daripada tingkatan dua.kini saya berada di tingkatan empat dan memegang jawatan exco kebersihan(ketua unit kebersihan).cabaran yang diterima memang sangat dahsyat dan mencabar gile..ingin saya berkongsi pengalaman,baru sahaja tadi disekolah,saya telah menegur seorang pelajar yang membawa handphone ke skolah.untuk pengetahuan saudara,pelajar itu adalah rakan sekelas saya sendiri.pada mulanya,saya malas untuk menegur kerana rakan pengawas yang lain tidak mahu menegur kerana bimbang akan bermasam muka.pada saya,semua itu adalah perkara biasa dan sebagai seorang pengawas,saya perlu melunaskan tanggungjawab saya kepada sekolah dalam membetulkan didiplin pelajar.berbalik kepada cerita,saya terus ke meja rakan saya dan bertanya kepada dia mengapa dia memebawa handphone ke sekolah?pelajar tersebut menjawab,"sorry la,aku TERBAWAK handphone..."saya terus bertanya lagi dan sampai satu ketika saya berkata"sebelum nie ko pernah bawak kan"?dia pon menjawab"ye..".saya pon berkata padanya jangan membawa lagi handphone ke sakolah kerana sudah tahu perbuatan itu jelas2 malanggar peraturan yang ditetapkan.sejurus selapas itu,saya mengambil keputusan untuk tidak merampas handphone berkenaan dan beredar pergi ke bangku saya.saya terus membuka buku untuk menyiapkan latihan..namun begitu,saya terdengar suara2 yang 'menganjing' saya atas tindakan yang dibuat..saya hanya bersabar dan jika diikutkan hati,mahu sahaja bergaduh pada waktu itu..tapi apakan daya saya seorang perempuan dan yang 'menganjing' saya itu pelajar2 lelaki..
saya melihat situasi ini sabagai satu cabaran dalam menjalankan tugas.insyaallah..Tuhan sentiasa berada dengan orang2 yang teraniyai dan benar.. "Semalam pengalaman,Hari Ini kritikan & kutukan,Esok cabaran"
~terima kasih~

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??